BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasmi: PKR pecat Tian Chua

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
Selain bekas naib presiden PKR itu, ada empat lagi anggota parti yang disingkirkan, maklum Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Tan Yee Kew. https://cstu.io/ce0079

03b2de87e435d97539ba5d868847a2eb.jpg

Rasmi: PKR pecat Tian Chua

Diterbitkan: Jan 8, 2023 3:33 PM

Dikemaskini: 3:33 PM

PKR secara rasmi memecat bekas naib presidennya Tian Chua berikutan keputusannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-15.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Tan Yee Kew memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti malam semalam.
“Ya, semalam MPP ada mesyuarat dan kami memutuskan untuk memecatnya secara rasmi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya lagi, seramai lima anggota PKR telah dipecat termasuk Tian Chua.

“Semua dipecat kerana bertanding sebagai calon bebas atau atas tiket parti lain. Mereka yang akan dipecat kerana tindakan tatatertib lain akan diumumkan kemudian,” katanya.

Menurut Tan, empat lagi anggota ialah Puah Chee Haur dari cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali dari cabang Gopeng dan M Mohganan dari cabang Taiping.

Puah dan Ahmad Tarmizi masing-masing bertanding di bawah tiket Warisan di Keranji dan Chenderiang manakala Mohganan bertanding di Taping sebagai calon bebas.
Sementara itu, Nur Khairunisa Abdullah dari cabang Sadong Jaya turut dipecat kerana bertanding di Sadong Jaya semasa pilihan raya Sarawak 2021.

Chua memegang kerusi Batu selama dua penggal antara 2008 dan 2018.

Selepas hilang kelayakan sebagai calon semasa pilihan raya 2018, Chua menyokong Prabakaran, ketika itu calon bebas, yang akhirnya menang dan kemudian menyertai PKR.

Semasa pemilihan pucuk pimpinan PKR awal tahun ini, Prabakaran menewaskan Chua dalam perebutan jawatan ketua PKR cabang Batu dan dicalonkan parti itu untuk mempertahankan Batu pada PRU15.

Lantaran itu, Chua mengumumkan pencalonannya di Batu sebagai calon bebas tetapi akhirnya kehilangan depositnya.
 
Dah lama ada masalah
Hari ni baru rasmi dipecat
 
Saya pun turut bersimpati dengan Tian Chua. Kenangkan pengorbanan beliau dalam perjuangan untuk DSAI, terasa seperti hukuman ini zalim tapi apa boleh buat. Semua terjadi atas kesilapan diri sendiri.

Kalau beliau tidak tersilap masa penamaan calon PRU14, mungkin ini tidak terjadi. Nak drop Praba masa PRU 15 pun payah jugak. Rekod budak tu sangat baik
 
Tian Chua ada 14 hari kemukakan rayuan​

08 Januari 2023 07:04pmMasa membaca: 2 minit

2050138.jpg

Saifuddin Nasution ketika sidang media selepas mengadakan lawatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Ahad. - Foto Bernama

SEPANG - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, yang dipecat selepas bertanding di kerusi Parlimen Batu sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari kepada parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemecatan Tian Chua adalah syor daripada jawatankuasa disiplin parti.

"Dalam mana-mana keputusan disiplin parti, ada ruang untuk kemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari... saya yakin dia (Tian Chua) akan manfaatkan proses rayuan ini, daripada situ lembaga rayuan akan teliti asas rayuan yang dibuat,” katanya kepada kepada pemberita selepas meninjau operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Ahad.
Tian Chua dan empat lagi ahli PKR dipecat selepas bertanding pada PRU15 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 yang lepas, tanpa persetujuan parti.

Empat lagi yang dipecat ialah Puah Chee Haur dari cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Gopeng), M. Mohganan (Taiping) serta Nur Khairunisa Abdullah (Sadong Jaya).

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datin Dr Tan Yee Kew ketika dihubungi Bernama berkata, keputusan pemecatan dibuat semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang diadakan semalam.

Pada PRU15, Tian Chua. yang juga bekas Ahli Parlimen Batu, bertanding di kawasan sama manakala Puah dan Ahmad Tarmizi masing-masing bertanding atas tiket Parti Warisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Keranji dan DUN Chenderiang, kedua-duanya di Perak.

Sementara, Mohganan bertanding di Parlimen Taping sebagai calon Bebas dan Nur Khairunisa bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu bagi DUN Sadong Jaya pada PRN Sarawak ke-12.

Mengenai ketidaktentuan politik di Sabah, Saifuddin berkata, proses penyelesaian masalah di negeri itu sedang berjalan.

"Biar perbincangan pimpinan utama dilakukan dahulu. Saya percaya mereka dapat cari formula terbaik kepada sedikit masalah di Sabah,” katanya. - Bernama
 
Kesan buruk menanti jika PKR tak pecat Tian Chua, kata penganalisis​

January 9, 2023 7:36 AM

FMT-YB-CHUA-TIAN-CHANG-TIAN-CHUA-PKR-VP-210319-22.jpg

Tian Chua dipecat secara rasmi kerana bertanding di kerusi Parlimen Batu sebagai calon bebas pada PRU15.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpendapat ahli PKR akan beranggapan parti itu tidak serius dan tegas sekiranya Tian Chua tidak dipecat selepas bertanding di kerusi Parlimen Batu sebagai calon bebas pada PRU15.

Mohd Izani Mohd Zain dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata ia mungkin mengakibatkan ada lagi ahli parti yang mengambil langkah seperti itu kerana mempunyai anggapan sedemikian.

“Kadang-kala, parti menerima impak sekiranya yang dipecat itu adalah mereka yang mempunyai pengaruh. Namun, dalam hal ini, Tian Chua telah pun kalah dalam PRU lepas dan ia seharusnya bukan menjadi ancaman kepada PKR,” katanya kepada FMT.

Tian Chua dan empat lagi ahli PKR dipecat selepas bertanding pada PRU15 dan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang lepas, tanpa persetujuan parti.

Empat lagi yang dipecat ialah Puah Chee Haur dari cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Gopeng), M Mohganan (Taiping) serta Nur Khairunisa Abdullah (Sadong Jaya).

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Tan Yee Kew ketika dihubungi Bernama, berkata keputusan pemecatan dibuat semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang diadakan Sabtu lalu.

Pada PRU15, Tian Chua yang juga bekas Ahli Parlimen Batu, bertanding di kawasan sama manakala Puah dan Ahmad Tarmizi masing-masing bertanding atas tiket Parti Warisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Keranji dan DUN Chenderiang, kedua-duanya di Perak.

Sementara itu, Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata pemecatan Tian Chua merupakan satu pengajaran politik bagi ahli parti yang lain agar tidak bertindak keterlaluan dengan membelakangkan semangat kerjasama di dalam parti.

Beliau berkata sebagai seorang yang dikenali sebagai “old timer” di dalam perjuangan parti, Tian Chua seharusnya berusaha membantu calon Parlimen Batu sewaktu tempoh berkempen.

“Bukannya bertindak semberono dengan melawan calon PKR tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, Kartini Aboo Talib daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula mempunyai pandangan yang berbeza berhubung pemecatan Tian Chua dan menyifatkannya sebagai satu episod duka buat PKR dan penyokong parti itu.

Beliau berkata Tian Chua dianggap berbeza berbanding orang Cina yang pro DAP.

“Tian Chua mempunyai prinsip dan idealisme. Beliau dipecat kerana ingkar arahan presiden yang tidak membenarkan beliau bertanding dalam PRU15,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register