BTC USD 81,725.8 Gold USD 4,133.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasullullah S.A.W memang layak, tapi....

saya dah selesai baca,pendapat saya >>


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Assalamualaikum...

Rasullullah S.A.W memang layak, tapi....

Tapi mengapa Baginda menolak kekayaan dunia yg melimpah ruah? Apa yg cuba disampaikan kpd kita umatnya berkenaan kekayaan duniawi yg ramai dari kita sdg bertuhankan? Adakah baginda tidak cukup layak untuk mengawal pengaliran kekayaan untuk baginda menyalurkan kpd jalan2 Allah dlm dakwah baginda? ini adalah sebuah pemikiran yg kritikal,jgn teruskan pembacaan sekiranya anda masih mahu lalai oleh nikmat dunia sementara ini...

-------------------------------------------------

tak pasti samada thread kritikal sebegini telah wujud di carigold,jika ada tuan moderator silakan memindahkan ke tempat septtnya....mari kita lihat sejarah..

Seorang sahabat Nabi, Alqomah r.a. menceritakan bahwa ia dan beberapa sahabat pernah pergi ke rumah Rasulullah SAW dan mendapati beliau tidur beralaskan tikar dari daun kurma kering yang disusun. Ketika bangun, garis-garis tikar itu membekas di wajah beliau. Kami berkata: “Wahai Rasulullah, jika engkau menghendaki kami akan membangunkan sebuah rumah yang layak dan kami isi dengan perabotan yang cukup.”

manusia agung terdiam sejenak, kemudian menjawab: “Ada apa dengan dunia, Alqomah? Di sini kita seperti musafir yang berteduh sejenak di bawah pohon, kemudian berlalu meninggalkannya.”

* * * *

malaikat Jibril pernah menawarkan kepada nabi Muhammad SAW untuk mengubah gunung pasir Uhud menjadi emas permata, dengan senyum di bibir beliau menjawab: “Allohumma ya Allah.. jadikanlah hamba lapar sehari dan kenyang sehari. Ketika lapar hamba dapat bersabar dan ketika kenyang hamba bersyukur kepada-Mu.”

Bumi yang dipijak seakan bergegar, langit pun demikian juga. Betapa manusia pilihan yang di tangan kanannya tergenggam kekuatan matahari dan di tangan kirinya terpancar kelembutan rembulan, hanya menjawab tawaran menggiurkan tersebut dengan rintihan do’a permohonan yang begitu sederhana?

--------------------------------------------

maka siapakah kita? dimanakah kita? Rasulullah saw tidak pernah mengharamkan kekayaan kpd manusia, baginda juga tidak pernah menyuruh kpd kefakiran... apa yg jelas, bersederhana dlm hidup adalah yg baginda sarankan dan itulah yg menjadi pegangan dlm hidup baginda sehingga akhir hayatnya..ironinya... kesederhanaan adalh sesuatu yg begitu asing kpd majoriti kita hari ini... asing dari hati,asing dari impian dan asing dari realiti... adakah kita tidak jelas dgn mesej yg cuba disampaikan kpd kita oleh baginda Rasulullah saw lebih 1400 tahun yg lalu? ya...kita lupa dan lalai,atau lebih tepat sengaja melupa dan melalaikan diri kita dgn mesej2 itu.

Amaran ini telah pun menjadi realiti. sesiapa pun tidak mampu menyangkalnya lagi... harta dan wang ringgit tidak ptt dianggap sebagai sejenis kelebihan...malah merupakan amanah dan bebanan yg berat dipikul di atas setiap bahu2 kita kelak...Rasulullah tahu kemampuan umatnya untuk memikul beban2 ini... justeru itu baginda memberikan contoh dan tauladan yg jelas utk kita ikuti.

carilah yg hak...memilih lah dlm mencari sumber rezki yg halal... berlindunglah kpd Allah... islam itu asing pd awalnya dan akan kembali asing di akhir zaman...maka beruntunglah mereka2 yg asing itu... sanggupkah kita? perbaykakansedekah dan amal jarih mengikut kemampuan kita...sesungguhnya rezki2 yg diberikan kpd kita, ada hak org lain di dalam nya... jgnlah kita terlalu mendabik dada,lali dan meninggi diri dgn kekayaan yg tiada langsung nilai disisi Allah tanpa keberkatan dari Nya..

kerana kekayaan wang ringgit

kita sanggup mengambil hak org lain
sanggup menipu
sanggup bergaduh saudara mara
sanggup memutuskan sillaturrahim
sanggup menjual nama agama dgn nilai yg sedikit
sanggup menafikan hak org lain
sanggup jd scamer
sanggup jd pencacai parti politik
sanggup menabur fitnah
sanggup membunuh
sanggup memberi dan menerima rasuah
sanggup terlibat dgn riba
sanggup mendedahkan aurat dan menjual tubuh
sanggup mengambil kesempatan atas kesusahan org lain
sanggup merompak

sanggup bermacam2 lagi yg kita tak sempat sebutkan disini....

jika kita mahu melindungi diri kita dari berisiko terjebak dlm perkara2 yg tidak septtnya sepeti yg disebutkan di atas, sila patri istilah kesederhanaan dlm akal masing2... sila sematkan kesederhanaan untuk menjadi impian dan matlamat hidup kita.silakan memohon kesederhanaan dari Allah.. insyaAllah kita akan terpelihara dari hal2 tersebut dgn izin Allah... insyaAllah kita boleh sama2 berikan pandangan membina dlm thread ni...dipersilakan...

bagus peringatn=an ini semoga menjadi pegagan hidup kita:)
 
Hadis yang lemah x boleh buat hujah. Itu kena faham ea

betul, kerana tu aku da mention awal2 fahamkan dulu sanad dan taraf hadith ni..

dan juga maksud yg disampaikan hadith ni..

oh lagi 1, hadith dhaif ni boleh digunakan, dgn beberapa syarat (boleh google), hadith maudhu' yg xboleh digunakan sama sekali..
:):):)
 
sebagai perinatan yang amat berguna..

tapi nape tt x wrap font..? ke pC aku problem?
 
xde lagi ke kisah2 nabi S.A.W...seronok plak bace...:) ke dh ade threat pasal kisah2 nabi?
 
bersederhana ini bukan objektif...tp subjektif...tidak pula diukur berdsarkan pendapatan harian,bulanan dan tahunan... sederhana ini maksudnya memenuhi keperluan asas,tidak membazir,tidak berlebih2 dan berjimat cermat...jika tersalah boleh tolong betul kan...tq

saya suka jawapan ini.:)cgrock
 
jadi org kaya yg bersederhana..................................................
 
kumpul la sebanyak mana kekayaan selagi mampu.
tapi jgn dilupa zakat dan sedekah.walaupun kekayaan nanti akan riakkan kamu dan sombongkan kamu dan buat kamu memandai-mandai dalam memberi harta kamu dalam sedekah dan zakat.


Tak salah mau kaya.kaya dan bersederhana tapi jarang2 ada.zaman sekarang jika kaya semua mau ditunjuk.pastu kata inilah kesederhanaanku.
tapi biasa jika kaya dapatlah bonus penyakit hati yang semestinya dijamin neraka seperti riak,ujub,sombong dll.


kena ingat setiap kekayaan yang dapat akan disoalkan di akhirat kelak.
jadi kurang harta kurang persoalan berbanding banyak harta.
susah mau cerita.lain orang lain kaya yang dia mahu.
kaya juga ada banyak selain harta atau wang.



bersederhana juga lain orang lain tahap rasa sederhana itu.
jadi mintalah rahmat dari Allah moga ditunjuk jalan yg betul.
kita sama-sama berbincang kerna kita semua saudara dalam islam.


cuba lah semua insan d dunia ne mcm ayat d atas aman dunia,,

moga kita semua dberkati idup n bersederhana shj,,amin,,,
 
Back
Top
Log in Register