BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rangka kerja respons bencana ASEAN diperkukuh bagi tingkatkan kerjasama serantau

adi19

Fun Poster
Messages
768
Joined
Oct 30, 2013
Messages
768
Reaction score
3
Points
25

Rangka kerja respons bencana ASEAN diperkukuh bagi tingkatkan kerjasama serantau​

screenshot_2026-08-19_234245.jpg

Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Edwin Tong di persidangan serantau berhubung pengurusan bencana. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: ASEAN perlu mengorak langkah melangkaui sekadar memberi respons terhadap bencana alam, dengan memberi tumpuan kepada usaha menjangkakan bila berlaku bencana, termasuk mekanisme amaran awal.

Menteri Undang-undang Edwin Tong mengulas demikian sedang rantau ini memperkukuhkan rangka kerja tindak balas bencana bagi memastikan respons bersama yang "pantas, diselaraskan dan tersusun".

IKLAN

Ini di tengah-tengah risiko iklim yang semakin tidak menentu, termasuk gelombang haba ekstrem dan kemarau.

Encik Tong, yang juga Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri berkata: "Kejadian-kejadian ini mengingatkan kita bahawa bencana alam langsung tidak mengendahkan sempadan negara. Ia adalah cabaran serantau yang menuntut huraian peringkat serantau.

"Sedang perubahan iklim terus meningkatkan lagi kekerapan serta kemudaratan bencana alam merentasi rantau kita dan kawasan lain di dunia, membangunkan daya tahan dan pengetahuan mendalam bukan lagi sekadar pilihan. Bahkan, saya percaya ia mendesak, ia perlu dilakukan."

Berucap di persidangan serantau berhubung pengurusan bencana, Encik Tong berkata ASEAN sedang mengukuhkan penyelarasan antara negara-negara anggotanya.

Ini termasuk mengemas kini prosedur respons serantau untuk menyepadukan dengan lebih baik lagi petugas kecemasan di barisan hadapan.

IKLAN

ASEAN juga sedang memperkemas proses bagi mengirimkan bekalan bantuan merentasi sempadan dengan lebih cepat jika bencana melanda.

Encik Tong menambah Singapura, selaku pengerusi ASEAN tahun depan, akan menganjurkan latihan respons bencana serantau untuk menguji dan mengukuhkan semua mekanisme itu.

Beliau berkata matlamat jangka panjangnya adalah untuk ASEAN membangunkan lebih lanjut keupayaannya secara bersama dan kemungkinan meluaskan jangkauan respons kemanusiaannya melangkaui rantau ini.

 
Back
Top
Log in Register