niedzal
Active+ Member
- Messages
- 2,686
- Joined
- Mar 6, 2007
- Messages
- 2,686
- Reaction score
- 15
- Points
- 25
Rasuah-rasuah di Malaysia :
1. Laporan polis oleh bekas Ketua AMK Ezam Mohd. Noor( sekarang juru cakap UMNO )berhubung dengan Penswastaan Rumah Masak Tentera kepada Syarikat Desatera Sdn, Berhad kepunyaan Kamaluddin Abdullah anak Abdullah Ahmad Badawi. Dan pada tahun 1999 dan 1 November 2006 lalu, satu laporan polis telah dibuat oleh bekas Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Nor mengenai dokumen “MILITARY COOKHOUSE PRIVATISATION AGREEMENT” antara Kerajaan Malaysia dan Desatera Sdn Bhd. Katanya, pemberian kontrak tersebut yang berjumlah ratusan juta itu melibatkan kepentingan besar Kamaluddin, anak Abdullah, Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Desatera Sdn Bhd merupakan syarikat usahasama Dewina Food Services Sdn Bhd dan Wira Maju Sdn Bhd. Dewina memegang 70 peratus saham Desatera Sdn Bhd dan Wira Maju Sdn Bhd memegang 30 peratus saham dalam Desatera Sdn Bhd. Terbukti, Kamaluddin Abdullah yang menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Desatera Sdn Bhd adalah juga orang yang mempunyai kepentingan dalam Dewina Food Services Sdn Bhd, sebuah syarikat milik keluarga Abdullah Ahmad Badawi.
2. Laporan polis oleh Jawatankuasa DAP mengenai JE FUND yang mengumpul sumbangan RM16 juta dan pemberiannya tidak mengikut peraturan dan orang yang tidak berhak, tetap menerima habuan masing-masing.
3. Laporan polis oleh Lim Kit Siang pada 13.6.1997 berhubung kekayaan melampau yang dimiliki oleh anak Dr. Ling Leong Sik, Ling Hee Leong. Kes mahkamah Dr. Ling vs Soh Chee Wen [ bekas pemimpin MCA Selangor dan rakan perniagaan anak dan isteri Ling Leong Sik belum berakhir, tetapi beliau telah meletakkan jawatan menteri dan Presiden MCA. Bagaimana kedudukan kes ini sekarang.
4. Kes kerugian dan salahurus MAS dan pembelian balik oleh kerajaan telah dibuat laporan polis pada 27.1.2001 di BP KLIA oleh Ezam Mohd. Noor(bekas Ketua AMk Keadilan,sekarang jurucakap UMNo).
i.Mahfuz Omar dan Faisal Sanusi bersama-sama dengan 1,336 tandatangan.
ii. Roslan Kassim dan Ibrahim pada 17.2.2001 di BP Seremban.
iii. Nga Kor Miang melaporkan di BPR Ipoh, pegawai yang menerimanya ialah Abu Kasim Mohamad.
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Azmi Khalid buat laporan polis dan BPR pada 21.11.2001 penyelewengan peruntukan PPRT sebanyak RM40 Juta. Projek penetasan ayam di gading Galoh, Kok Lanas RM20 juta. Projek ternakan ikan hiasan dan tanaman orkid di bukit Sireh, Kuala Krai RM15 juta, projek ayam telur di Gading, Galoh RM5.69 Juta dan pilihan raya 1999. Menterinya bebas, tetapi bekas KSUnya didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman.
6. Laporan polis untuk menyiasat bangunan yang didirikan dengan menggunakan duit kerajaan di atas tanah lot 1431 Mukim Bukit Kampung Chengal Daerah Kadak atas nama Annuar bin Musa No. KP: 4978615.
7. Laporan polis atas penyelewengan wang ihsan pada 19.12.2001 oleh Abd. Manaf Ahmad dari Kg Peris Ajil [ mewakili 20 orang yang berhak ] di Balai Polis Kuala Brang trengganu
8. Penyusunan semula TimeDotCom dan disenarai di BSKL, sahamnya tidak dilanggani menyebabkan ia mengalami kerugian. Penanggung utama tidak mahu menanggung kerugian tersebut [ seperti yang dijanjikan ], kerajaan terpaksa masuk campur dengan menggunakan duit KWSP, KWAP dan Dana Harta bagi membeli saham yang tidak dilanggani itu. Perkara ini dilaporkan oleh akhbar The Sun pada 12.3.2001. Berasaskan laporan The Sun, Lim Kit Siang membuat laporan polis untuk menyiasat penyusunan semula itu di BP Tun H.S Lee, Jalan Stadium. Ini bersamaan dengan kes Ezam Mohd. Noor (sekarang juru cakap UMNO)yang mana pada 14.3.2001, Mingguan Malaysia melaporkan yang Ezam akan mengerakkan rakyat seluruh Negara untuk mengadakan demonstrasi. Laporan ini digunakan oleh Zulkifli Alwi [ agen pemuda UMNO ] dan Yusri pemberita yang terlibat dalam melaporkan berita itu terus membuat laporan polis dan Ezam ditangkap pada malam raya haji dan disoalsiat serta didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 di mahkamah.
9. Laporan polis dan BPR mengenai sekumpulan pegawai atasan PUNB yang memasarkan bon bernilai 19.0 Billion [ USR5 B] di pasaran kewangan London, siapa yang terlibat.
10. Laporan polis dan BPR oleh Lim Jak Wong [ ADUN Bachang], Sim Tong Him [ADUN Bandar Hilir] dan Goh Liong San [ADUN Tenggara] pada 12.5.2001 mengenai 157 tuntutan T&T yang bernilai RM168,099.00. Ini bukan tugas rasmi, sebaliknya tugas parti berkempen di Lunas 1,500 KM 4 hari berturut dan urusan peribadi seperti meraikan bakal-bakal haji dan menghadiri majlis perkahwinan yang dilakukan oleh 18 orang BN termasuk Ali Rustam KM Melaka. Terbaru laporan BPR oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap Ali Rustam berhubung menyalahgunakan tabung kebajikan [kesihatan] untuk kepentingan peribadi.
11. Laporan polis dan BPR oleh Mazlan Aliman dan Exco pemuda PAS Johor [kini Naib Ketua Pemuda PAS Pusat] terhadap Ketua Pegawai Eksekutif, Zainal Abidin Osman yang juga merupakan ADUN Endau berhubung salahurus kewangan KPYPJ pada 6.8.2002 di Balai Polis Central JB.
12. Pada 13 September 2005, sebuah syarikat dari Singapura Parkway Holdings Limited membeli saham Pantai holdings Berhad sebanyak 31 peratus saham Pantai Holdings Berhad telah dibeli dengan harga RM311.58 juta.Kemudian pada 28 Ogos 2006, pihak media melaporkan Parkway mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada pembelian semula saham Pantai oleh Khazanah Nasional. Ini bermakna, Parkway telah membuat keuntungan modal kira-kira RM83 juta dalam masa tidak sampai setahun [Parkway membelinya dengan harga RM312 juta dan kemudian menjualnya semula dengan harga RM394.9 juta]. Anak syarikat Pantai Holdings Berhad–iaitu Fomema dan Pantai Medivest khabarnya akan dijual kepada sebuah syarikat swasta. Siapa pemilik yang bertuah itu?
13. Naib Ketua Pemuda UMNO, Khary Jamaluddin telah meminjam RM9.2 juta daripada seseorang untuk membeli saham dalam ECM Libra. Penggabungan antara Avenue Capital dan ECM Libra Avenue Capital sebelum penggabungan dimiliki oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan dengan pemilikan saham sebanyak 29.7%. Menteri Kewangan Diperbadankan dengan itu adalah pemegang saham terbesar. Seperti diketahui, Menteri Kewangan Diperbadankan adalah langsung di bawah bidang kuasa dan kawalan Menteri Kewangan, iaitu Abdullah Ahmad Badawi. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah bagaimana seorang tokoh muda seperti Khairy mampu meminjam wang begitu banyak untuk membeli saham-saham ECM Libra. Kira-kira sebulan selepas Khairy memiliki saham dalam ECM Libra, kerajaan telah meluluskan cadangan penggabungan antara bank saudagar itu dengan firma kewangan dan perbankan milik kerajaan, Avenue Capital Resources Berhad. Entiti baru itu dikenali dengan nama ECM Libra Avenue. Urusniaga itu menarik minat ramai terutamanya dari aspek percanggahan kepentingan dengan Abdullah kerana beliau juga merupakan Menteri Kewangan yang mengawalselia syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
14. Keluarga Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dinamakan sebagai terlibat menyeleweng bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada Iraq melalui program ‘oil-for-food’. Adik ipar Abdullah, Noorasiah Mahmood dan bekas suaminya, Faek Ahmad Shareef dinamakan oleh badan penyiasat PBB sebagai terlibat menyeleweng skim tersebut. Dalam sekatan ekonominya, PBB membenarkan Iraq menjual sebahagian minyaknya kepada syarikat tertentu dan sebagai ganti, syarikat tersebut disyaratkan membeli makanan untuk keperluan rakyat Iraq. Dalam siasatan yang diumumkan akhir Oktober 2003, PBB melaporkan, Noorasiah melalui syarikatnya, Mastek membayar 10 juta USD kepada Presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein untuk mendapat hak memperdagangkan minyak tersebut. Mastek tidak membantu rakyat Iraq membeli makanan sebaliknya menjual minyak untuk kepentingan sendiri. Melalui baucer yang dikesan pada tahun 2000, syarikat itu memperoleh keuntungan USD 1.3 juta melalui penjualan 1,949,900 tong minyak. Laporan asal juga menyebut nama Abdullah tetapi didapati tidak terlibat, namun Faek mengakui bahawa Abdullah hanya menulis ’surat pengenalan’. Jawatankuasa penyiasat yang diketuai oleh Paul Volcker mengambil masa 18 bulan untuk menyiasat penyelewengan yang turut melibatkan 2,200 syarikat dari 66 negara itu. Laporan itu juga menamakan Petronas, bekas duta dan dua syarikat Malaysia lain sebagai terbabit.
15. Pada hari Abdullah dilantik menjadi PM menggantikan Mahathir, pada hari itulah juga Brahim LSG Sky Chef Holdings Sendirian Berhad telah menandatangani kontrak sebagai pembekal katering penerbangan (in flight catering) untuk semua penerbangan keluar dari KLIA, termasuklah MAS. Syarikat ini merupakan syarikat JV ataupun usahasama antara kepentingan Lufthansa (penerbangan Jerman) dan Dewina Holdings Sendirian Berhad. 51 peratus dari saham syarikat ini dimiliki oleh DATUK IBRAHIM HJ AHMAD BADAWI, adalah adik kepada Abdullah Ahmad Badawi.
16. Dua laporan polis dan BPR telah dibuat oleh bekas Pengerusi GERAK, Ezam Mohd Noor(sekarang juru cakap UMNO) di Balai Polis Dang Wangi pada 1 November dan 4 Disember 2006 lalu terhadap Abdullah Ahmad Badawi dan Dr.Mahathir Mohamad mengenai amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepotisme dengan menganugerahkan projek kerajaan bernilai ratusan juta ringgit kepada ahli keluarga terdekat. Ini menyalahgunakan kedudukan dan amanah rakyat bagi mengkayakan anak mereka semasa mereka berkuasa. Tidak ada perkembangan langsung kes ini, sedangkan Abdullah sendiri membuat pengakuan bahawa ia memberi projek-projek kerajaan kepada anaknya, tetapi dengan nilai yang rendah, berbanding dengan Mahathir yang memberi projek-projek yang lebih tinggi kepada anak-anak dan keluarganya.