BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rafizi saman papagomo

shop onlines

Fun Poster
Messages
279
Joined
Apr 11, 2013
Messages
279
Reaction score
0
Points
10
SAMAN PAPAGOMO UNTUK
MATIKAN BUDAYA FITNAH BERLELUASA

Pada 11 April 2013, laman Papagomo menyiarkan kembali artikel yang menuduh saya dipecat dari PETRONAS kerana pelbagai masalah disiplin, termasuk ponteng kerja dan membuat tuntutan palsu. Itu bukan kali pertama laman Umno tersebut menyiarkan berita-berita seperti itu yang memfitnah saya tanpa ada sebarang asas.

Ekoran dari penyiaran berita palsu itu, saya telah menulis di blog saya menerangkan bahawa saya tidak pernah dipecat, sebaliknya meletakkan jawatan dari PETRONAS untuk bertukar kerjaya. Sehingga kini tidak ada sebarang pembetulan yang dibuat oleh Papagomo mengenai berita palsu yang direka-rekanya itu.

Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan peguam saya, Saudara Razlan Jalaluddin untuk mula mengambil tindakan saman terhadap Papagomo atas penipuan dan berita palsu tersebut. Satu surat tuntutan akan dihantar secepat mungkin kepada Papagomo untuk memulakan proses undang-undang.

Saya percaya Papagomo akan mencari pelbagai alasan untuk tidak menerima surat tuntutan tersebut, termasuklah menafikan bahawa Wan Muhamad Azri Wan Deris bukanlah Papagomo. Malah, tindakan mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh adalah helah Papagomo untuk meletakkan orang lain yang akan mengaku dirinya Papagomo, untuk bersembunyi dari tindakan-tindakan saman ini.

Saya menjangkakan akan berlaku pertukaran kerajaan selepas 5 Mei 2013, yang membolehkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memainkan peranan dengan lebih berkesan mengesan individu-individu yang berselindung di sebalik blog untuk menyebarkan fitnah seperti Papagomo.

Sebab itu saya yakin menjelang kes saman ini mula dibicarakan di mahkamah, Wan Muhamad Azri Wan Deris atau Papagomo tidak lagi boleh bersembunyi dan terpaksa menerima hukuman atas fitnah-fitnah yang dibuatnya selama ini, termasuklah terhadap diri saya melalui berita palsu yang disiarkan minggu lepas. Hanya dengan cara ini kita akan berjaya membendung budaya fitnah yang sudah menjadi amalan harian blogger Umno.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
15 APRIL 2013
 
papagomo hati kering ni..peduli apa dengan saman. kan papagomo penulis blog fitnah paling berkaliber pada abad ini sampaikan xnak mengaku diri snendiri.. kah kah kah
 
apa ugama org yg suka menabur fitnah ni ...?
setiap ugama pun melarang fitnah ni?
org xada ugama pun xsuka fitnah?
ni....xkira siapa lah...bukan hanya dituju pd satu2 pehak aja..
 
saman jangan x saman..

berani kerana benar..

takut kerana salah
 
"membendung budaya fitnah yang sudah menjadi amalan harian blogger Umno" .. :)
 
papagomo hati kering ni..peduli apa dengan saman. kan papagomo penulis blog fitnah paling berkaliber pada abad ini sampaikan xnak mengaku diri snendiri.. kah kah kah

kalau papagomol tetiba lumpuh kena strok banyak fitnah org camne agaknye?......
 
kalau papagomol tetiba lumpuh kena strok banyak fitnah org camne agaknye?......

kalau sampai ke tahap kena strok tapi masih lagi belum nak bertaubat dan minta maaf dekat orang yg fitnah tu..tak tahu nak cakap apa lah.
 
tak abis papagomo ni
ka kena gomo ramai2 baru die taw
 
org kabel kuat...mana takut dgn saman2 ni semua...
 
papagomo x heran org nak saman dia...saman la brp juta pun...bukan dia yg bayar...rosmah mansor yg bayar.
 
Back
Top
Log in Register