BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Singapura tak minat kerja cuci pinggan, Restoran ini tawar gaji RM11000 tarik pekerja Malaysia

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

Rakyat Singapura tak minat kerja cuci pinggan, Restoran ini tawar gaji RM11000 tarik pekerja Malaysia​

Oleh ANITA ABD RAHMAN

04/01/2024

Sebuah restoran di Singapura terpaksa meningkatkan tawaran gaji hingga SG $3,500 (RM11,000) untuk mencari pekerja dalam tugas mencuci pinggan mangkuk,
selepas jawatan itu tidak dapat diisi untuk jangka masa yang lama disebabkan tawaran gaji yang rendah sebelum ini, melaporkan MustShareNews.
Keadaan ini memaksa pemilik Restoran Ishinomaki Grill & Sake di Orchard Road, Chen Weixin, untuk secara peribadi melakukan tugas mencuci pinggan mangkuk di restoran tersebut.

View attachment pinggan.jpg.webp
Beliau memberitahu Shin Min Daily News bahawa warga asing dari Malaysia yang biasanya melakukan kerja ini tidak memberikan sambutan, walaupun dengan tambahan gaji sebanyak SG $50 (RM160) sehari.
Segalanya berubah apabila beliau menawarkan gaji baru sebanyak SG $3,500 sebulan, yang setara dengan gaji minimum seorang graduan universiti. Barulah Weixin berjaya menarik perhatian pekerja dari Malaysia.

Beliau menambahkan bahawa tiada rakyat Singapura yang bersedia menerima tawaran tersebut, dan oleh itu, beliau terpaksa bergantung pada pekerja asing dari Malaysia. Namun, disebabkan wabak COVID-19, ramai warga Malaysia telah pulang ke negara asal, dan terdapat juga masalah buruh disebabkan pelonggaran peraturan Covid-19 sejak 29 Mac dan pengetatan dasar buruh asing.

Shin Min Daily News melaporkan bahawa beberapa perniagaan F&B terpaksa menawarkan gaji sehingga SG $4,000 sebulan untuk pekerjaan mencuci pinggan, termasuk bonus sebanyak SG $3,000.

Seorang pengendali F&B memberitahu media Singapura bahawa mereka menawarkan gaji pokok SG $2,600 dengan bonus pengambilan pekerja sebanyak SG $2,000 dan bonus prestasi sehingga SG $1,000 sebulan. Walau bagaimanapun, mereka masih menghadapi masalah kekurangan kakitangan.

Lambert Chen, pemilik bersama Iko Restaurant and Bar, memberitahu AsiaOne bahawa pekerjaan ini menuntut kerja keras, dan hanya segelintir rakyat Singapura yang sanggup mengambil peranan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Restoran Tung Lok, Andrew Tjoe, berkata mereka mengupah sebuah syarikat pembersihan sepuluh tahun lalu untuk menangani isu ini, membayar mereka antara $3,800 hingga $4,000 setiap pekerja.
Untuk rekod, cabaran dalam mengupah kakitangan untuk tugas mencuci pinggan bukanlah sesuatu yang baru dalam industri F&B di Singapura dan ia telah menjadi perbualan hangat sejak tahun 2012. Walaupun gaji yang ditawarkan tinggi, tiada siapa yang sanggup untuk bekerja di bahagian belakang dapur.

 
Kat mana negara maju, perkara ni adalah lumrah.
Kat UK, buruh binaan ramai orang Eropah Timur.
Kat Korea, buruh binaan ramai orang Asia Selatan.
Rakyat tempatan tak minat kerja2 ni.
 
La org singapore pun memilih kerja la ingat org malaysia saja hehehe
 
bukti pendapatan isi rumah rakyat malaysia dah meningkat ka?atau macm mana..
 
Tahun 2050, belum tentu Malaysia mampu bagi gaji minima RM2000 sebulan.

Kemon 2024 dah, masih stagnant dengan RM1.5k itu pun majikan belum bersedia.
 
Kat mana negara maju, perkara ni adalah lumrah.
Kat UK, buruh binaan ramai orang Eropah Timur.
Kat Korea, buruh binaan ramai orang Asia Selatan.
Rakyat tempatan tak minat kerja2 ni.

Tapi gaji mahal kat sana kan.


Ada satu negara tak berapa nak maju, gaji ciput, buruh binaan pun ramai warga asing.
 
Back
Top
Log in Register