BTC USD 85,300.0 Gold USD 4,127.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Qunut Subuh

Ler patut la, ko anggap ni amalan turun temurun itu sebab la ko tak terima

padahal ko tak pegi mengaji apa dalil di sebalik qunut dan lain2

ko duk main forex pastu dengar youtube, ni lah jadinya kahkahkah

aku yg mazhab syafie pun takde hal kalau tak buat qunut, ko yang wahabi ni pulak lebih2 kalau orang buat qunut kahkahkah

ni la akibatnya kalau orang cam RD rasa dia setanding imam mujtahid, dapat la anak murid cam ko ni
 
bengong punya hujah..kena google Jakim baru sah qunut?
cuba ko cari Duduk antara dua sujud...ada tak kat situ?
abih tu takyah duduk antara dua sujud ke???

hadis qunut aku tatau....imam Syafie takkan la bengong ajar qunut tanpa merujuk pada hadis?

Engko besar lagi dari Imam Syafie ?

rileks bro..dia saja nak provok ko...masuk umpan dia nahas la ko :))..memang kena la :))...patutnya kita tanya dia baik2..kemudian kita jawab soklan dia baik2..
 
terjemahan Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "


ps: dari apa yang aku faham..doa qunut ini ialah doa supaya kita dijauhkan daripada segala macam kejahatan yang dimurkai oleh ALLAH SWT...sebab diwaktu subuh kita akan memulakan perjalanan baru hidup kita selepas kita tidur..jadi kalu kata bidaah..maka amat pelik kerana adakah salah jika kita doa supaya minta diselamatkan dari kejahilan dan kejahatan sebelum memulakan perjalanan hidup selepas kita bangun tido?
 
Macam mana orang tak cakap pasal Wahabi, Wahabi je cakap Rasulullah tak pernah buat Qunut Subuh, mazhab lain kalau baca kitab dia bagi dalil kenapa tak buat QUnut time Subuh tapi dia bagitahu Rasulullah penah buat jugak

Wahabi oh wahabi

http://salafytobat.wordpress.com/200...a-qunut-subuh/

Dalil-Dalil Kesunattan qunut subuh

Berikut ini dikemukakan dalil dalil tentang kesunnatan qunut subuh yang diantaranya adalah sebagai berikut :
Hadits dari Anas ra.
“Bahwa Nabi saw. pernah qunut selama satu bulan sambil mendoakan kecelakaan atas mereka kemudian Nabi meninggalkannya.Adapun pada shalat subuh, maka Nabi melakukan qunut hingga beliau meninggal dunia”
Hadits ini diriwayatkan oleh sekelompok huffadz dan mereka juga ikut meriwayatkannya dan mereka juga ikut menshahihkannya. Diantara ulama yang mengakui keshahihan hadis ini adalah Hafidz Abu Abdillah Muhammad ali al-balkhi dan Al-Hakim Abu Abdillah pada beberapa tempat di kitabnya serta imam Baihaqi. Hadits ini juga turut di riwayatkan oleh Darulquthni dari beberapa jalan dengan sanad-sanad yang shahih.
حدثنا عمرو بن علي الباهلي ، قال : حدثنا خالد بن يزيد ، قال : حدثنا أبو جعفر الرازي ، عن الربيع ، قال : سئل أنس عن قنوت (1) النبي صلى الله عليه وسلم : « أنه قنت شهرا » ، فقال : ما زال النبي صلى الله عليه وسلم يقنت حتى مات قالوا : فالقنوت في صلاة الصبح لم يزل من عمل النبي صلى الله عليه وسلم حتى فارق الدنيا ، قالوا : والذي روي عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قنت شهرا ثم تركه ، إنما كان قنوته على من روي عنه أنه دعا عليه من قتلة أصحاب بئر معونة ، من رعل وذكوان وعصية وأشباههم ، فإنه قنت يدعو عليهم في كل صلاة ، ثم ترك القنوت عليهم ، فأما في الفجر ، فإنه لم يتركه حتى فارق الدنيا ، كما روى أنس بن مالك عنه صلى الله عليه وسلم في ذلك وقال آخرون : لا قنوت في شيء من الصلوات المكتوبات ، وإنما القنوت في الوتر
Dikatakan oleh Umar bin Ali Al Bahiliy, dikatakan oleh Khalid bin Yazid, dikatakan Jakfar Arraziy, dari Arrabi’ berkata : Anas ra ditanya tentang Qunut Nabi saw bahwa apakah betul beliau saw berqunut sebulan, maka berkata Anas ra : beliau saw selalu terus berqunut hingga wafat, lalu mereka mengatakan maka Qunut Nabi saw pada shalat subuh selalu berkesinambungan hingga beliau saw wafat, dan mereka yg meriwayatkan bahwa Qunut Nabi saw hanya sebulan kemudian berhenti maka yg dimaksud adalah Qunut setiap shalat untuk mendoakan kehancuran atas musuh musuh, lalu (setelah sebulan) beliau saw berhenti, namun Qunut di shalat subuh terus berjalan hingga beliau saw wafat. (Sunan Imam Baihaqi Alkubra Juz 2 hal 211 Bab Raf’ul yadayn filqunut, Sunan Imam Baihaqi ALkubra Juz 3 hal 41, Fathul Baari Imam Ibn Rajab Kitabusshalat Juz 7 hal 178 dan hal 201, Syarh Nawawi Ala shahih Muslim Bab Dzikr Nida Juz 3 hal 324, dan banyak lagi).

2. Hadits dari Awam Bin Hamzah dimana beliau berkata :
“Aku bertanya kepada Utsman –semoga Allah meridhoinya- tentang qunut pada Subuh. Beliau berkata : Qunut itu sesudah ruku. Aku bertanya :” Fatwa siapa?”, Beliau menjawab : “Fatwa Abu Bakar, Umar dan Utsman Radhiyallahu ‘anhum”.
Hadits ini riwayat imam Baihaqi dan beliau berkata : “Isnadnya Hasan”. Dan Baihaqi juga meriwayatkan hadits ini dari Umar Ra. Dari beberapa jalan.

3. Hadits dari Abdullah bin Ma’qil at-Tabi’i
“Ali Ra. Qunut pada shalat subuh”.
Diriwayatkan oleh Baihaqi dan beliau berkata : “Hadits tentang Ali Ra. Ini shahih lagi masyhur.

4. Hadits dari Barra’ Ra. :
“Bahwa Rasulullah Saw. melakukan qunut pada shalat subuh dan maghrib”. (HR. Muslim).

5. Hadits dari Barra’ Ra. :
“Bahwa Rasulullah Saw. melakukan qunut pada shalat subuh”. (HR. Muslim).
Hadits no. 4 diriwayatkan pula oleh Abu Dawud dengan tanpa penyebutan shalat maghrib. Imam Nawawi dalam Majmu’ II/505 mengatakan : “Tidaklah mengapa meninggalkan qunut pada shalat maghrib karena qunut bukanlah sesuatu yang wajib atau karena ijma ulama menunjukan bahwa qunut pada shalat maghrib sudah mansukh hukumnya”.

6. Hadits dari Abi rofi’
“Umar melakukan qunut pada shalat subuh sesudah ruku’ dan mengangkat kedua tangannya serta membaca doa dengn bersuara”. (HR Baihaqi dan ia mengatakan hadis ini shahih).

7. Hadits dari ibnu sirin, beliau berkata :
“Aku berkata kepada anas : Apakah Rasulullah SAW. melakukan qunut pada waktu subuh? Anas menjawab : Ya, begitu selesai ruku”. (HR. Bukhary Muslim).
 
TT dah tinggal kejap thread nih :D..tinggal kita jer..

qunut bukan rukun sembahyang..jadi sama ada buat atau tak tak jadi masalah..yang jadi hal apabila ada yang mengatakan bahwa qunut masa subuh nih merupakan amalan turun temurun bangsa melayu :))


ammal07;5165927]
Betulah ragam manusia, kalau dah kalah berhujah, dia guna fitnah, kalau fitnah pun tak
menjadi, dia guna maki hamun pula, inilah puak-puak yang taksub kepada amalan
turun temurun takpa usul periksa.

dulu-dulu bolehlah taksub macamtu, sekarang dunia dah terbuka, langit terbuka, kita boleh teroka
ke mana-mana sahaja, untuk mencari kebenaran.

ulamak-ulamak muda yang balik dari timur tengah kebanyakannya tidak menyenagi amalan turun
temurun yang diamalkan oleh masyarakat melay
u,kerana apa yang mereka pelajari di sana
tidak samad dengan apa yang diamalkan oleh masyarakat di malaysia.
 
Last edited:
ulamak muda yg mana la yg dia sebutkan tu ye? :-?

merapek meraban aje.

tah sapa yg bagi dia orang title ulamak tak tau le.

kalau qunut pun tak tau, lom layak jadik ulamak lagi le.
 
tak yah gaduh² pasal qunut ni
buat sah sembahyang
tak buat pun sah sembahyang ..
nak buat ke taknak buat ke terpulang pada individu
tapi bila sembahyg berjemaah ikut imam...
 
sudah sudah lah, benda khilafiah ni sampai kiamat pun tak habis citer. Mungkin TT sudah mampu utk berijtihad, maka silalah amal ikut kepercayaan saudara. orang biasa yg x boleh berijtihad cukuplah dengan ikut mazhab yang empat tu. Lebih lebih lagi berdebat ditempat umum seperti ini amat lah tidak sesuai saudara.
 
benda baik dn elok pn nk kecoh2 ke tt....bnda mksiat kt luar nu tk nk lak kecoh2..
 
Back
Top
Log in Register