TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
Ramai yang alami batuk dan sakit tekak selepas penat berkempen dan berhujah menganalisa situasi politik tanahair.
Jangan risau. Bukan semua sakit tekak memerlukan ubat apatah lagi antibiotik.
Gunakanlah cara alternatif yang telah terbukti berkesan.
1 . Madu
Madu telah terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Ambil 1 sudu kecil untuk 2X sehari. Bukan sahaja melegakan sakit, madu juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak.
2. Kumur Air Garam
Air garam yang suam dapat melegakan gejala sakit tekak. Ia juga boleh membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak. Kumur setiap 4-6 jam. Hati hati jangan tertelan pula
3. Minum teh
Teh peppermint dan chamomile boleh membantu untuk mengurangkan radang dan mencairkan kahak. Bau yang nyaman mengurangkan gejala sakit tekak dan batuk
4. Pelembab Udara
Selain itu, jika ada humidifier atau pelembab udara boleh gunakan untuk melembabkan persekitaran. Minum banyak, jangan merokok dan pastikan cukup tidur untuk menguatkan ketahahanan tubuh