BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Muda Selangor Sertai Navy Run 2026

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Raja Muda Selangor Sertai Navy Run 2026​

9a02e911c62cce79273540554cbec2046a6ea22c8ca57

3aceefe80c57566e215d011b5c116eba6a6ea25365cdb

bf224b648d80478e71c42c4a2c3adb316a6ea2430a613

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan menyertai larian Navy Run 2026 di Dataran DBKL hari ini, yang turut disertai lebih 15,000 peserta.

Turut hadir Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan Navy Run 2026 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, hari ini yang menghimpunkan lebih 15,000 peserta.

Tengku Amir Shah turut menyertai larian itu serta berjaya menamatkan acara bersama-sama ribuan peserta yang lain.

Yang turut menyertai larian itu ialah Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud dan Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd Azhar Jumaat.

TLDM dalam kenyataan menyebut program yang diadakan secara penstriman langsung itu juga disertai serentak oleh warga pasukan berkenaan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak; Kuantan, Pahang dan Kota Kinabalu, Sabah.

"Navy Run bukan sekadar satu acara larian, tetapi simbol kebersamaan antara TLDM dengan rakyat Malaysia. Apabila rakyat mengenali angkatan laut dengan lebih dekat, terjalinlah kepercayaan, sokongan dan semangat patriotisme yang menjadi benteng kekuatan negara," menurut kenyataan itu.

TLDM memaklumkan program larian santai sejauh tujuh kilometer di sekitar ibu kota itu merupakan penganjuran kali keempat sejak diperkenalkan pada 2023 dan mencatat penyertaan tertinggi sejak program itu mula diadakan.

Selain larian, program berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk sesi senamrobik, persembahan Pancaragam Pusat TLDM, persembahan kawad senyap, pameran kerjaya TLDM serta cabutan bertuah kepada para peserta.

 
Back
Top
Log in Register