BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ragu, tetapi masih mahu pegang.

hadis arbain keenam.

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.

(Riwayat Bukhori dan Muslim)

nih ler dalil bg mengambil apa yg jls & meninggalkan yg ragu2...

blh terima ker dalil nih Cik Hani???...

klu msh blh terima jg, mgkn perlu bersihkan hati terlbh dhl...
 
hadis arbain keenam.

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.

(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Hadits ni jelas tt. Banyak perkara zaman kini orang main hentam buat je sebenarnya si pelaku berhadapan dengan hadits ni dan akan di soal di hadapan Allah kelak atas perbuatannya.

Contoh berdoa kepada selain Allah, ada 'ustaz' dan pengikutnya berpendapat dibolehkan. Namun hakikatnya tidak boleh, ia telah mengambil hak mutlak Allah sebagai tempat memohon segala sesuatu. Wallahu a'lam.
 
Maksud berdoa kpd selain Allah tu
kalo boleh diperjelaskan sedikit,
lagi bagus. Kot la ada dikalangan
kita yg terpraktik tanpa disedari...

'Ustaz' mana yg praktik tu?
 
Hadits ni jelas tt. Banyak perkara zaman kini orang main hentam buat je sebenarnya si pelaku berhadapan dengan hadits ni dan akan di soal di hadapan Allah kelak atas perbuatannya.

Contoh berdoa kepada selain Allah, ada 'ustaz' dan pengikutnya berpendapat dibolehkan. Namun hakikatnya tidak boleh, ia telah mengambil hak mutlak Allah sebagai tempat memohon segala sesuatu. Wallahu a'lam.

berdoa kepada selain Allah = wasilah ker???...

wasilah = menyandarkan doa kpd perbuatan baik kiter atau kpd manusia yg mmg dikasihi oleh qjjl SWT termasuk kpd Nabi Muhammad SAW...
 
Bkn nk menghentam sesiapa cik hani85. Jadi cik hani ckp ulama yg general? Kebanyakkn mereka sy lihat mereka adalah iblis yg nyata. Buat apa nk ikut? Cik hani jadilah diri sendiri, org arab ckp kun anta. Itu yg sebaik2nya.

Bukan.
Sebab saya tahu saya ni kurang ilmu.
Jadi nak menyebut nama sesiapa saya tak berani.
Takut nanti termengumpat.
Nak minta maaf lagu mana.
Lagi pun dengan ilmu yang kurang takut saya sendiri silap menafsirkan ulama itu sendiri apabila ragu2 dengan mereka.
 
Hadits ni jelas tt. Banyak perkara zaman kini orang main hentam buat je sebenarnya si pelaku berhadapan dengan hadits ni dan akan di soal di hadapan Allah kelak atas perbuatannya.

Contoh berdoa kepada selain Allah, ada 'ustaz' dan pengikutnya berpendapat dibolehkan. Namun hakikatnya tidak boleh, ia telah mengambil hak mutlak Allah sebagai tempat memohon segala sesuatu. Wallahu a'lam.

Maksudnya, katakan dalam sesuatu hal, saya bagi contoh mudah la ye, ASB. Ada ulama yang menyokong pendapat ASB itu harus ada yang kata haram.
Dalam hati kita rasa ragu-ragu sebenarnya, tapi since ada ulama yang kata harus, kita pun teruskan sahaja menyimpan dalam ASB.
Jika sebenar-benarnya di akhirat esok ASB itu haram, maka, adakah penyimpan itu sendiri yang dipertanggungjawabkan, atau ulama tersebut?
Dan, mohon sekiranya ada dalilnya.
Sebab kita tak mahu tafsir dan buat hukum sendiri.
:)
 
lebih kurang macam thread aku TT..
berkaitan dengan syubhah..

solution ? tinggalkan..

tp benda nih ambil masa dan kesungguhan..
orang2 yang betul2 berniat dan memohon kepada Allah sahaja yang berjaya tinggalkan..

Tu la.
Lepas buka thread ni baru perasan.
Kalau tahu sambung di situ je.

:)
 
Tinggalkan yang tidak yakin itu lebih afdhal dan disaran
 
Back
Top
Log in Register