BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama Rentas Sempadan Penting Bagi Tangani Penipuan, Lindungi Ekosistem Digital ASEAN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Kerjasama Rentas Sempadan Penting Bagi Tangani Penipuan, Lindungi Ekosistem Digital ASEAN​

50a5efc7563647d761f5cc7e9ba90d1f67fe24095c961


ASEAN memerlukan kerjasama rentas sempadan dan perkongsian risikan yang lebih kukuh antara pihak kerajaan, pengendali komunikasi, institusi kewangan serta platform teknologi bagi menangani penipuan digital sekali gus meningkatkan kepercayaan awam terhadap ekosistem digital yang semakin berkembang di rantau ini.

Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand Chaichanok Chidchob berkata ancaman digital dan jenayah rentas negara tidak mengenal sempadan institusi mahupun negara, justeru kerjasama antara sektor awam dan swasta menjadi semakin penting.

Beliau berkata satu daripada cabaran utama dihadapi kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan digital bukan sekadar memastikan rakyat memahami teknologi itu, tetapi juga mereka dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

“Di Thailand, antara persoalan sering dikemukakan oleh pengguna ialah siapa pemilik atau pihak mengendalikan sesuatu perkhidmatan digital, sama ada perkhidmatan berkenaan selamat dan terjamin serta apakah bentuk perlindungan yang tersedia kepada mereka.

“Jika orang ramai tidak terlibat, maka sesuatu perkhidmatan itu akhirnya akan lapuk,” katanya pada sesi panel bertajuk “From Protection to Participation-Building Trusted and Resilient Digital Ecosystems in ASEAN” dikendalikan Ketua GSMA Asia Pasifik Julian Gorman yang diadakan bersempena dengan M360 ASEAN 2026 di sini hari ini.

Chaichanok berkata pendekatan Thailand menumpukan kepada dua aspek utama iaitu pencegahan dan perlindungan termasuk menerapkan ciri keselamatan dalam pembangunan infrastruktur digital dari awal serta memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan sektor swasta.

Beliau berkata kolaborasi seumpama itu amat penting dalam membanteras jenayah berkaitan teknologi yang boleh berlaku secara serentak melibatkan rangkaian telekomunikasi, institusi kewangan dan platform digital.

Bagi memperkukuh tadbir urus dalam era kecerdasan buatan (AI), Chaichanok berkata Thailand telah menubuhkan AI Governance Practice Centre (AIGPC) baru-baru ini, yang berperanan sebagai pusat rujukan di peringkat kebangsaan dan serantau bagi menterjemahkan prinsip penggunaan AI secara beretika kepada kerangka kerja yang praktikal dan boleh dilaksanakan.

 
Back
Top
Log in Register