FAM jgn dilupakan plak kontrak Datuk Ong Kim Swee. Kontrak OKS dgn skuad Harimau Muda A pun akan tamat pada 31 Disember nih.
Mmg OKS dilantik menjadi jurulatih sementara skuad senior Harimau Malaya. Tapi kalau FAM dah jumpa jurulatih permanent, apa nasib OKS selepas itu? Adakah kekal bersama skuad Harimau Muda A atau dilepaskan begitu sahaja?
Khidmat OKS amat diperlukan oleh Singapura dan Myanmar. Dikhabarkan Myanmar sanggup buat apa sahaja utk dapatkan OKS, sehingga mampu mengajikan OKS sehingga RM200K sebulan. Singapura plak mmg dari tahun lepas lagi berminat nakkan OKS.
FAM kena buat sesuatu dgn kontrak OKS nih. Jangan abaikan OKS. OKS berharga kepada kita. Beliau banyak menaikkan skuad Harimau Muda A, menaikkan pemain2 muda negara, promote pemain2 negara bermain ke luar negara. Amat sayang kalau khidmat OKS terlepas kepada pasukan lain.