BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ratusan lubang benam muncul di tengah Turkiye

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
356841-356841.jpg


Ratusan lubang benam muncul di tengah Turkiye
Reuters

Konya, Turkiye: Ratusan lubang benam muncul di wilayah pertanian tengah Turkiye susulan pengurangan hujan dan penyusutan air bawah tanah, sekali gus mencetuskan kebimbangan petani serta pakar alam sekitar.

Fenomena itu dilihat sebagai petanda membimbangkan perubahan iklim yang semakin ketara di negara berkenaan.

Difahamkan, lubang benam besar kini bertaburan di kawasan ladang jagung, gandum dan ubi bit di Karapinar, wilayah Konya.

Di sesetengah kawasan, lebih 10 lubang benam ditemukan di satu kawasan ladang.

Di kawasan pergunungan pula, lubang benam purba yang besar dan sebelum ini dipenuhi air kini kebanyakannya sudah kering.

Profesor Geologi Universiti Teknikal Konya, Fetullah Arik berkata, kadar pembentukan lubang benam di Lembangan Konya semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan jumlah keseluruhan kini menghampiri 700.

"Sebab utama peningkatan jumlah ini adalah perubahan iklim dan kemarau yang menjejaskan seluruh dunia sejak 2000-an.

"Akibat kemarau ini, paras air bawah tanah menurun sedikit setiap tahun," katanya.

Beliau berkata, paras air bawah tanah kini menyusut pada kadar empat hingga lima meter (m) setahun, berbanding hanya setengah meter setahun pada 2000-an sekali gus menambah kebimbangan dalam sektor pertanian utama Turkiye.

Kemarau turut mendorong petani menggali lebih banyak telaga, kebanyakannya tanpa lesen, sekali gus memburukkan lagi penyusutan air bawah tanah.

Dalam pada itu, Arik berkata, terdapat juga permintaan air yang sangat tinggi di Lembangan Konya dengan kira-kira 120,000 telaga tidak berlesen berbanding sekitar 40,000 telaga berlesen.

Sementara itu, seorang petani, Mustafa Sik berkata, dua lubang benam terbentuk di ladangnya dalam tempoh dua tahun lalu, termasuk satu kejadian pada Ogos 2024 yang berlaku dengan bunyi gegaran yang amat kuat dan menakutkan.


Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register