BTC USD 83,873.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Farhan didakwa langgar kontrak

joe_kacak jugak

Active+ Member
Messages
4,870
Joined
Dec 30, 2011
Messages
4,870
Reaction score
108
Points
33
su_01.1.jpg


DUNIA bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan isu pelanggaran kontrak.

Kali ini membabitkan bekas penyerang Kelantan, Mohd. Norfarhan Mohamad yang didakwa melanggar kontrak perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor DT).

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari terakhir Taklimat Liga Malaysia (Liga M) 2014 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam semalam.

Jika sabit kesalahan, Farhan yang kini sah menjadi milik Terengganu bakal berdepan hukuman penggantungan selama semusim selain denda maksimum.

Sama seperti kes tonggak pertahanan baharu Kelantan, Nazri Ahmad yang didakwa melanggar kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), isu Farhan yang dinobat sebagai penyerang terbaik Liga Malaysia 2013 kelmarin, turut mendapat perhatian FAM.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, pihaknya akan memutuskan status kedua-dua pemain itu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM yang dijadualkan berlangsung pada 19 Disember ini.

"Selain kes Nazri yang didakwa menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan FAS, saya turut menerima satu lagi kes dari PBNJ yang melibatkan Farhan.

"Kes Farhan juga akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM. Status Nazri dan Farhan akan terjawab selepas mesyuarat itu nanti.

"Jika didapati bersalah, mereka bakal digantung selama satu musim atau lebih, namun semua itu bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Status Pemain FAM yang akan bermesyuarat 19 Disember ini," tegas Hamidin.

Kosmo! sebelum ini melaporkan bahawa FAS telah mengemukakan aduan rasmi kepada FAM berhubung kes Nazri yang dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama FAS selama dua tahun.

Begitupun, Nazri telah mencipta kejutan apabila dia diperkenalkan sebagai pemain baharu Kelantan di Wisma Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kuala Lumpur minggu lalu.

Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad jelas berang dengan tindakan Nazri itu dan beliau mahu menebus imej persatuan itu dengan mengemukakan aduan kepada FAM.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...ub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2mH74s5Gw
Hakcipta terpelihara


ban jgn tak ban.....:)):))
 
aritu kata macam merelakan n faham dengan keputusan dibuat farhan...alih2 ada laporan di hantar ke FAM jugak akhirnye pbnj nih....hurrmmmmm
 
safee sali xkena ke? dia dah ambil duit dari FAS n u-turn pulak tu..xkan sebab dua2 pemain tu ada kaitan dgn TRW, terus kena tindakan..yg lain tutup mata je.

dua2 dah sign kontrak lengkap ke? FAM memang ciss..
 
triple standard laa FAM ni
 
aritu kata macam merelakan n faham dengan keputusan dibuat farhan...alih2 ada laporan di hantar ke FAM jugak akhirnye pbnj nih....hurrmmmmm

dah dia xnak main ngan jdt..jdt redha jer lah..tapi tindakan dia langgar kontrak tu..salah dia..:)) kenalah tebus diri..macam mat yo bayar pada KAFA..:eek:
 
safee sali xkena ke? dia dah ambil duit dari FAS n u-turn pulak tu..xkan sebab dua2 pemain tu ada kaitan dgn TRW, terus kena tindakan..yg lain tutup mata je.

dua2 dah sign kontrak lengkap ke? FAM memang ciss..

safee sali baru sain mou..surat persefahaman n ambil duit..xsign lagi kontrak..xleh saman..:))
 
dah dia xnak main ngan jdt..jdt redha jer lah..tapi tindakan dia langgar kontrak tu..salah dia..:)) kenalah tebus diri..macam mat yo bayar pada KAFA..:eek:

masalahnye benda nih di ambil tindakan oleh FAM bila ada laporan dari pihan PBNJ bro...dah kata redha npe ada laporan plak...itu maksud aku....:)cgrock
 
Masa kes mat yo dulu tu bukan kira langgar kontrak ke? Ke situasi camner.. xder pulak penah dgr pasal gantung setahun
 
kan ts anuar musa dh habaq nk deal kena jumpa persatuan utk confimkan status .....bkn main langgar je jumpa player
 
Back
Top
Log in Register