BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKNK Pantau Perkembangan Bayi Dilahirkan Positif Dadah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

JKNK Pantau Perkembangan Bayi Dilahirkan Positif Dadah​

348fbfdf80b1fdea11ce92ff0f15c9596966281da684d

Imej yang dipaparkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK) akan terus memantau perkembangan seorang bayi perempuan yang didapati positif dadah selepas dilahirkan bagi mengenal pasti kesan terhadap perkembangan mental, pertumbuhan dan pembesarannya.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) JKNK Dr Rohana Daud berkata pemantauan berterusan penting bagi memastikan kesan terhadap bayi itu dapat dikenal pasti dan tindakan sewajarnya diambil dari peringkat awal.

“Pemeriksaan menggunakan Finnegan Score menunjukkan skor bayi itu kini berada pada tahap sifar selepas menerima rawatan.

“Mengikut maklumat diperoleh, ibu bayi itu mengambil ubat penenang dan kemungkinan kesannya kepada bayi tidak berterusan sebaliknya hanya mengalami gejala penarikan (withdrawal symptom),” katanya.

Dr Rohana berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Universiti Sains Malaysia (USM) House Officer Preparatory Course 2026 di Hospital USM, Kubang Kerian di sini hari ini.

Pada 12 Ogos, seorang bayi perempuan didapati positif amphetamine dan benzodiazepines selepas menjalani saringan air kencing di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Susulan itu, polis menahan ibu bayi tersebut yang berusia 30 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 
Back
Top
Log in Register