BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rajagobal 'letak pisau' dileher

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
Rajagobal 'letak pisau' dileher

Kecewa tiada penyerang berbisa; kritik Liga-M benarkan pemain import

Shah Alam: Mungkinkah nasib Datuk K Rajagobal akan sama seperti dialami bekas jurulatih negara, B Sathianathan yang pernah dipecat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara tindakan mengkritik ‘Liga Malaysia bukan bola sepak’ pada 2009?

Persoalan itu menjelma selepas pengendali skuad Harimau Malaya itu seakan-akan mempertikaikan keputusan badan induk membenarkan pemain import beraksi dalam Liga-M sehingga skuad bimbingannya ketandusan penyerang berbisa ketika tewas kepada Arab Saudi 4-1 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Di sini kita boleh nampak yang kita tidak ada penyerang yang boleh menjaringkan gol. Tetapi inilah yang kita ada dan kena sedar satu gol yang kita dapat hari ini (kelmarin) adalah daripada Safiq Rahim, bukannya daripada penyerang kita." Rajagobal

Ketika pertembungan penting menentang Yaman dalam Kelayakan Piala Asia 2015 hanya berbaki tiga hari lagi Rajagobal menyuarakan betapa dia sudah ‘ketiadaan penyerang’ untuk mendapatkan gol untuk skuad Harimau Malaya.

Penyerang tak ada

“Di sini kita boleh nampak yang kita tidak ada penyerang yang boleh menjaringkan gol. Tetapi inilah yang kita ada dan kena sedar satu gol yang kita dapat hari ini (kelmarin) adalah daripada Safiq Rahim, bukannya daripada penyerang kita. “Kita kena buat sesuatu dan tahu situasi yang dihadapi sekarang. Kalau dibandingkan dengan Arab Saudi, mereka memiliki penyerang berbisa serta memiliki kemahiran yang baik.

pix_gal1
 
dia kena pegi skolah utk belajar wat statement yg lebih cerdik
 
pemain import disalahkan ... huhuhu ... patutnya dia bersyukur sebab adanya pemain import ni, pemain tempatan akan berusaha gigih menandingi pemain import. Banyak yang pemain tempatan leh belajar dari pemain import ni.

Memanjang je bagi alasan tak bijak. Dah leh berenti dh dia ni. Nak tunggu ranking Malaysia turun ke tangga 210 ke Raja gobal?
 
statement bo dow... ramai lagi striker di mesia. yang dia g main formation 4-2-3-1 letak solo striker mat yo apa kena ya jang. hahahah.
 
dah nampak dah tanda2 awal takkan layak ke piala asia.. wakakakakaka...
 
kena contohi hoki, lepas amik revington,nmpk peningkatan ketara hoki....
 
pemain import disalahkan ... huhuhu ... patutnya dia bersyukur sebab adanya pemain import ni, pemain tempatan akan berusaha gigih menandingi pemain import. Banyak yang pemain tempatan leh belajar dari pemain import ni.

Memanjang je bagi alasan tak bijak. Dah leh berenti dh dia ni. Nak tunggu ranking Malaysia turun ke tangga 210 ke Raja gobal?

kawan setuju yg ni...
player import la boley beri byk pendedahan pd player msia ni..
nk antar player local gi obersea belanja mahal..
ni dh bwk player import ke msia, still nk complain?
low class punye coach...
bwk la coach oversea latih msia ni...
bosan dgr alasan coach tempatan yg mcm xde akal..
import tahun ni hebat2 belaka..bkn cm import dulu2...
 
Alasan untuk tidak disalahkn....klu byk sgt alasan knp x berundur awal2 lg..skrg br nk ckp xde penyerang..
 
dia nak puji Safiq ni sebenarnya...serampang dua mata.....:))
 
Back
Top
Log in Register