Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,748
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,748
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
689 Penagih Dadah Tampil Sukarela Dapatkan Rawatan, Pemulihan AADK
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Mahadzir Elias (tengah) bertanyakan sesuatu kepada sebahagian penagih dadah yang ditahan dalam Operasi Cegah Khas AADK di Pulau Pinang yang dijalankan selama tiga hari sehingga semalam.
Sebanyak 689 individu tampil secara sukarela untuk mendapat rawatan dan pemulihan berkaitan penyalahgunaan dadah menerusi program Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hingga 31 Mei lepas, sekali gus mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap peluang pemulihan yang disediakan kerajaan.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Mahadzir Elias berkata pendekatan itu memberikan peluang kepada penagih tampil secara sukarela mendapat rawatan tanpa perlu melalui proses perundangan selain mengurangkan stigma masyarakat terhadap golongan berkenaan.
"Jumlah itu melibatkan individu yang mendapatkan rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan mereka yang tampil mendapatkan rawatan tidak akan berdepan dengan tindakan undang-undang," katanya pada sidang media selepas Operasi Cegah Khas AADK Pulau Pinang di sini, malam tadi.
Sejak pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dikuatkuasakan pada 22 Ogos 2025, beliau berkata AADK membuka ruang lebih luas kepada individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk tampil mendapat bantuan secara sukarela.
Beliau berkata bagi rawatan dan pemulihan secara sukarela, pegawai AADK akan membuat penilaian tahap pembabitan dadah dan menawarkan pakej rawatan antara tiga bulan hingga dua tahun bergantung pada tahap keseriusan mereka.
Mahadzir berkata AADK menahan 14,518 penagih dan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di seluruh negara setakat 31 Mei, iaitu 30.43 peratus daripada sasaran 47,000 individu yang ditetapkan bagi tahun ini.
Berhubung trend semasa penyalahgunaan dadah, beliau berkata coraknya kini berubah apabila pengguna tidak lagi berkumpul di lokasi tertentu seperti sebelum ini, sebaliknya menggunakan bahan terlarang itu di rumah, tempat kerja atau lokasi yang dianggap lebih selamat.
Mengakui AADK kini berdepan dengan cabaran menangani kemunculan bahan-bahan dadah baharu termasuk yang digunakan melalui vape, beliau menegaskan kebanyakan bahan terbabit masih boleh dikesan menerusi ujian saringan yang dijalankan agensi berkenaan.
Sementara itu, Mahadzir berkata dalam Operasi Cegah Khas AADK di Pulau Pinang yang dijalankan selama tiga hari hingga semalam, sepasang suami isteri yang didapati positif dadah jenis morphine dan methamphetamine ketika bersama-sama dua anaknya berusia tiga tahun serta bayi berusia lapan bulan, merupakan antara 164 individu yang ditahan.