bagi sy simple jer, kekayaan tuh perlu kalau x mana nak dtg duit utk korban di jalan Allah , cuma kita silap bila menyebut perihal kekayaan kita kata bahawa sahabat sekian2 pon kaya .
Masalahnya , kita punya amal dan korban x sama macam diorang kemudian kita nak kata diorang sama macam kita? Kata ulama ini fitnah terhadap sahabat2 .
Kata ulama , nabi tinggalkan 7 jenis harta-harta yang bernilai tpi nabi wafat tinggalkan apa?
Jangan kita tengok beberapa kerat sahabat yang kaya, sahabat nih bukan sorang dua tpi 124 RIBU , tengok secara purata sahabat , purata kehidupan yang dipilih sahabat-sahabat .
Skit2 kita ungkit pasal ekonomi, skit2 kita ungkit pasal pentingnya ekonomi, abih tuh bagaimana dengan abu hurairah , seorang ahlul suffah yang tidak ada sebarang pekerjaan tetap , yang miskin , duduk di masjid nabi , adakah dia salah? adakah dia kolot? adakah dia *****?
Nabi buat semer tuh sebab dia tahu yg umat dia macam mana .
Sahabat2 nabi himpun harta dalam keadaan "Qanaah" , dalam keadaan nak korban kan harta2 dia , sahabt2 kumpul kekayaan dalam keadaan dia x tinggal solat jemaah, solat2 sunat , zakat, zikir pagi petang , dakwah .
Hari nih kita nak kumpul kekayaan bertimbun-timbun tpi amal kita lansung x macam sahabt2
Siang boleh kita wat keje 12 jam , cari dunia tpi waktu malam
boleh x kita solat isyak dan subuh ngn wuduk yang sama?
Inilah sistem ekonomi yang ditunjukkan oleh sahabat2 .
Ini x , dunia kita pulun habis , solat jemaah yang ganjaran kekal sampai bila2 kita tinggalkan dengan alasan "keje pon ibadat!" atau "berniaga pon ibadat gak!" . kita adalah insan paling celaka dalam dunia nih.
Bper banyak duit kita sedekah? ada 50% macam saydina umar? ataupun 100% macam abd rahman bin auf? ada x?
kemudian kita nak bersembang pasal ekonomi islam .
Zakat yg 2.5% tuh pon ramai orang2 kaya kantoi .
Fikir2 kan