BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puteri Bunian Ajak Kahwin di Gunung Korbu, Kinta, Perak.

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
Jika Puteri Rabunas mampu menjawab 3 soalan ini, barulah Roslan terima pelawaan untuk mengahwininya



Siapa pernah melihat makhluk yang tinggal di alam ghaib? Benarkah juga, ada gadis dari alam itu yang suka merayu pemuda-pemuda kita, untuk mengahwini mereka? Khabarnya, gadis-gadis itu cantiknya bagaikan sang puteri.

Roslan Othman adalah antara orang yang pernah melihatnya. Cerita Roslan kepada saya, peristiwa itu berlaku ketika dia mendaki Gunung Korbu, di Kinta, Perak, pada tahun 1980-an.



Pukul 12.30 malam, semua-kawan-kawan Roslan sudah lena di dalam khemah masing-masing yang dipasang berhampiran jeram. Sewaktu duduk menikmati kenyamanan malam bertemankan beberapa biji pelita, Roslan terhidu bau yang sungguh harum.

Sedetik kemudian, muncul seorang gadis dari celah-celah belukar dan berjalan menghampirinya. “Assalamualaikum,” tegur si gadis sambil melemparkan senyuman manis. Rupa parasnya cukup jelita.

Apabila ditanya namanya, gadis itu menjawab, “Nama saya Puteri Rabunas Marunas. Saya berasal dari puncak gunung ini.”

“Apa tujuan tuan puteri datang berjumpa saya?” soal Roslan yang berusia lewat 20-an.

“Saya sukakan saudara. Kalau boleh saya mahu berkahwin dengan saudara,” jawab si gadis membuatkan Roslan terdiam.

Bodohlah kalau dia tidak mahu memperisterikan gadis secantik itu. Tapi adakah Roslan sedia menerima tawaran si tuan puteri? Sebelum disudahi kisah ini, saya ingin ceritakan satu kisah lain.



Kisah 2: Kejadian ini berlaku pada 1970-an. Pagi itu sewaktu Mohamad Imam Haji Salleh sedang menoreh getah di kampungnya di Tanjung Bidara, Melaka, dua orang gadis yang cukup jelita muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Kedua gadis yang berusia belasan tahun itu tersenyum. Wajah mereka seiras, berbaju putih, bertudung, berkain biru dan berkaki ayam. Tubuh mereka yang segar bugar meliuk-liuk dengan aksi cukup menggiurkan.

Kedua-dua gadis itu kemudiannya duduk di atas seketul batu besar dan menyelak kain hingga menampakkan pangkal paha. Dalam masa yang sama, mereka melambung-lambungkan kepingan syiling dan menyuruh Imam mengambilnya.

Mahu atau tidak? Imam mula berasa takut dan mengambil keputusan untuk pulang saja. Tetapi kedua-dua gadis tersebut mengejarnya. Setiap hari gadis-gadis itu datang ke rumah Imam dan memujuknya supaya mengahwini mereka. Namun Imam tidak dapat menunaikannya kerana dia telah pun beristeri.

Dua puluh tahun berlalu, suatu hari gadis itu datang bersama bapanya yang bernama Syeikh Haji Muhamad Ali.

Syeikh Muhamad Ali memberitahu, anaknya itu merupakan gadis kembar. Mereka jatuh cinta pandang pertama dengan Imam dan rela hidup bermadu. Jika Imam sanggup mengahwini anak-anaknya itu sekali gus, Syeikh Muhamad menjanjikan hadiah yang lumayan berupa kekayaan serta longgokan intan permata.

Imam terima tawaran itu. Tetapi isterinya, Asiah Yaakub menentang keras. Dia tidak mahu hidup bermadu dengan makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Lagipun Imam sudah mempunyai lima orang anak.

Sejak itu, apabila malam menjelma, Asiah sering melihat suaminya bersenda-gurau seorang diri seperti sedang memujuk rayu dan bercumbuan dengan kedua-dua gadis berkenaan. Kadang-kala rasa hendak termuntah pula Asiah melihatnya.

Asiah tahu, gadis tersebut bukan manusia. Lagipun, bodoh sangatlah kedua-dua gadis berkenaan mahu mengahwini suaminya yang hanya bekerja sebagai penoreh getah.

Imam terus bercinta dengan dua gadis itu sampailah dia meninggal dunia ketika berusia 60-an.



Kisah 3: Sementara itu, sewaktu berkunjung ke Sarawak pada penghujung tahun 2000, saya telah bertemu dengan seorang pemuda bernama Efendi Bujang.

Efendi menceritakan kepada saya, sekitar pukul 8.30 malam pada tahun 1993, sewaktu sedang membantu rakannya menjual burger di bandar Serian, dia terdengar suara seorang perempuan mendayu-dayu.

Suara itu berlagu-lagu seperti sang gadis sedang memanggil kekasihnya agar segera datang ke pangkuannya. Efendi tidak dapat mengawal perasaannya. Dia meninggalkan gerainya dan memandu kereta. Bukan untuk pulang, tetapi ke Tasik Serian kerana hatinya didesak untuk ke situ.

Di bawah sebatang pohon durian di pinggir tasik berkenaan, Efendi duduk seorang diri. Suara mendayu semakin kuat dan sebentar kemudian, angin yang lembut datang berhembus membawa bauan yang sangat harum.

Seorang gadis tidak semena-mena muncul di hadapannya. Jarak mereka hanya lima meter sahaja. Gadis itu berpakaian serba putih. Apabila dia berpaling, Efendi dapat melihat wajahnya yang cukup ayu. Kulitnya putih melepak, rambutnya panjang hingga ke tumit. Si gadis terus melangkah dan kemudian hilang bagaikan kabus, membuatkan Efendi jadi gila bayang.

Bermula malam itu, setiap hari apabila terdengar suara si gadis memanggilnya, Efendi akan bergegas ke Tasik Serian. Setelah berjumpa, Efendi akan membawa gadis itu ke gerai burgernya, memperkenalkannya kepada kawan-kawan dan menghantar pulang dengan keretanya.

Di rumah pun begitu. Efendi mendesak ibu bapa supaya segera mengahwinkannya dengan gadis tersebut. Pelbagai kejadian pelik berlaku dan ia hanya berakhir selepas Efendi dirawat secara tradisional.

Persoalannya sekarang, siapakah Puteri Rabunas Marunas, dua gadis kembar yang ingin berkahwin dengan Imam serta gadis cantik di Tasik Serian? Adakah mereka penghuni alam ghaib, atau sekadar imaginasi dan halusinasi sahaja? Terpulang kepada anda untuk memutuskannya.



Dalam kajian paranormal barat, anda jangan lupa kepada teori multiverse, iaitu konsep alam di dalam alam, alam ghaib di dalam alam nyata, yang diyakini kewujudannya oleh sebahagian ahli fizik barat.

Kata mereka, semua alam-alam ini barangkali mempunyai makhluknya yang tersendiri dan mempunyai lubang hitam yang boleh saling menyedut menyebabkan alam-alam tadi bercantum.



Kembali kepada kisah pertama: Cerita Roslan kepada saya, apabila diajak oleh Puteri Rabunas untuk berkahwin, dia telah mengajukan tiga soalan. Jika sang puteri dapat menjawabnya, Roslan akan menerima pelawaannya.


Pertama, kalau ayam hanya boleh berkahwin dengan ayam, bolehkah manusia berkahwin dan beranak-pinak dengan makhluk selainnya?

Kedua, al-Quran ada menyebut manusia adalah semulia-mulia makhluk. Jadi, siapakah yang lebih mulia, manusia, jin atau syaitan?

Ketiga, apabila Roslan mati kelak, di manakah dia akan ditempatkan? Di syurga atau neraka?

Ketiga-tiga soalan itu gagal dijawab. Lantas Puteri Rabunas pun mengundur diri dan Roslan masuk ke khemahnya. Ada sesiapa di kalangan anda yang pernah mengalami peristiwa sebegini?


::::::::::::::

Sumber: Mastika, Feb 20, 2025 – Zulkarnain Zakaria
 
Back
Top
Log in Register