BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramasamy keluar DAP?

'Saya Faham Keadaan Ramasamy .. Harap Beliau Terus Bantu Kerajaan'

10.08.2023 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Perai, Dr P Ramasamy dapat terus menyumbang peranan yang positif membantu kerajaan melaksanakan pendekatan madani. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau percaya tindakan terbaharu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkaitan masalah dalaman DAP. Namun, katanya beliau faham dan maklum dengan tindakan Ramasamy yang juga sahabatnya.

"Ramasamy sahabat saya dan tentu (dia) dapatkan pandangan terlebih dulu dan saya faham keadaan itu, yang ada masalah khusus dalam parti. Saya harap beliau dapat mainkan peranan positif dalam membantu kerajaan meneruskan pendekatan madani," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik hari ini.

Pagi ini, Ramasamy mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengumumkan keluar daripada parti itu. Beliau yang digugurkan daripada menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang sudah mengutus surat bagi tujuan berkenaan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Pengerusi DAP, Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Ramasamy dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II sejak 2008 hingga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan baru-baru ini.

Ramasamy yang dilihat sesetengah pihak sebagai 'liabiliti' kepada DAP kerana 'sikap berterus-terangnya' adalah antara lima bekas ahli Exco yang tidak dicalonkan pada PRN. Yang lain ialah Ketua Wanita DAP, Chong Eng, Phee Boon, Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee. Turut digugurkan ialah bekas ADUN Bagan Dalam, M Satees dan bekas Adun Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit. Chun Kit tidak bertanding atas alasan kesihatan.​

1691646702809.png
 
Pimpinan DAP Pusat Terlalu Bergantung Kepada' Maharaja' - Ramasamy

10.08.2023 - Bekas Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy tidak kisah digelar 'anggur masam' susulan tindakannya melepaskan semua jawatan dan keluar daripada DAP hari ini. Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai itu turut menegaskan beliau tidak mempunyai pilihan lain dan berharap dapat berfungsi dalam persekitaran politik tanpa kekangan.

"Tindakan menggugurkan saya bukanlah suatu isu, namun bagaimana ia dilaksanakan yang penting. Ia adalah penyingkiran tanpa penghargaan kepada khidmat kami. Saya sedar mungkin tidak akan mempunyai tempat dalam DAP lagi pada masa hadapan. Namun, saya perlu berani membuat beberapa perancangan mengenai peranan dalam arena politik tanah air secara menyeluruh. Saya akan terus berjuang untuk menentang ketidakadilan, diskriminasi dan penindasan terhadap semua lapisan masyarakat serta golongan kurang bernasib baik," katanya pada sidang media di sini.

Timbalan Pengerusi DAP negeri itu memaklumkan sudah mengutus surat bagi tujuan itu kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, masing-masing pada jam 8.24 dan 8.25 pagi tadi. Katanya, keputusan itu dibuat selepas mempertimbang faktor pimpinan DAP Pusat terlalu bergantung kepada' maharaja' yang menjadi punca krisis kepemimpinan DAP Pulau Pinang. Beliau mengakui belum berhasrat menyertai mana-mana parti politik sedia ada mahupun menubuhkan parti baharu, selain menegaskan akan terus menyokong gabungan Pakatan Harapan (PH), terutama kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kon Yeow.

"Keputusan meninggalkan DAP sangat sukar kerana sudah menganggotai parti ini sejak 2005, selain mula aktif (dengan DAP) sejak masih berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia lagi. Namun, DAP bukan lagi parti dikenali ketika itu dan semakin kurang menghargai perbezaan pendapat dan sikap keterbukaan dari dalaman parti. Mereka yang bersuara menentang kerajaan dipandang sebagai pengacau serta mengganggu. Malah, senarai calon dikemukakan Kon Yeow diketepikan, selain ada kemungkinan beliau tidak memegang jawatan Ketua Menteri untuk tempoh sepenggal, walaupun sudah diberi jaminan oleh pemimpin parti peringkat nasional," katanya.

Ramasamy dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II selepas menang di Parlimen Batu Kawan dan DUN Perai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), pada 2008 dan berkhidmat sebagai wakil rakyat Perai selama 15 tahun. Bekas ADUN Sabai yang juga Naib Pengerusi DAP Pahang D Kamache; Naib Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), K Jason Raj dan Ahli DAP Cawangan Taman Inderawasih, K Krishnasamy turut mengumumkan keluar daripada parti itu.​

1691647090107.png
 
'Saya Faham Keadaan Ramasamy .. Harap Beliau Terus Bantu Kerajaan'

10.08.2023 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Perai, Dr P Ramasamy dapat terus menyumbang peranan yang positif membantu kerajaan melaksanakan pendekatan madani. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau percaya tindakan terbaharu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkaitan masalah dalaman DAP. Namun, katanya beliau faham dan maklum dengan tindakan Ramasamy yang juga sahabatnya.

"Ramasamy sahabat saya dan tentu (dia) dapatkan pandangan terlebih dulu dan saya faham keadaan itu, yang ada masalah khusus dalam parti. Saya harap beliau dapat mainkan peranan positif dalam membantu kerajaan meneruskan pendekatan madani," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik hari ini.

Pagi ini, Ramasamy mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengumumkan keluar daripada parti itu. Beliau yang digugurkan daripada menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang sudah mengutus surat bagi tujuan berkenaan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Pengerusi DAP, Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Ramasamy dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II sejak 2008 hingga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan baru-baru ini.

Ramasamy yang dilihat sesetengah pihak sebagai 'liabiliti' kepada DAP kerana 'sikap berterus-terangnya' adalah antara lima bekas ahli Exco yang tidak dicalonkan pada PRN. Yang lain ialah Ketua Wanita DAP, Chong Eng, Phee Boon, Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee. Turut digugurkan ialah bekas ADUN Bagan Dalam, M Satees dan bekas Adun Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit. Chun Kit tidak bertanding atas alasan kesihatan.​

1691646702809.png
Mmg nuar faham sbb dia pun dah lama jadi 'maharaja'. Sbb tu ramai pejuang awal reformasi yg pernah rapat dgn dia skang ni semua tinggalkan dia :ROFLMAO:
 
DAP Dukacita Ramasamy Keluar Parti

10.08.2023 - Parti DAP melahirkan rasa dukacita dengan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy yang mengumumkan keluar daripada parti itu, hari ini. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, ini disebabkan Ramasamy sebelum ini diberikan banyak peluang oleh parti selama tiga penggal untuk menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri.

"Apabila tidak diberikan kerusi, maka keluar parti. Ini yang rasa mendukacitakan. Apa pun saya rasa perjuangan parti akan diteruskan. Pemimpin datang dan pergi. Yang penting parti kekal kuat. Tidak ada mana-mana orang yang lebih besar daripada parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi Santai Minum Pagi Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri Chennah, di sini, hari ini.

Ramasamy terdahulu dilaporkan mengumumkan keluar daripada DAP dan memaklumkan sudah menghantar surat mengenai perkara itu kepada Loke pada jam 8.24 pagi. Mengulas lanjut, Loke berpandangan keputusan DAP tidak mencalonkan Ramasamy untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini adalah tepat.

"Ini membuktikan keputusan kita tak mencalonkan dia betul sebab tak ada keikhlasan. (Orang) lain kita tak calonkan kekal dalam parti dan kita hargai mereka," katanya.

Menteri Pengangkutan itu turut menyatakan beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai tindakan Ramasamy.

"Saya biarkan rakyat menilai karakter mereka. Bagi saya, apabila seseorang itu tidak lagi mendapat jawatan dalam parti, maksudnya keberadaan dalam parti tidak ada keikhlasan. Adakah selama ini mereka hanya tunggang parti demi jawatan," katanya.

Menurutnya, tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Prai itu keluar parti tidak akan menjejaskan kempen DAP di Pulau Pinang.

"Tidak menjejaskan apa-apa. Memang kita sudah menjangka apabila tidak dicalonkan, dia tidak membantu sepanjang kempen kita," katanya.​

1691647392259.png
 
Back
Top
Log in Register