BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas pembantu Teresa Kok akan dituduh rasuah esok

afwan83

Active+ Member
Messages
3,228
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,228
Reaction score
12
Points
25
6a8f0593-teresa-kok-fmt-080924-1.jpg

Pada Mac 2025, bekas pembantu Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok ditahan SPRM atas dakwaan menerima rasuah RM500,000.

Berita Harian memetik sumber sebagai berkata, individu itu akan didakwa 8.30 pagi esok.

Sebelum ini, dilaporkan dua individu termasuk bekas pembantu khas kepada Ahli Parlimen Seputeh itu direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sekitar RM500,000, sebagai balasan membantu meluluskan dana projek.

Mereka disyaki melakukan perbuatan itu pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai hampir RM1.5 juta, membabitkan pembekalan ‘interactive smart board’ kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Dua bekas pegawai Kok, Edmund Teoh dan Ng Yoot Kuen, antara 18 individu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

Teoh menafikan dakwaan meminta dan menerima rasuah, serta mendakwa bahawa tuduhan tersebut bermotifkan politik dan tidak berasas.

Beliau berundur daripada jawatannya dalam DAP dan menarik diri daripada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Mac 2025. Sebelum ini, Teoh merupakan setiausaha publisiti DAP Kuala Lumpur.

Kok dilaporkan berkata, beliau telah menyuarakan kebimbangan pada November 2024 mengenai rasional di sebalik permintaan dan pembekalan papan putih pintar oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
 
Back
Top
Log in Register