BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 800 Sertai Ipoh Moreh Run 2026 Semarakkan Ramadan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
c692fb65654747c06cde2b75d143948d69acc53567f4a

7872887b3b39744fa96c95e59f372e5f69acc543a7529

Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Datuk Mazlan Abd Rahman

Suasana Ramadan di bandar raya ini terus disemarakkan dengan penganjuran Ipoh Moreh Run 2026, iaitu program larian santai waktu malam yang berjaya menghimpunkan lebih 800 peserta di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz @ Padang Polo bermula 10 malam.

Presiden Kelab Larian Komuniti The Bulatan Runners Nazrul Zaim Nazlan berkata program itu bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di samping mengeratkan silaturahim komuniti melalui aktiviti riadah yang diadakan selepas waktu berbuka puasa.

Beliau berkata penganjuran larian pada waktu malam bersempena dengan bulan Ramadan memberi pengalaman unik kepada para peserta kerana mereka berpeluang menikmati suasana riadah yang lebih santai dan harmoni selepas menunaikan ibadah sepanjang hari.

"Ipoh Moreh Run tahun ini merupakan edisi kedua penganjurannya, dan pihak penganjur bercadang menjadikannya sebagai acara tahunan setiap kali bulan Ramadan.

“Untuk edisi kali ini, program dianjurkan sepenuhnya The Bulatan Runners dan kami berharap ia dapat terus berkembang sebagai acara komuniti yang menghimpunkan masyarakat melalui aktiviti riadah sihat dan santai sepanjang Ramadan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Majlis perasmian program disempurnakan Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Datuk Mazlan Abd Rahman yang turut menyatakan sokongan terhadap penganjuran program komuniti yang memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat.

Nazrul Zaim berkata antara kelab yang mengambil bahagian ialah The Polo Runners, Bagirun Club, Runners Tanpa Sempadan, MAF Runners, Sahabat Senaman Santai, Sri Iskandar Runners dan Lari Ke Maya.

Sementara itu, Mazlan ketika ditemui berkata dengan penganjuran program larian santai berkenaan mampu menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Ipoh di samping mempromosikan kepentingan gaya hidup sihat.

 
Back
Top
Log in Register