BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasuah penjawat awam serius

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PUTRAJAYA – Gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam berada pada tahap serius apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencatatkan seramai 1,088 orang atau 46 peratus daripada kakitangan kerajaan ditahan dalam tempoh dua tahun sejak 2014.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd. Jamil berkata, angka tangkapan penjawat awam pada 2014 hingga 2016 sangat membimbangkan apabila hampir mencecah 50 peratus daripada tangkapan keseluruhan dalam tempoh tersebut iaitu 2,329 individu.

“Lebih menyedihkan, 58 peratus daripada 1,088 penjawat awam yang ditangkap kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan mereka yang berumur di bawah 40 tahun,” kata beliau.

Shamsun berkata demikian ketika berucap sebagai ahli panel pada seminar Kelestarian Integrasi (SKI) 2017 bertajuk Cabaran Integriti: Semai Benih, Tumbuhnya Lalang.

Seminar tersebut dianjurkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Wisma Tani di sini semalam.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
 
Pastikan gaji yang diterima bebas dari hasil rasuah

HariPekerja1.png


Pekerja perlu memastikan gaji atau upah yang diterima tidak diperolehi menerusi hasil rezeki yang bertentangan dengan undang-undang, etika dan integriti seperti rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, warga pekerja yang merupakan pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara harus memikul tanggungjawab bersama untuk memastikan negara bebas dan bersih daripada anasir rasuah.

"Kami menyeru semua warga pekerja di negara ini agar terus berdiri teguh bersama SPRM untuk terus bangkit menentang kemungkaran jenayah rasuah dan salahguna kuasa yang boleh membantutkan pembangunan dan kemajuan negara.

"Jenayah rasuah dan salahguna kuasa merupakan penindasan kepada seluruh masyarakat, maka kita perlu bersama-sama berusaha ke arah membina budaya benci rasuah dan salahguna kuasa dalam kalangan pekerja sekali gus menjadikan negara Malaysia lebih cemerlang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa sama menyeru rakyat khususnya warga pekerja terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

"Kami menyeru seluruh warga pekerja di negara ini untuk bersama-sama menyokong SPRM bagi menggesa kerajaan agar mengisytiharkan rasuah dan salahguna kuasa sebagai musuh nombor satu negara," katanya lagi.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/pastikan-gaji-yang-diterima-bebas-dari-hasil-rasuah-1.667708
 
memang serius pun, malah ada yang menggelar putrajaya suatu masa dahulu sebagai bandar rasuah
 
Xserius mcm mana kalau benda tu dah jadi budaya...

Depa panggil duit licin/ pelincir...

Drpd sekecil2 kerja kena ada duit licin... modus operandi dia create 1 masalah dlm sebarang kerja tu, pastu minta duit utk lepaskan...
 
Tanamkan diri jauhkan rasuah dalam hidup

Kalau gaji kecik nak tambah

Buat la biz atau tak nak biz habis keja buat uber atau keje luar

Selagi tak ganggu keje hakiki teruskan saja
 
Macam mana rating tak tinggi sebab kes melibatkan pegawai awam lebih meriah berbanding kes lain
 
Sama jer lebih kurang mana2 jabatan.
Baik awam maupun swasta...

Yang berpangkat ada jawatan kedudukan,
byk terlibat rasuah pecah amanah.

Yang tak berpangkat kuli bawahan, banyak
mengulor curi tulang...

Sebab tu aku hangin kalo ada kutu kata
memorex haram. Hahaha...




.
 
macammana bapak..begitulah anak nya...
 
Minta maaf dulu, mungkin penjawat awam dlm CG ni xbegitu..

Ramai penjawat awam, yg bersih dari rasuah,
kerana kedudukannya tidak memungkinkan nya menerima rasuah.

Klu ler jijiknya makan rasuah ni berjaya diterapkan spt makan bavi/anjing dikalangan melayu penjawat awam,
baru ler rasuah terkawal.
 
Serius tp masih rendah b'banding negara jiran kira oklah.ekekeke
 
Back
Top
Log in Register