BTC USD 43,659.9 Gold USD 2,026.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,011
Joined
Apr 15, 2012
Messages
37,011
Reaction score
3,393
Points
266
Awards
1

Golongan profesional menggunakan dadah sebagai perangsang ketika melakukan sesuatu kerja

authorDefault.png
MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS

18 Januari 2022 | Masa membaca: 2 minit

1419012.jpg

Dadah jenis syabu yang menyebabkan penagih bertindak di luar batasan.

SHAH ALAM - Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) mendedahkan terdapat individu daripada golongan profesional yang mengalami masalah penagihan dadah melampau akibat pengambilan bahan terlarang itu untuk tujuan kerja.
Presiden Pengasih, Ramli Abd Samad berkata, golongan tersebut menggunakan dadah sebagai perangsang ketika melakukan sesuatu sehingga merosakkan sistem otak dan hilang kawalan diri.

“Kita perlu sedar ada golongan profesional yang menggunakan dadah sebagai perangsang ketika belajar dan bekerja.
“Contoh di Pengasih, kita rawat ramai profesor, arkitek, jurutera dan akauntan, malah baru-baru ini pensyarah pun ada.
“Penagih dadah bukan lagi daripada kalangan orang setinggan tetapi sekarang merangkumi semua golongan.
“Ini kerana penggunaan dadah itu dah berbeza. Ini masyarakat perlu faham,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambah beliau, terdapat individu yang masih dapat mengawal pemikiran akan mendaftar diri secara sukarela mahu kembali menjalani kehidupan seperti biasa selain faktor desakan keluarga.
Menurutnya, banyak kes jenayah melibatkan penagih dadah sehingga ada yang membunuh diri dan membunuh ahli keluarga sendiri.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Ini kerana sebaik-baik rawatan adalah secara sukarela kerana dia sendiri berkeinginan untuk berubah. Saya percaya tidak ada satu orang penagih mahu terus jadi penagih,” katanya.

1419011.jpg

Dadah jenis syabu

Mengulas lanjut ujar beliau, sejak 30 tahun ditubuhkan Pengasih berjaya memulihkan lebih 10,000 penagih dadah menggunakan rawatan komprehensif.
Menurutnya, Pengasih mempunyai enam pusat rawat pulih penagih dadah dengan dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Melaka serta Johor yang menempatkan 300 individu.

Menurutnya, rawatan komprehensif bersesuaian ditawarkan kerana masalah penagihan dadah melibatkan isu mental dan psikologi.
“Mereka akan dirujuk kepada pakar psikiatri terlebih dahulu untuk penilaian tahap keparahan penagihan, pembelajaran dan pemikiran bagi menentukan perancangan pemulihan.
“Mereka ini dikategorikan sebagai pesakit psikologi dan gangguan mental, kesan daripada pengambilan dadah yang telah merangsang pengeluaran bahan kimia dalam otak dalam jumlah yang banyak sehingga sistem otak mengalami kerosakan.

“Contohnya dadah jenis syabu. Pengeluaran bahan kimia ini perlu ketika keadaan normal tetapi sekiranya dicampur dengan dadah, ia keluar sehingga 1,000 peratus daripada biasa yang menyebabkan neuron-neuron otak banyak rosak atau kecelaruan,” jelasnya.

Ujar beliau, 68 peratus daripada mereka yang menjalani rawatan di Pengasih akan pulih sepenuhnya selepas dua tahun dan kembali ke pangkuan keluarga.
Jelas Ramli, rawatan pemulihan yang diberikan akan tertumpu kepada masalah individu tersebut dan bukan dikurung seperti dalam pusat tahanan.

Tambahnya, kesedaran masyarakat terhadap penagih dadah untuk mengambil rawatan mendatar sejak 20 tahun lalu dengan stigma terhadap golongan itu penagih sebagai sampah masyarakat.

sumber - https://premium.sinarharian.com.my/..._medium=email&utm_campaign=premium_newsletter
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register