BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ragu, tetapi masih mahu pegang.

Bukan.
Sebab saya tahu saya ni kurang ilmu.
Jadi nak menyebut nama sesiapa saya tak berani.
Takut nanti termengumpat.
Nak minta maaf lagu mana.
Lagi pun dengan ilmu yang kurang takut saya sendiri silap menafsirkan ulama itu sendiri apabila ragu2 dengan mereka.

Sbb tu bg sy kita perlu kembali kpd Al-Quran.. AQ adalah petunjuk sepanjang zaman. Kitab dlm diri itulah yg plg utama. Cik hani la ulama, jika cik hani tahu dan faham ape matlamat sesuatu perkara dibuat.
 
cara paling simple, ragu ragu terus tinggalkan. ulama yg buat fatwa bukan semberono. tapi masih ada beza pendapat. ada sebab nabi kata perbezaan pendapat tu satu rahmat.

tak perlu fikir siapa yg salah kat akhirat nanti, ulama atau penyimpan asb. allah ingatkan kita jgn banyak bertanyakan suatu benda yg akhirnya akan menyusahkan kita. ada dlm surah al maidah ayat ni. time form 4 pun ada belajar dalam pendidikan syariah bab ni.

paling senang, ragu ragu, terus tinggal. dh ada fatwa pasal keharusan asb, tapi rasa asb haram? tinggalkan. hadis yg saya bagi tu dh cukup kuat utk ambik yg halal dn tinggalkan syubhah.
 
camni ja, kl ragu jan ko buat, setiap perkara baik/buruk bukan manusia yg menilai, terkadang menurut manusia xbole buat atau haram tp Bagi Allah Bole..
Ulama tu setakat Manusia yg xluput dari dosa dan ksilapan, biarlah Allah sendiri yg menilai. tu pendapat sayalah
 
Assalamualaikum.
Nak tanya pendapat kalian, andai kita merasa ragu dengan sesuatu perkara (ragu halal/ haram kerana tiada dalil yang benar-benar jelas) maka boleh kah kita tetap berpegang pada hal itu hanya kerana ada ulama yang menyokong pendapat tersebut?
Hati kita memang ragu-ragu ni, macam ada sesuatu tak kena.
Tapi kita tetap buat juga dengan alasan, "tak apalah, nanti biar ulama tu yang jawabkan di akhirat nanti sebab dia dah berijtihad dan dia kata harus."
(padahal dalam hati dah rasa ragu).

Boleh kah begini?
Hanya tertanya-tanya, sebab rasanya banyak juga terjadi perkara ini di zaman sekarang.
(saya pun termasuk sekali lah, kadang-kadang rasa konfius dengan sesetengah perkara).
Mohon pencerahan rakan yang budiman.

Ragu ragu ni adik bradik was was...JD kalu faham akan hukum was was....tade timbul masalah LA....Dan ianya drpd syaitan...takyah layan....
 
aku pulak masih ragu2 untuk mengundi....sbb adakah sistem demokrasi di malaysia ni adalah betul2 yg dianjurkan islam?kalau betul ok la...kalau tak betul mcm mana?pm diundi oleh wakil rakyat...dan wakil rakyat kita yg pilih...kalau pm berbuat sesuatu perkara yg salah di sisi agama...adakah rakyat yg memilih beliau juga turut diheret bersama?bila aku ragu2 mcm ni aku terus tak jd nak undi....

bukan nak berpolitik...tp ini salah satu keraguan aku sejak dlu lg...aku tnya member2 dorg pun tak tau jawab...kalau tanya ustaz dia jawab harus tp jwapan mcm tak berkisar pada soalan yg diberi...ustaz tu jawab harus kerana kita tidak mau negara dipimpin oleh org kafir...tp mcm mana boleh jd harus tu?minta pencerahan dr warga cg....setahu aku kot mana pun negara ni tak mgkn diperintah oleh org kafir sbb kita ada yg dipertuan agong kan?sekian terima kasih...
 
Cer tt tny diri sendiri.kalau dah ragu tapi still tak nak mengikut saranan/pendapat/ajakan/dari ulamak yg muktabar, dgn siapa lagi tt nak berpandukan ajaran agama kita ini? Takkan nak pakai loguk akal sendiri...golongan atheist mmg byk pakai kaedah ni pasal dia tak pecaya agama..

So, bila tt dah jawab soalan ini, mungkin keyakinan tt akan meningkat..
 
Terjemahan: Dari Abu 'Abdillah An-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma berkata,"Aku mendengar Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam wilayah samar-samar maka ia telah terjerumus kedalam wilayah yang haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar daerah terlarang maka hampir-hampir dia terjerumus kedalamnya. Ingatlah setiap raja memiliki larangan dan ingatlah bahwa larangan Alloh apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahwa dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati”. [Bukhari no. 52, Muslim no. 1599]

Utk sedikit penjelasan berkenaan hadith boleh klik link di bawah.

http://www.al-ahkam.net/home/hadis-...yang-halal-itu-jelas-dan-yang-haram-itu-jelas
 
Sebenarnya saya terfikir macamni sebab rasanya ramai antara kita yang rasa ragu2 tentang satu perkara namun disebabkan ada ustaz bagi pendapat mengatakan perkara yang mereka buat itu harus, maka mereka teruskan.

Contoh ramai dalam ni, forex.

Dan tak beberapa lama sebelum ini ada satu perbahasan mengenai perbankan Islam yang agak hangat di FB, terbaca komen seorang pengguna FB "kadang-kadang rasa juga bank Islam ni sama je macam bank konvensional tapi panel-panel syariah dan Majlis Fatwa yang menjatuhkan hukum tu bukan calang-calang orang." Nampak tak? Ragu2, tapi masih mahu pegang. (mungkin kerana ada kepentingan).

Ini antara contoh. Dan antara sebab mengapa saya buka thread ini.
Saya yakin bukan saya saja, tapi ramai orang yang akan melalui perkara yang sama.
Di persimpangan tak tahu nak berpegang kepada hukum yang mana.
:)
 
perkara yg ada unsur syubhah tinggalkan shj....

rujuk dan peganglah hadis ini...

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Last edited:
yang saya lihat dalam dunia skrg..
islam kita hari ini...dah tak kisah sgt ttg halal haram..
knp saya kata begitu..sedangkan yg asasnya sndri pun x mampu dibendung..
cth rokok..diharamkan tp masih ramai yg hisap..
bercouple haram...tapi terlalu ramai org bercinta yg bercouple berpegang tangan berpeluk dan membuat perkara2 lain yg menjerumus kpd maksiat...
makanan kita di msia pulak..dah lama dipasaran baru diharamkan..smpaikan dah
jadi darah daging...
yg penting hati kita..manusia dikurniakan akal yg tau membeza baik dan buruk..
halal dan haram...sama-sama perbaiki diri dan ingat mengingati..
 
Back
Top
Log in Register