BTC USD 81,985.4 Gold USD 4,129.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasullullah S.A.W memang layak, tapi....

saya dah selesai baca,pendapat saya >>

  • Total voters
    0
  • Poll closed .
so maknanya cara mencari kekayaan tu yg diambil kira. maka boleh jadi kaya kalau cara betul.:)

ya...tepat sekali...dah dijelaskan di post yg pertama lagi...mungkin tuan tak baca habis...

Rasulullah saw tidak pernah mengharamkan kekayaan kpd manusia, baginda juga tidak pernah menyuruh kpd kefakiran... apa yg jelas, bersederhana dlm hidup adalah yg baginda sarankan dan itulah yg menjadi pegangan dlm hidup baginda sehingga akhir hayatnya..ironinya... kesederhanaan adalh sesuatu yg begitu asing kpd majoriti kita hari ini... asing dari hati,asing dari impian dan asing dari realiti... adakah kita tidak jelas dgn mesej yg cuba disampaikan kpd kita oleh baginda Rasulullah saw lebih 1400 tahun yg lalu? ya...kita lupa dan lalai,atau lebih tepat sengaja melupa dan melalaikan diri kita dgn mesej2 itu.

Rasullullah itu adalah simbolik agung kpd seluruh umat islam...hidup yg sederhana adalah merupakan 1 sunnah yg sudah pasti mendpat ganjaran apabila kita mengikutinya...insyaAllah... kekayaan dlm islam tidak terhad hanya kpd harta dan wang ringgit semata2...tapi juga kaya iman dan amal soleh,kaya hati budi,kaya budi bahasa dan sebaginya yg bersifat menyeluruh... berbeza dgn takrifan kita pd hari ini... kaya itu mesti ada duit juta2,rumah besar2,kereta cantik2,harta byk2,tanah berratus ekar...tp jika masih xde taqwa dlm dirinya,islam masih menganggap manusia jenis ini adalah manusia yg paling miskin sekali...
 
apa yg den nak cakap macam ni je..

matlamat kita adalah utk jadi kaya berpandukan kepada jalan2 yg dianjurkan oleh agama.

jadi dgn harta yg kita ada nanti, akan lebih banyak membuka pintu utk kita beramal.

beramal dalam kuantiti yg lebih besar, kualiti lebih besar dan pada skala lebih besar.

tapi kalau dah kita pilih jalan utk hidup sederhana pun tak salah. itu memang kehidupan sunnah dari nabi.

dan nabi sangat2 menggalakkan umatnya mencari kekayaan dunia. dengan syarat akhirat berjalan seiring dgn usaha dunawi tu.

tapi kita jgn pulak pandang serong bila tengok orang lagi kaya dari kita...

kita mula la persoalkan sumber rezeki org tu.. kaedah mencari kekayaan org tu.. kita siasat pulak benda yg tak sepatutnya..

pada masa yg sama bila orang tanya kita "kau tak nak jadi kayo ko jang?", kita tetiba pulak jadi defensif...

mula la cakap baik hidup sederhana daripada kaya dgn cara haram.. dan macam2 lagi..

walhal tu semua jawapan nak pujuk diri sendiri sebab hidup cukup2 makan sebab malas berusaha kuat.

buat renungan dan difikirkan bersama..
 
oleh kerana nak kaya ni memerlukan action,sanggup mengambil risiko,bekerja keras dan lain-lain.
kita boleh simpulkan nak jadi kaya ni susah.
oleh itu bilangannya sedikit sahaja.

bilangan jutawan di dunia pun tak sampai 12 ribu orang.
berbanding bilangan penduduk lebih kurang 7 billion.

oleh itu tak perlu fikir sangat masalah jika ramai orang jadi kaya.
lebihkan fikir orang kebuluran,papa,miskin dan sederhana.
sebab bilangan mereka sangat ramai.

hakikatnya ramai org yg mengaku kaya dan dilabel kaya kerana hartanya...kerana wang ringgit dan angka2 yg dimiliki didalam bank atau pun yg sewaktu dgnnya... tetapi kita harap akan lahir manusia yg bukan sahja kaya hartanya,namun kaya juga dgn iman dan taqwanya... namun manusia sejenis ini hampir tidak wujud,1 dlm sejuta mungkin...wallahulam..

sbb itu Rasullullah telah memberi amaran melalui tauladan yg ditunjukkan kpd kita...betapa kita umat manusia ni terdedah kdp godaan2 syaitan dan salah 1 kunci kelemahan kita adalah dgn harta dan wang ringgit yg byk...insyaAllah kita sama2 bermuhasabah diri...usahkan ada sejuta,ade 100 rengget dlm kocek pun dah act semacam...itu contoh jelah...jgn ambil serius pula...:">
 
apa yg den nak cakap macam ni je..

matlamat kita adalah utk jadi kaya berpandukan kepada jalan2 yg dianjurkan oleh agama.

jadi dgn harta yg kita ada nanti, akan lebih banyak membuka pintu utk kita beramal.

beramal dalam kuantiti yg lebih besar, kualiti lebih besar dan pada skala lebih besar.

tapi kalau dah kita pilih jalan utk hidup sederhana pun tak salah. itu memang kehidupan sunnah dari nabi.

dan nabi sangat2 menggalakkan umatnya mencari kekayaan dunia. dengan syarat akhirat berjalan seiring dgn usaha dunawi tu.

tapi kita jgn pulak pandang serong bila tengok orang lagi kaya dari kita...

kita mula la persoalkan sumber rezeki org tu.. kaedah mencari kekayaan org tu.. kita siasat pulak benda yg tak sepatutnya..

pada masa yg sama bila orang tanya kita "kau tak nak jadi kayo ko jang?", kita tetiba pulak jadi defensif...

mula la cakap baik hidup sederhana daripada kaya dgn cara haram.. dan macam2 lagi..

walhal tu semua jawapan nak pujuk diri sendiri sebab hidup cukup2 makan sebab malas berusaha kuat.

buat renungan dan difikirkan bersama..

kalau boleh berikan 1 atau lebih nama atau contoh umat islam yg kaya dgn menjaga hal2 yg disebutkan diatas...tak dpt dlm malaysia,dpt kat luar mesia pun ok...utk kita sama2 jadikan idola:)paid
 
kalau boleh berikan 1 atau lebih nama atau contoh umat islam yg kaya dgn menjaga hal2 yg disebutkan diatas...tak dpt dlm malaysia,dpt kat luar mesia pun ok...utk kita sama2 jadikan idola:)paid

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Satu2nya melayu muslim terkaya di Malaysia.

SUMBANGAN BELIAU:

Sumbangan Dalam Negara

(i) Kompleks Albukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi;
a) Pusat Dialisis dan Hospital Albukhary
b) Hostel Albukhary
c) Masjid Albukhary
d) Pusat Pendidikan Masyarakat
e) Pusat ‘Pondok’ Moden
f) Rumah Anak-anak Yatim Albukhary
g) Pusat Kanak-kanak Istimewa
h) Pusat Jagaan Warga Emas
i) Souq Albukhary dan pasar basah
j) Universiti Antarabangsa Albukhary (kemasukan pertama dijangka pada 2010)
(ii) Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
(iii) Tuisyen Albukhary (tuisyen percuma) kepada pelajar miskin seluruh negara
(iv) Program Tahunan, Bantuan Uniform Sekolah kepada pelajar miskin
(v) Kursi Albukhary di Fakulti Seni bina dan Rekaan Alam, UIAM
(vi) Membina Muzium Kesenian Islam (muzium terbesar di Asia Tenggara yang memaparkan hasil seni Islam)
(vii) Membina dan membaik pulih masjid seperti Masjid Negara, Masjid Kapitan ******, Pulau Pinang dan Masjid Albukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
(viii) Membina Institut Al-quran, Kuala Lumpur
(ix) Sumbangan bagi pembinaan Blok Menara, Universiti Terbuka Wawasan, Pulau Pinang
(x) Sumbangan bagi pembinaan kampus tetap Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar, Perak
(xi) Sumbangan / pembiayaan dalam bidang sukan dan rekreasi seperti Malaysian Lawn Bowls Federation, ekspedisi solo Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir ke Antartika dan Datuk Malik Mydin, rakyat Malaysia pertama berenang di Selat Inggeris
(xii) Membina Ibu Pejabat Yayasan Jantung Negara, Kuala Lumpur
(xiii) Membina Pusat Hemodialisis di Kangar, Perlis dan Johor
(xiv) Membina Ibu Pejabat Yayasan Budi Penyayang, Pulau Pinang
(xv) Membina Pusat Pemuliharaan – Warisan & Seni Islam
(xvi) Membiayai orang Islam miskin menunaikan haji
(xvii) Sumbangan kepada Projek Langkawi (dana pendidikan luar bandar anjuran MCA)

Sumbangan Peringkat Antarabangsa
(i) Sumbangan kepada Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom
(ii) Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon
(iii) Sumbangan bagi pembinaan kampus baru Darul Uloom Islamic Academy, Brisbane, Australia
(iv) Sumbangan kepada mangsa gempa bumi Sichuan, China
(v) Program Anak-anak Yatim Albukhary di Daerah Nanggroe, Aceh, Indonesia
(vi) Albukhary Rehabilitation Centre, misi kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi Bam, Iran
(vii) Albukhary Care Centre, Battagram, pusat latihan vokasional dan akademik di Pakistan
(viii) Schevenezia Software Technologies, pengajian teknologi maklumat kepada pelarian Afghanistan dan rakyat Pakistan
(ix) Sumbangan kepada Shaukat Khanum Memorial Cancer Hospital and Research Centre, Lahore
(x) Sumbangan bagi pembinaan bangunan utama universiti, Sarajevo School of Science dan Technology dan pengukuhan Economics and Good Governance Fellowship
(xi) Sumbangan bagi pembinaan Saidina Abubakar Hospital and Training Centre, Kampala, Uganda (mencegah penularan HIV/Aids)
(xii) Membeli dan mengubahsuai Cantray House, Afrika Selatan – pusat intelektual dan kefahaman Islam
(xiii) Membeli dan mengubahsuai Sir Herbert Baker Society’s Heritage Church kepada The Jumu’a Mosque, Cape Town, Afrika Selatan
(xiv) Street Kids Welfare Programme, Mitchel’s Plain, Cape Town, Afrika Selatan
(xv) Baikpulih Masjid Mohiyudheen, Payyannur, Kerala, India dan Masjid Al-Rahma, Azhikode, India
(xvi) Islamic Studies Programme, Le High University, Pennsylvania, United States of America

Saya tak rasa seorang sederhana boleh buat semua sumbangan ini. :o
 
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Satu2nya melayu muslim terkaya di Malaysia.

SUMBANGAN BELIAU:

Saya tak rasa seorang sederhana boleh buat semua sumbangan ini. :o

ooo..jd isu rasuah yg membelenggu beliau pula bagaimana? isu monopoli,isu manipulasi dan lain2... mesti sedara xtau kan? tunggu pakatan rakyat memerintah,semua tembelang akan terbongkar juga...

ps: sorry off topic sket.. pergi siasat apa hubunganbeliau dgn tun dr mahathir:D:D
 
Sertakan bukti-bukti. Kertas-kertas dan saya akan percaya. :)
Tanpa semua itu ia hanyalah sekadar politik spekulasi dengar-dengar dan fitnah. Dan fitnah adalah dosa besar di dalam Islam. :-?
 
Sertakan bukti-bukti. Kertas-kertas dan saya akan percaya. :)
Tanpa semua itu ia hanyalah sekadar politik spekulasi dengar-dengar dan fitnah. Dan fitnah adalah dosa besar di dalam Islam. :-?

jika fitnah minta beliau failkan saman kpd pihak2 yg mendakwa...yela nak bersihkan nama baik beliau...well ini bukan thread utk syed mokhtar...jd bro boleh buka 1 thread khas utk dia... di seksyen yg lain...tq

ps: sila gunakan fungsi gugel
 
Last edited:
bagi sy simple jer, kekayaan tuh perlu kalau x mana nak dtg duit utk korban di jalan Allah , cuma kita silap bila menyebut perihal kekayaan kita kata bahawa sahabat sekian2 pon kaya .

Masalahnya , kita punya amal dan korban x sama macam diorang kemudian kita nak kata diorang sama macam kita? Kata ulama ini fitnah terhadap sahabat2 .

Kata ulama , nabi tinggalkan 7 jenis harta-harta yang bernilai tpi nabi wafat tinggalkan apa?

Jangan kita tengok beberapa kerat sahabat yang kaya, sahabat nih bukan sorang dua tpi 124 RIBU , tengok secara purata sahabat , purata kehidupan yang dipilih sahabat-sahabat .

Skit2 kita ungkit pasal ekonomi, skit2 kita ungkit pasal pentingnya ekonomi, abih tuh bagaimana dengan abu hurairah , seorang ahlul suffah yang tidak ada sebarang pekerjaan tetap , yang miskin , duduk di masjid nabi , adakah dia salah? adakah dia kolot? adakah dia *****?

Nabi buat semer tuh sebab dia tahu yg umat dia macam mana .

Sahabat2 nabi himpun harta dalam keadaan "Qanaah" , dalam keadaan nak korban kan harta2 dia , sahabt2 kumpul kekayaan dalam keadaan dia x tinggal solat jemaah, solat2 sunat , zakat, zikir pagi petang , dakwah .

Hari nih kita nak kumpul kekayaan bertimbun-timbun tpi amal kita lansung x macam sahabt2 :)

Siang boleh kita wat keje 12 jam , cari dunia tpi waktu malam boleh x kita solat isyak dan subuh ngn wuduk yang sama?

Inilah sistem ekonomi yang ditunjukkan oleh sahabat2 .

Ini x , dunia kita pulun habis , solat jemaah yang ganjaran kekal sampai bila2 kita tinggalkan dengan alasan "keje pon ibadat!" atau "berniaga pon ibadat gak!" . kita adalah insan paling celaka dalam dunia nih.

Bper banyak duit kita sedekah? ada 50% macam saydina umar? ataupun 100% macam abd rahman bin auf? ada x?

kemudian kita nak bersembang pasal ekonomi islam .

Zakat yg 2.5% tuh pon ramai orang2 kaya kantoi .

Fikir2 kan :)
 
jika fitnah minta beliau failkan saman kpd pihak2 yg mendakwa...yela nak bersihkan nama baik beliau...well ini bukan thread utk syed mokhtar...jd bro boleh buka 1 thread khas utk dia... di seksyen yg lain...tq

La tadi suruh senaraikan golongan kaya. Saya senaraikan golongan kaya dan juga sumbangan mereka. Dan saudara yg off topik cakap ia rasuah dan sebagainya. Apalah.
 
Back
Top
Log in Register