BTC USD 83,873.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peluang Piya bukti Rajagobal 'silap'

ARIFFX

Legendary Member
gem
Messages
12,041
Paid Membership
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,041
Reaction score
160
Points
123
2013/03/17 - 04:33:21 AM Oleh Mohd Fitrie Muhamad Cetak Emel Kawan


Piya (kiri) menyertai latihan bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, kelmarin.

'Tapi saya tidak mahu peminat terlalu berharap'

Petaling Jaya: Pentas antarabangsa pertama menentang Arab Saudi malam ini harus menjadi detik penting kepada Mohd Badhri Radzi untuk membuktikan betapa ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal membuat kesilapan tidak menggunakan khidmatnya lebih awal dalam tugasan sebelum ini.
Apatah lagi, kehadiran Norshahrul Idlan Talaha dalam skuad negara pasti menjadi sumber inspirasi kepada kapten Kelantan itu yang sudah membuktikan gandingan mereka cukup berbisa ketika membantu Kelantan menjulang kejuaraan hatrik, musim lalu.

Sedar peluang yang terhidang untuk meyakinkan Rajagobal menyelitkan namanya dalam skuad kebangsaan menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC Jumaat ini, Badhri atau Piya, 30, bagaimanapun berharap peminat tidak mengharapkan sesuatu yang ajaib daripada dirinya.

Janji aksi terbaik

“Memang ada tekanan apatah lagi saya baru menyertai pasukan. Jadi buat kali pertama ini, saya tidak mahu peminat terlalu berharap kepada saya.

“Saya harap peminat dapat faham situasi saya, tetapi jika diberi kepercayaan oleh jurulatih untuk bermain malam esok (malam ini), saya pasti akan melakukan yang terbaik untuk pasukan,” katanya mengulas peluang dirinya beraksi pertama kali bersama Harimau Malaya.
 
Last edited:
kahkahkah

jgn terlalu berharap la pulak...kate tere sgt...kahkahkah
 
Semoga anda dapat membuktikan
 
buat terbaik..persefahaman amat penting dalam pasukan
 
be humble bro..jgn nak poyo lebih.:eek:

kita tgk mlm ni sapa yg poyo...kalo KALAH lagi...jgn raja pulak jadi mangsa gak k...kan peminat piya lebih kenal piya dari raja...kahkahkah
 
bagi le streaming ke ada live kat astro ke ni
 
Back
Top
Log in Register