BTC USD 84,755.3 Gold USD 4,137.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Qunut Subuh

lagi info berkenaan qunut subuh

MENINGGALKAN QUNUT SUBUH

Kebanyakan umat Islam di Malaysia berpendapat sekiranya sesiapa yang meninggalkan doa qunut pada solat Subuh secara sengaja seolah-olah dia telah melakukan satu perbuatan yang telah menyalahi syari’at dan menggugat kesempurnaan ibadah solat. Mereka melihat qunut Subuh ini seakan-akan ianya berstatus wajib dalam solat Subuh. Mereka seperti tidak mengerti bahawa di sisi mazhab al-Syafi’i sekalipun ianya hanyalah sunat mu’akad. al-Nawawi rahimahullah dalam kitabnya al-Adzkar (ms. 111) berkata: “Menurut mazhab kami (iaitu al-Syafi’i), qunut disyari’atkan pada solat Subuh dan hukumnya adalah sunat mu’akad”[1] Sebelum kita meneliti sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang sebenar mengenai qunut ini, seeloknya kita memahami pengertian qunut dahulu. Qunut dari segi bahasa bermakna berdiri. Di dalam al-Qur’an terdapat beberapa firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang boleh menjelaskan kepada kita makna qunut dengan lebih mendalam seperti:

...bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi,

semuanya itu tunduk di bawah kekuasaan-Nya (qaanituun) [2]

Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaan-Nya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturan-Nya (qaanituun).[3]

(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat (qaanitun) mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?[4]

...dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) dia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitab-Nya; dan dia menjadi dari orang-orang yang tetap taat (al-qaanitiin).[5]

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardhu, khasnya solat Wusta (solat Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk. (qaannitiin)[6]

Manakala dalam hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam terdapat penjelasan baginda tentang qunut iaitu hadis daripada Jabir radhiallahu 'anh:

سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَلاَةِ أَفْضَلُ؟

قَالَ: طُولُ الْقُنُوتِ.

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya

pekerjaan solat yang manakah yang lebih utama?

Rasulullah menjawab: (Solat yang) panjang berdirinya (al-Qunut).[7]

Daripada ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam di atas boleh kita katakan: “Qunut artinya khusyu’, selalu taat, doa, menghinakan diri kepada Allah, diam, tunduk, mengekalkan ibadah, lama berdiri dalam solat.[8] Qunut dalam ibadah solat adalah berdiri untuk berdoa sebelum rukuk (untuk qunut witir[9]) atau bangkit sesudah rukuk (qunut nazilah[10] dan qunut witir pada akhir pertengahan bulan ramadhan). Bagi mereka yang bermazhab al-Syafi’i qunut juga diamalkan setelah bangkit dari rukuk pada solat Subuh yang dilakukan secara berterusan setiap hari.

Dalil disyari’atkan doa qunut dalam solat sunat witir adalah hadis berikut:

Hasan bin Ali radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah mengajarkan aku beberapa kalimat yang harus aku ucapkan di dalam solat witir, iaitu:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ

وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ

إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ

وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ.

Ya Allah, tunjukilah aku ke dalam golongan orang yang Engkau telah berikan petunjuk,

sejahterakanlah aku ke dalam golongan orang yang Engkau telah berikan kesejahteraan,

sayangilah aku ke dalam golongan orang yang telah Engkau sayangi,

berkatilah aku ke dalam golongan orang yang telah Engkau berkati,

hindarilah aku dari segala bahaya yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan,

Sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau lindungi

dan tidak akan menjadi mulia orang yang Engkau musuhi.

Engkau wahai Tuhan adalah Maha Mulia serta Maha Tinggi. [11]

Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar cucunya untuk membaca doa qunut di atas dalam solat witir, bererti membaca doa qunut ketika solat witir adalah sesuatu yang disyari’atkan. Manakala dalil disyari’atkan doa qunut nazilah dalam solat fardhu adalah hadis berikut daripada Abdullah ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma:

قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا مُتَتَابِعًا

فِي الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ وَصَلاَةِ الصُّبْحِ فِي دُبُرِ

كُلِّ صَلاَةٍ إِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ مِنْ الرَّكْعَةِ الآخِرَةِ

يَدْعُو عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ

وَيُؤَمِّنُ مَنْ خَلْفَهُ.

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah berqunut sebulan berturut-turut

dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh iaitu dalam rakaat terakhir

ketika i’tidal sehabis mengucapkan “Samiallahuliman hamidah”.

Di situ baginda berdoa untuk kebinasaan Bani Sulaim, Ra’al, Dzakwan dan Ushaiyah, sedang makmum yang di belakangnya mengaminkan doa itu.”[12]

Sementara itu Anas bin Malik radhiallahu’anh juga telah berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لاَ يَقْنُتُ

إلاَّ إذَا دَعَا الْْقَوْمِ أَوْ دَعَا عَلَى قَوْمٍ.

“Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidaklah pernah berdoa selepas

(bangun daripada rukuk) kecuali untuk memohon kebaikan kepada orang ramai

atau mengutuk sesetengah kaum itu.”[13]

Bersandarkan dalil-dalil di atas, telah bersepakat ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah akan sunnahnya doa qunut witir dan qunut nazilah. Sedangkan qunut secara berterusan dalam solat Subuh, ulama’ berbeza pendapat kesunnahannya.[14] Yang lebih tepat menurut Sayyid Sabiq rahimahullah adalah:

Qunut dalam solat Subuh itu tidak disyari’atkan kecuali apabila terjadi bahaya (iaitu membaca qunut nazilah – pen). Dan kalau terjadi bahaya itu, maka bukan hanya dalam solat Subuh sahaja disunatkan berqunut, tetapi juga di dalam semua solat fardhu yang lain sebagaimana yang diterangkan di atas.[15]

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya radhiallahu’anhum tidak mengerjakan qunut Subuh secara terus-menerus sepanjang hayat mereka melainkan jika terjadi sesuatu musibah maka mereka membacakan qunut nazilah dalam solat-solat fardhu termasuk solat Subuh. Berkata Anas bin Malik radhiallahu 'anh:

أنَّ النَِّبيِّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ كَانَ لاَ يَقْنُتُ فِي صَلاَةِ الصُّبْحِ

إِلاَّ إِذَا دَعَا لِقَوْمٍ أَوْ دَعَا عَلَى قَوْمٍ.

Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam itu tidak pernah berqunut

dalam solat Subuh kecuali untuk mendoakan kebaikan bagi sesuatu kaum (muslimin) atau mendoakan kebinasaan sesuatu kaum (kafir) (iaitu qunut nazilah – pen).[16]

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْجَعِيِّ قَالَ, قُلْتُ لأَبِي:

يَا أَبَةِ إِنَّكَ قَدْ صَلَّيْتَ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ

هَا هُنَا بِالْكُوفَةِ نَحْوًا مِنْ خَمْسِ سِنِينَ أَكَانُوا يَقْنُتُون؟َ

قَالَ: أَيْ بُنَيَّ مُحْدَثٌ.

Abi Malik al-Asyja’i berkata, saya bertanya kepada ayahku:

“Wahai bapaku! Sesungguhnya engkau pernah bersolat di belakang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali bin Abi Thalib di Kufah selama lima tahun, apakah mereka melakukan qunut?”

Jawab ayahku: “Hai anakku! Itu adalah perbuatan bid’ah! [17]

Dari dalil-dalil di atas dapatlah kita fahami bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat radhiallahu’anhum tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh melainkan qunut nazilah. Maka bukanlah satu kesalahan yang besar bagi mereka yang berpendapat qunut Subuh itu tidak disyari’atkan lalu mereka meninggalkannya. Tidak perlu untuk sujud sahwi sekiranya meninggalkan qunut Subuh samada dengan sengaja mahupun tidak sengaja. Apa sepatutnya yang lebih diutamakan sekarang ini ketika musibah dan bencana melanda umat Islam di serata dunia[18] adalah mengerjakan qunut nazilah dalam solat-solat fardhu memandangkan ianya memang telah disepakati pengsyari’atannya. Namun begitu apa yang menghairankan qunut nazilah ini jarang-jarang dikerjakan walaupun keadaan umat Islam di seluruh dunia begitu terhimpit sekarang ini. Abu Ubaidah menegaskan:

Membaca doa qunut (nazilah – pen) dalam keadaan-keadaan tertentu merupakan bantuan berupa doa kepada sesama umat Islam. Sedangkan mendoakan musuh kaum musimin supaya hancur telah dicontohkan dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dengan cara berdoa (berqunut nazilah) ketika solat, tepatnya setelah membaca sami’allahu liman hamidah pada rakaat terakhir.[19]

Oleh itu marilah kita menyuburkan semula sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang semakin jarang-jarang diamalkan di Malaysia iaitu membaca qunut nazilah. Semoga doa-doa kita dimakbulkan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dapat membantu meringankan beban saudara-saudara seagama kita serta menghancurkan musuh-musuh Islam.[20]

sumber dari mana sedara?
 
Last edited:
Sebenarnya aku pun ada kitab bab penerangan tentang qunut dan dll lg, pemberian oleh arwah datuk aku... Dia kata simpan untuk rujukan...

Tapi dlm bahasa jawi ler, merangkak gak ler skit2 baca... :D

Sbb dah jarang sangat x baca jawi... :">
 
aku buat ape yg aku belajar dan yakin...aku baca doa qunut sebab tu ustat aku ajar...dia cakap ''sunat baca qunut masa subuh...kalau terlupa kene buat sujud sahwi...so tu la aku buat sampai skang''

sekian terima kasih
 
Berbalah dalam hal2 yang furu' (berbagai pendapat) perlu dibajai dengan etika dan adab, bukannya dengan rasa ego dan tinggi diri dengan ilmu di dada. Masing2 perlu hormat dan respect pendapat masing2. Persoalan nak buat qunut ke taknak buat itu terpulang kepada imam yang mengepalai solat, jangan tak solat Subuh sudah.
 
sumber dari manapun kalau membicarakan bab qunut subuh, hadis-hadis tu je yang disandarkan...

tidak juga...apa kata jika sedara baca posting saya di muka 4...betul..qunut bukanlah rukun sembahyang..jika tertinggal pun tiada apa..kalu dibuat pun sesuai juga dengan apa yang Nabi pernah buat seperti qoute di bawah

Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar cucunya untuk membaca doa qunut di atas dalam solat witir, bererti membaca doa qunut ketika solat witir adalah sesuatu yang disyari’atkan. Manakala dalil disyari’atkan doa qunut nazilah dalam solat fardhu adalah hadis berikut daripada Abdullah ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma:

قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا مُتَتَابِعًا

فِي الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ وَصَلاَةِ الصُّبْحِ فِي دُبُرِ

كُلِّ صَلاَةٍ إِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ مِنْ الرَّكْعَةِ الآخِرَةِ

يَدْعُو عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ

وَيُؤَمِّنُ مَنْ خَلْفَهُ.

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah berqunut sebulan berturut-turut

dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh iaitu dalam rakaat terakhir

ketika i’tidal sehabis mengucapkan “Samiallahuliman hamidah”.

Di situ baginda berdoa untuk kebinasaan Bani Sulaim, Ra’al, Dzakwan dan Ushaiyah, sedang makmum yang di belakangnya mengaminkan doa itu.”[12]

Sementara itu Anas bin Malik radhiallahu’anh juga telah berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لاَ يَقْنُتُ

إلاَّ إذَا دَعَا الْْقَوْمِ أَوْ دَعَا عَلَى قَوْمٍ.

“Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidaklah pernah berdoa selepas

(bangun daripada rukuk) kecuali untuk memohon kebaikan kepada orang ramai

atau mengutuk sesetengah kaum itu.”[13]

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya radhiallahu’anhum tidak mengerjakan qunut Subuh secara terus-menerus sepanjang hayat mereka melainkan jika terjadi sesuatu musibah maka mereka membacakan qunut nazilah dalam solat-solat fardhu termasuk solat Subuh. Berkata Anas bin Malik radhiallahu 'anh:

أنَّ النَِّبيِّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ كَانَ لاَ يَقْنُتُ فِي صَلاَةِ الصُّبْحِ

إِلاَّ إِذَا دَعَا لِقَوْمٍ أَوْ دَعَا عَلَى قَوْمٍ.

Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam itu tidak pernah berqunut

dalam solat Subuh kecuali untuk mendoakan kebaikan bagi sesuatu kaum (muslimin) atau mendoakan kebinasaan sesuatu kaum (kafir) (iaitu qunut nazilah – pen).[16]

tidakkah dengan itu maka kita telah pun mengikut sunnah rasulullah..terutama di zaman sekarang di mana umat islam ditekan dari setiap penjuru bumi? jawab soalan aku sedara ammal07..
 
Last edited:
Solat tu dari takbiratul ihram sampai salam

usolli tu sebelum solat, lantak le nak buat apa

sapu muka tu selepas salam, lantak le nak buat apa

dua2 luar dari solat

Rasulullah tak buat Qunut? Kalau tak jumpa dalil pegi la ngaji ngan Imam Syafie, tak jumpa maknanya tak cukup terer lagi tu

2. Hadits dari Awam Bin Hamzah dimana beliau berkata :
“Aku bertanya kepada Utsman –semoga Allah meridhoinya- tentang qunut pada Subuh. Beliau berkata : Qunut itu sesudah ruku. Aku bertanya :” Fatwa siapa?”, Beliau menjawab : “Fatwa Abu Bakar, Umar dan Utsman Radhiyallahu ‘anhum”.
Hadits ini riwayat imam Baihaqi dan beliau berkata : “Isnadnya Hasan”. Dan Baihaqi juga meriwayatkan hadits ini dari Umar Ra. Dari beberapa jalan.

3. Hadits dari Abdullah bin Ma’qil at-Tabi’i
“Ali Ra. Qunut pada shalat subuh”.
Diriwayatkan oleh Baihaqi dan beliau berkata : “Hadits tentang Ali Ra. Ini shahih lagi masyhur.

4. Hadits dari Barra’ Ra. :
“Bahwa Rasulullah Saw. melakukan qunut pada shalat subuh dan maghrib”. (HR. Muslim).

5. Hadits dari Barra’ Ra. :
“Bahwa Rasulullah Saw. melakukan qunut pada shalat subuh”. (HR. Muslim).
Hadits no. 4 diriwayatkan pula oleh Abu Dawud dengan tanpa penyebutan shalat maghrib. Imam Nawawi dalam Majmu’ II/505 mengatakan : “Tidaklah mengapa meninggalkan qunut pada shalat maghrib karena qunut bukanlah sesuatu yang wajib atau karena ijma ulama menunjukan bahwa qunut pada shalat maghrib sudah mansukh hukumnya”.

6. Hadits dari Abi rofi’
“Umar melakukan qunut pada shalat subuh sesudah ruku’ dan mengangkat kedua tangannya serta membaca doa dengn bersuara”. (HR Baihaqi dan ia mengatakan hadis ini shahih).

7. Hadits dari ibnu sirin, beliau berkata :
“Aku berkata kepada anas : Apakah Rasulullah SAW. melakukan qunut pada waktu subuh? Anas menjawab : Ya, begitu selesai ruku”. (HR. Bukhary Muslim)
 
kalu ikut video nih..para sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah telah melakukan bidaah dhollullah..ini kata ulama pujaan ammal07..

http://www.youtube.com/watch?v=dwhXzdL3CKs

macam mana ammal07...? dengan tulisan berwarna hijau tuh adakah para sahabat yang akrab dengan Rasulullah termasuk sepupu Baginda,Ali,telah melakukan bidaah dhollullah apabila membaca doa qunut pada solat subuh?
 
itu soalan bidaah tu bro? :eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register