kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,705
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,705
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika sesi temu bual bersama Bernama yang diketuai oleh Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj di Saujana Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, baru-baru ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan Negeri Johor tidak akan sesekali meluluskan sebarang projek termasuk pembangunan data sekiranya ia membawa kesengsaraan kepada rakyat, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata sebagai kerajaan bertanggungjawab, pihaknya tidak sama sekali akan memperjudikan nasib rakyat semata-mata bagi meraih pelaburan besar dan kerajaan akan mengambil kira pelbagai faktor sebelum meluluskan sebarang projek pembangunan.
“Kita tidak sekali-sekali akan membiarkan rakyat sengsara dengan membuat keputusan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam temu bual bersama Bernama yang diketuai Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj di Saujana, Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, di sini ,baru-baru ini.
Onn Hafiz berkata, beliau sedar isu kecukupan bekalan air dan elektrik sering menjadi polemik di negeri itu susulan Johor menjadi tumpuan syarikat asing untuk membangunkan pusat data, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai lonjakan penggunaan utiliti bagi operasi kemudahan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan telah meneliti pelan perancangan bekalan air Johor secara menyeluruh merangkumi projek jangka pendek, sederhana dan panjang sebagai langkah strategik bagi memastikan bekalan air Johor kekal stabil.
Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata sebanyak 38 projek melibatkan peruntukan RM15.3 billion akan dilaksanakan bagi memperkukuhkan usaha jaminan bekalan air di negeri Johor sekali gus menyokong keperluan rakyat serta pertumbuhan pesat sektor industri dan pelaburan di negeri ini.
Berhubung pembinaan pusat data, beliau berkata kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Pusat Data Negeri Johor (JPPPDNJ) akan menilai permohonan pembangunan pusat data dan melihat keperluan air dan elektrik oleh syarikat berkenaan.
Beliau menegaskan jawatankuasa berkenaan hanya meluluskan pembangunan pusat data bertaraf Tier 3 dan Tier 4 yang menggunakan teknologi penyejukan yang tidak memerlukan penggunaan air yang banyak.
Pusat Data: Johor Utamakan Kepentingan Rakyat, Tak Biar Rakyat Sengsara
Johor, pusat data, Onn Hafiz Ghazi, bekalan air, p