BTC USD 82,572.8 Gold USD 4,136.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasullullah S.A.W memang layak, tapi....

saya dah selesai baca,pendapat saya >>


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Assalamualaikum...

Rasullullah S.A.W memang layak, tapi....

Tapi mengapa Baginda menolak kekayaan dunia yg melimpah ruah? Apa yg cuba disampaikan kpd kita umatnya berkenaan kekayaan duniawi yg ramai dari kita sdg bertuhankan? Adakah baginda tidak cukup layak untuk mengawal pengaliran kekayaan untuk baginda menyalurkan kpd jalan2 Allah dlm dakwah baginda? ini adalah sebuah pemikiran yg kritikal,jgn teruskan pembacaan sekiranya anda masih mahu lalai oleh nikmat dunia sementara ini...

-------------------------------------------------

tak pasti samada thread kritikal sebegini telah wujud di carigold,jika ada tuan moderator silakan memindahkan ke tempat septtnya....mari kita lihat sejarah..

Seorang sahabat Nabi, Alqomah r.a. menceritakan bahwa ia dan beberapa sahabat pernah pergi ke rumah Rasulullah SAW dan mendapati beliau tidur beralaskan tikar dari daun kurma kering yang disusun. Ketika bangun, garis-garis tikar itu membekas di wajah beliau. Kami berkata: “Wahai Rasulullah, jika engkau menghendaki kami akan membangunkan sebuah rumah yang layak dan kami isi dengan perabotan yang cukup.”

manusia agung terdiam sejenak, kemudian menjawab: “Ada apa dengan dunia, Alqomah? Di sini kita seperti musafir yang berteduh sejenak di bawah pohon, kemudian berlalu meninggalkannya.”

* * * *

malaikat Jibril pernah menawarkan kepada nabi Muhammad SAW untuk mengubah gunung pasir Uhud menjadi emas permata, dengan senyum di bibir beliau menjawab: “Allohumma ya Allah.. jadikanlah hamba lapar sehari dan kenyang sehari. Ketika lapar hamba dapat bersabar dan ketika kenyang hamba bersyukur kepada-Mu.”

Bumi yang dipijak seakan bergegar, langit pun demikian juga. Betapa manusia pilihan yang di tangan kanannya tergenggam kekuatan matahari dan di tangan kirinya terpancar kelembutan rembulan, hanya menjawab tawaran menggiurkan tersebut dengan rintihan do’a permohonan yang begitu sederhana?

--------------------------------------------

maka siapakah kita? dimanakah kita? Rasulullah saw tidak pernah mengharamkan kekayaan kpd manusia, baginda juga tidak pernah menyuruh kpd kefakiran... apa yg jelas, bersederhana dlm hidup adalah yg baginda sarankan dan itulah yg menjadi pegangan dlm hidup baginda sehingga akhir hayatnya..ironinya... kesederhanaan adalh sesuatu yg begitu asing kpd majoriti kita hari ini... asing dari hati,asing dari impian dan asing dari realiti... adakah kita tidak jelas dgn mesej yg cuba disampaikan kpd kita oleh baginda Rasulullah saw lebih 1400 tahun yg lalu? ya...kita lupa dan lalai,atau lebih tepat sengaja melupa dan melalaikan diri kita dgn mesej2 itu.

Amaran ini telah pun menjadi realiti. sesiapa pun tidak mampu menyangkalnya lagi... harta dan wang ringgit tidak ptt dianggap sebagai sejenis kelebihan...malah merupakan amanah dan bebanan yg berat dipikul di atas setiap bahu2 kita kelak...Rasulullah tahu kemampuan umatnya untuk memikul beban2 ini... justeru itu baginda memberikan contoh dan tauladan yg jelas utk kita ikuti.

carilah yg hak...memilih lah dlm mencari sumber rezki yg halal... berlindunglah kpd Allah... islam itu asing pd awalnya dan akan kembali asing di akhir zaman...maka beruntunglah mereka2 yg asing itu... sanggupkah kita? perbaykakansedekah dan amal jarih mengikut kemampuan kita...sesungguhnya rezki2 yg diberikan kpd kita, ada hak org lain di dalam nya... jgnlah kita terlalu mendabik dada,lali dan meninggi diri dgn kekayaan yg tiada langsung nilai disisi Allah tanpa keberkatan dari Nya..

kerana kekayaan wang ringgit

kita sanggup mengambil hak org lain
sanggup menipu
sanggup bergaduh saudara mara
sanggup memutuskan sillaturrahim
sanggup menjual nama agama dgn nilai yg sedikit
sanggup menafikan hak org lain
sanggup jd scamer
sanggup jd pencacai parti politik
sanggup menabur fitnah
sanggup membunuh
sanggup memberi dan menerima rasuah
sanggup terlibat dgn riba
sanggup mendedahkan aurat dan menjual tubuh
sanggup mengambil kesempatan atas kesusahan org lain
sanggup merompak

sanggup bermacam2 lagi yg kita tak sempat sebutkan disini....

jika kita mahu melindungi diri kita dari berisiko terjebak dlm perkara2 yg tidak septtnya sepeti yg disebutkan di atas, sila patri istilah kesederhanaan dlm akal masing2... sila sematkan kesederhanaan untuk menjadi impian dan matlamat hidup kita.silakan memohon kesederhanaan dari Allah.. insyaAllah kita akan terpelihara dari hal2 tersebut dgn izin Allah... insyaAllah kita boleh sama2 berikan pandangan membina dlm thread ni...dipersilakan...



silakan tt.:)
 
allah tu maha kaya.

lebih utama mencontohi sifat allah yg kaya daripada jadi fakir.

aku melihat bila aku jadi kaya, akan ada lebih banyak peluang utk aku beramal kpd allah dan islam..

yg tak akan dapat aku buat kalau aku cuma hidup biasa2 je..

bukannya menghina kehidupan bersederhana mcm yg nabi buat, tapi menggalakkan umat islam jadi kaya melalui jalan yg diredhai allah macam abdul rahman bin auf r.a.

pendek kata... harta bayak, amal pun banyak, iman pun banyak.

saudara membangkitkan kekayaan abd rahman bin auf... tentunya saudara tahu kemana segala hasil kekayaan beliau? bukan sahaja abd rahman,abu bakar as-siddiq,othman bin affan,dan byk lagi tokoh2 islam yg kaya sebelum memeluk islam...tetapi setalah memeluk islam,kesemu harta mereka di infaqkan kpd jalan islam...sehingga di tubuh abu bakar as-siddiq itu hanya tinggal gunu gandum utk dibuat pakaian...pakaian beliau pun di dermakan...sanggupkah kita buat begitu?

dan kita tidak pernah menghalang kekayaan yg di impikan ramai org...kerana itulah yg diiklankan setiap hari kpd kita,belajar dan menuntut ilmu utk mendptkan pekerjaan yg bergaji besar,untuk hidp mewah dan sebagainya...tidak ada kesalahan langsung disitu kecuali pd beberapa perkara yg melanggar batas2 yg telah ditetapkan oleh syarak...antaranya riba',rasuah,monopoli,manipulasi dan sebagainya... berapa peratus kekayaan umat manusia dizaman ini tanpa unsur2 yg disebutkan? :-?
 
harap xada la yg pertikaikan:

كَادَ الْفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا

"hampir2 kefaqiran membawa kepada kekafiran"

harap dapat difahami dulu maksud hadith ni dan sanadnya sebelum berhujah..

tertarik dgn jiwa bro zammm yg selalu inginkan kesederhanaan dalam kehidupan, tapi harap kesederhanaan tu dapat dicerminkan dalam segenap aspek kehidupan kamu..

Hadis yang lemah x boleh buat hujah. Itu kena faham ea
 
tq tt kerana mengingatkan
Rasulullah idola sepanjang zaman
 
[/COLOR][/SIZE][/B]

silakan tt.:)

adakah maksud tt dengan bersederhana itu ialah tidak boleh jadi kaya?:-?

ok,post dan soalan diatas berkaitan dgn ayat ini...iaitu ayat yg dimerahkan...
kerana kekayaan wang ringgit

kita sanggup mengambil hak org lain
sanggup menipu
sanggup bergaduh saudara mara
sanggup memutuskan sillaturrahim
sanggup menjual nama agama dgn nilai yg sedikit
sanggup menafikan hak org lain
sanggup jd scamer
sanggup jd pencacai parti politik
sanggup menabur fitnah
sanggup membunuh
sanggup memberi dan menerima rasuah
sanggup terlibat dgn riba
sanggup mendedahkan aurat dan menjual tubuh
sanggup mengambil kesempatan atas kesusahan org lain
sanggup merompak
sanggup bermacam2 lagi yg kita tak sempat sebutkan disini....

jika segala yg berwarna merah itu terlibat dlm urusan mencari kekayaan dunia,maka jwabnya adalah tidak boleh...diharamkan kekayaan yg sebgitu...kekayaan yg dibolehkan adalah kekayaan yg tidak melanggar norma2 yg digariskan oleh syarak... harap dpt menjawab persoalan...tq in advance...
 
8. saya akan salurkan wang saya yg melimpah ruah tu utk membasmi golongan anti hadis, syiah, ajaran sesat, usaha memurtadkan org2 islam dll. saya akan sponsor ceramah2 utk bagi awareness tentang bahaya ajaran sesat dll. saya akan bagi bantuan kpd saudara2 baru yg sempit hidupnya supaya tak ada peluang utk pihak2 gereja menyelinap masuk utk ragut balik akidah mereka.


bersambung...
 
ok,post dan soalan diatas berkaitan dgn ayat ini...iaitu ayat yg dimerahkan...


jika segala yg berwarna merah itu terlibat dlm urusan mencari kekayaan dunia,maka jwabnya adalah tidak boleh...diharamkan kekayaan yg sebgitu...kekayaan yg dibolehkan adalah kekayaan yg tidak melanggar norma2 yg digariskan oleh syarak... harap dpt menjawab persoalan...tq in advance...

so maknanya cara mencari kekayaan tu yg diambil kira. maka boleh jadi kaya kalau cara betul.:)
 
oleh kerana nak kaya ni memerlukan action,sanggup mengambil risiko,bekerja keras dan lain-lain.
kita boleh simpulkan nak jadi kaya ni susah.
oleh itu bilangannya sedikit sahaja.

bilangan jutawan di dunia pun tak sampai 12 juta orang.
berbanding bilangan penduduk lebih kurang 7 billion.

oleh itu tak perlu fikir sangat masalah jika ramai orang jadi kaya.
lebihkan fikir orang kebuluran,papa,miskin dan sederhana.
sebab bilangan mereka sangat ramai.
 
Last edited:
tq tt kerana mengingatkan
Rasulullah idola sepanjang zaman

ya...kita tak boleh bygkan betapa tubuh badan Rasullullah berbekas2 akibat tidur hanya berlapik kan pelepah dan daun tamar... baginda adalah pemimpin agung seluruh dunia... tetapi kezuhudun nya tiada tandingan...

apa salahnya baginda terima pelawaan jibril utk menerima emas dari bukit uhud yg beberapa kali jibril tawarkan utk membantu dakwah baginda... mungkin pd kita dan manusia umumnya akan kelihatan hebat dan berjayanya agama islam itu...tp ternyata islam tidaklah bermotifkan asbab dunia ini...sesungguhnya dunia kita ini adalah dunia yg serba sementara...ibarat antara 2 kerdipan mata sahaja...dan itulah antara sbb mengapa nabi menolak pelawaan malaikat jibril...untuk menunjukkan kpd kita bahawa islam itu adalah agama yg mengamalkan kesederhanaan...
 
Back
Top
Log in Register