BTC USD 76,399.0 Gold USD 4,346.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu Bayi Positif Benzo, Bukan Penagih Dadah - Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Ibu Bayi Positif Benzo, Bukan Penagih Dadah - Polis​

672e03570415d192fcca432065174f126a85425fb1c1b

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat

Ibu kepada bayi yang dilaporkan positif dua jenis dadah bukan penagih dadah sebaliknya ujian air kencing terhadap wanita itu hanya mengesan benzodiazepine (Benzo), kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata wanita tersebut telah diambil tindakan selepas keputusan ujian itu diperoleh, namun mendakwa pengambilan Benzo adalah bagi merawat masalah keresahan atau anxiety yang dialaminya.

“Kita ada buat ujian urin ke atas wanita itu. Benzo ini macam ketum tapi berdasarkan yang dia beritahu ubat itu diambil untuk masalah anxiety.

“Dia berkata kesan daripada ubat anxiety ini menyebabkan ujian air kencing mengesan Benzo. Tapi untuk bayinya, masih dalam siasatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata pihaknya tidak mengesan methamphetamine atau bahan dadah lain dalam ujian air kencing wanita itu.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan terhadap keputusan ujian bayi berkenaan yang menunjukkan positif dua jenis bahan.

Pada 12 Ogos lepas, seorang bayi perempuan didapati positif amphetamine dan benzodiazepines selepas menjalani saringan air kencing di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Susulan itu, polis menahan ibu bayi tersebut yang berusia 30 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

 
Back
Top
Log in Register