BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 1,500 Sertai Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,129
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,129
Reaction score
346
Points
141
724401e0640b23544527d3d3fce53e17699d65f1ccfa7

d92626b3163e27402d9a5dbc2521e121699d65c5a4394

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan (depan tengah) bergambar bersama (depan dari kiri) Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Dr Hasan Bahrom, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Mohd Amran Mat Zain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Hanifuddin Roslan) serta para peserta Program Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan (HAMKA) 2026 di Masjid Wilayah Persekutuan.


--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Lebih 1,500 asatizah muda dari seluruh negara menyertai Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan 2026 (Hamka) yang julung kali dianjurkan di sini sebagai platform wacana, dialog dan interaksi golongan muda membincangkan masa depan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata program itu juga menjadi platform asatizah muda berbincang mengenai peranan mereka dalam memberi pencerahan kepada masyarakat mengenai pemikiran Islam sebenar yang bersifat berkemajuan, wasatiyyah (kesederhanaan), dinamik dan berlandaskan al-Quran.

“Program ini permulaan kepada satu gelombang baharu gerakan asatizah muda. Kami akan gerakkan Himpunan Asatizah Muda di peringkat zon dan negeri secara lebih agresif pada tahun ini termasuk sepanjang Ramadan,” katanya selepas merasmikan program berkenaan hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menubuhkan jawatankuasa protem bagi menyelaras pelaksanaan program itu di seluruh negara, selari dengan inisiatif Rakan Masjid.

Zulkifli ketika mengulas mengenai program Da’ie Madani berkata inisiatif itu antara penggerak utama dalam memperkasakan peranan asatizah muda di lapangan melalui latihan kemahiran bagi tujuan pelaksanaan aktiviti dakwah.

Zulkifli berkata pentauliahan asatizah perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang serta menghormati bidang kuasa negeri.

“Kami mahu semua gerakan ini dilaksanakan secara tertib dan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada. Pendekatan ini penting bagi memastikan usaha memperkasakan ekosistem hal ehwal agama mendapat sokongan pelbagai pihak,” katanya.

Zulkifli ketika mengulas perdebatan di media sosial mengenai penentuan tarikh awal Ramadan dan Aidilfitri berkata ia tidak menjejaskan peranan serta kredibiliti kepakaran falak negara.

Beliau berkata Malaysia mempunyai kelebihan sebagai rujukan antarabangsa dalam bidang falak, dengan kepakaran tempatan berada pada tahap terkehadapan dan diiktiraf antara yang terbaik.

 
Back
Top
Log in Register