BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rayuan Gagal, Dua Sahabat Edar Syabu Kekal Dipenjara 30 Tahun 12 Sebatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Rayuan Gagal, Dua Sahabat Edar Syabu Kekal Dipenjara 30 Tahun 12 Sebatan​

e386fb5a997acec0a454fd0e7f3af33961723c6e42c65


Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 tahun terhadap dua sahabat yang disabitkan kesalahan mengedar 231.93 gram methamphetamine (syabu) di sebuah rumah di Kuching, Sarawak, enam tahun lepas.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Azman Abdullah turut mengekalkan hukuman 12 sebatan terhadap setiap tertuduh, Peter Chan Chia Yin, 32, dan Goh Sie Kiat, 34.

Hakim Azman yang bersidang bersama Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng dan Hakim Datuk Nadzarin Wok Nordin menolak rayuan kedua-dua tertuduh terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi ke atas mereka.

Dalam alasan penghakiman bertarikh hari ini yang dimuat naik di laman sesawang kehakiman, Hakim Lim berkata Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan tepat apabila mendapati kedua-dua perayu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Jelas bahawa perayu mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah berkenaan serta mengetahui kewujudannya kerana mereka ditangkap ketika mengendalikan dan membungkus dadah tersebut.

“Peralatan berkaitan dadah turut ditemukan di atas meja yang berada tepat di hadapan mereka,” katanya.

Hakim Lim berkata dakwaan kedua-dua perayu bahawa dadah itu milik seorang rakan Chan yang didakwa diupah sebagai pekerja pengubahsuaian untuk membaiki tandas adalah alasan yang difikirkan kemudian.

Katanya mereka gagal mengemukakan versi berkenaan kepada saksi material pihak pendakwaan ketika perbicaraan berlangsung.

Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi turut menilai keterangan pegawai serbuan yang memaklumkan bahawa mereka mempunyai pandangan terus ke dalam bilik stor dan melihat kedua-dua perayu ditangkap ketika sedang mengendalikan dadah serta peralatan berkaitan di atas meja.

 
Back
Top
Log in Register