BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai kena sihir

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.gif

Sebahagian perawat Darussyifa’ Kelantan hadir semasa sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri diadakan di Pasir Tumboh, semalam.
< 1 / 1 >
KOTA BHARU - Darussyifa’ Kelantan mengakui ramai kalangan masyarakat di negeri ini mengalami sihir dan saka berdasarkan rekod perubatan dan perawatan yang dijalankan sejak penubuhannya pada 2009 lalu.

Pengerusinya, Zaki Ya berkata, selain itu, ramai pesakitnya juga didapati menghadapi penyakit-penyakit lain termasuk barah, migrain, gaut, darah tinggi, kencing manis dan jantung.

“Sekarang kesedaran mendapatkan rawatan alternatif iaitu perubatan secara Islam sudah ada dalam kalangan masyarakyat kita.

“Berbanding dahulu, ramai yang mengalami kesakitan ini, namun mereka menahannya kerana tidak tahu cara untuk merawatnya dan hanya bergantung kepada perubatan tradisional (bomoh) semata-mata, namun dengan adanya Darussyifa’, pelbagai penyakit Insya-ALLAH dapat disembuhkan,” katanya kepada Sinar Harian semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kali Ketiga di Pasir Tumboh, semalam.

Beliau berkata, perkara tersebut dikenal pasti apabila boleh dikatakan setiap hari ada pesakit baru yang menghubunginya untuk mengetahui lokasi klinik-kilnik Darussyifa’ di negeri ini.

Kata Zaki lagi, atas permintaan tersebut, pihaknya kini merancang untuk menambah masa rawatan yang mana sebelum ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, 5 petang hingga 7 petang dan akan ditambah kepada masa 2 petang hingga 4 petang, selain pada sebelah waktu malam.

“Perancangan ini akan dilaksanakan selepas 160 perawat baru mendapatkan sijil (konvokesyen) pada Disember ini dan sekarang ini, kita mempunyai 75 perawat aktif daripada jumlah *** perawat di seluruh Kelantan,“katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/ramai-kena-sihir-1.197724
 
pagi nasik belauk & tea susu.
tengahari nasik.
petang tea susu & kuih.
malam nasik.
pukul 11 mee celop.

mana tak kena kencing manisnya.:)
 
sihir ni sentiasa hidup..
 
org kg ak sorang ni tiap2 pagi roti canai, teh tarik..sebelum teruk mcm skang ramai dh tegur klo xjaga makan esok sakit..betol

yg best tu anak die doktor..tp die degil..bg ubat xnak makan..kira 'ala klo nak mati mati jugak' punya perangaila..skang ni tgh terlantar kt hospital
 
Aku cukup hangin ngan org kena penyakit kencing manis...boleh katakan org yg kena penyakit ni tergolong dari kalangan org yg degil dan tak mau dengor nasihat...
 
org kg ak sorang ni tiap2 pagi roti canai, teh tarik..sebelum teruk mcm skang ramai dh tegur klo xjaga makan esok sakit..betol

yg best tu anak die doktor..tp die degil..bg ubat xnak makan..kira 'ala klo nak mati mati jugak' punya perangaila..skang ni tgh terlantar kt hospital

Kalo nak mati mati gak tapi kita kena usaha mengelakkannye.
Kira cuma rancang allah akan tentukan.
Kalo nak kaya kaya gak jadi buat ape susah2 keje,apa akan jadi?
 
Back
Top
Log in Register