BTC USD 84,624.1 Gold USD 4,136.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puppet Anwar dlm PAS

UMNO yang terbukti ada skandal rasuah, seks, pecah amanah, siap dibuktikan sendiri oleh jawatankuasa disiplin UMNO contohnya macam Ali Rustam tu.

pastu di katakhijau dok citer pasal skandal PAS/PKR yang entah betul atau tidak, langsung tidak boleh dibuktikan dengan mana-mana siasatan SPRM.

baru-baru ni, 2 ADUN BN minta maaf ngan Husam, setelah tidak dapat MEMBUKTIKAN skandal-skandal yang sebelum ini mendakwa bahawa Husam penuh dengan skandal rasuah dan penyelewengan.

pastu apa jadi? mana skandal? mana rasuah oleh PAS? mana siasatan? mana bukti? selagi tidak terbukti melalui siasatan, selagi tu jangan cakap. UMNO sudah terbukti dengan siasatan, penuh dengan skandal rasuah. tapi UMNO masih lagi mengangkat si perasuah itu sebagia pemimpin.

tidak sama dengan Pakatan Rakyat. yang mana terbukti rasuah, terbukti busuk, dilucutkan jawatan, dibuang jawatan, letak jawatan. PR tak perlu simpan si busuk-busuk seperti UMNO yang makin busuk itulah yang disimpan, diangkat dan dijulang sebagai pemimpin.

p/s : tak tahan tengok perwakilan UMNO semuanya berdiri dan tepuk tangan kepada si perasuah Ali Rustam masa perwakilan UMNO lepas. orang yang terbukti makan rasuah pun diorang hormat lagi? UMNO memang gila...
 
DATUK KAMARUDDIN JAAFAR (KJ)-S/U AGUNG

1. Bekas PTD dan kemudian menyertai UKM sebagai pensyarah. Amat rapat dengan AnWAR dari zaman ABIM. Pernah menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia serta s/u politik Tun Ghafar Baba semasa Tun Ghafar Timbalan Perdana Menteri.

2. Selepas meninggalkan sektor kerajaan, Datuk KJ menyertai dunia koporat dengan bantuan AnWAR. Datuk KJ menjadi pengerusi Lankhorst Sdn. Bhd., syarikat pembinaan kelas A bertaraf kontraktor wibawa. Peranan beliau ketika itu lebih banyak melobi mendapatkan projek-projek besar bagi Lankhorst serta mendapat faedah darinya.

3. Datuk KJ pernah menjadi ahli lembaga pengarah syarikat awam (listed company) dengan memegang 30% syer kuota bumiputera dalam syarikat Westmond Berhad, yang dipunyai oleh Joseph Chong, salah seorang pembiaya AnWAR hingga kini. ( Syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Saham perlu mempunyai 30% pegangan bumiputera dan AnWAR cadangkan KJ kepada Joseph Chong tika AnWAR menteri Kewangan, lalu AnWAR sendiri luluskan penyenaraian syarikat tsb.) Adakah ini bukan rasuah?

4. Datuk KJ juga pernah menjadi Ahli Lembaga pengarah DiGi Bhd., syarikat telko 016 kepunyaan TS Vincent Tan, atas cadangan AnWAR. TS Vincent punya cabang perniagaan lain yang melibatkan perjudian. Semasa di DiGI, datuk KJ sering mendapatkan tajaan bagi program-program IKD yang dipengerusikannya. Persoalan di sini, apakah AnWAR menggunakan wang judi membiayai program-program ilmu IKD? Ahli PAS kena tau itu!

5. Datuk KJ juga pernah menjadi sebahagian dari projek Kuala Lumpur Linear City (KLLC) yang dibatalkan oleh Tun Dr. Mahathir selepas mengambilalih jawatan Menteri Kewangan dari AnWAR. Projek tersebut bernilai RM 2 billion yang mencadangkan pembangunan di sepanjang sungai di Kuala Lumpur. Projek ini dibatalkan selepas kajian semula harga dan mendapati ianya tidak semahal itu. Utk. rekod, projek ini diluluskan ketika AnWAR Menteri Kewangan.

W/pun telah melepaskan semua jawatan tsb. selepas 1998, manfaat yang diperolehi oleh Datuk KJ masih terasa hingga kini. Tatkala hampir semua sahabat ABIM AnWAR menyertai PKR pada 1999, AnWAR mengarahkan Datuk KJ menyertai PAS bagi membolehkan AnWAR menguasai parti tu kelak.

Kini PAS bakal menghadapi pertandingan paling sengit dalam Muktamar Tahunan di Stadium Malawati. Tentu saja Datuk KJ mempertaruh dan membiayai Datuk Husam sebagai calon pilihan AnWAR kali ini. Datuk KJ mempersiapkan Husam seperti UMNO beroperasi pemilihan parti, lengkap dengan bilik operasi, jentera bahagian, pusat dan negeri bagi menghadapi golongan ulama' yang tidak menyenangi pengaruh AnWAR dalam PAS.

Kebanyakan dari perwakilan PAS kali ini mendapat 'durian runtuh' hasil pertarungan Timbalan Presiden kali ini. Sumber 'durian runtuh' itu tentunya datang orang di sebalik tabir yang meletakkan Datuk KJ sebagai org harapannya dalam PAS. Jika Datuk KJ, dulu, kini dan selamanya dengan AnWAR, tidak mustahil sumber-sumber syak semakin menguasai PAS. Pasti hubungan dengan Joseph Chong, Vincent masih terjalin baik!

Kita optimis golongan ulama' menyedari perkara ini dan berusaha keras membendungnya. Cuma yang perlu kita renungi di saat UMNO/BN berusaha untuk berubah ke arah kebaikan, PAS kini bergelut dengan kerenah ahlinya sendiri yang lebih mempercayai AnWAR dari Presiden mereka sendiri............

HUSAM MUSA

1. Setelah Husam kembali ke negeri pada p/raya 2004 dengan menjawat jawatan Exco kanan di Kelantan, hubungan AnWAR-Husam kian rapat. Husam dengan kuasa yang ada pada beliau telah banyak membantu AnWAR melalui Saifudin Nasution. Saifudin ketika itu menjawat jawatan Pengarah Eksekutif di Yayasan Tok Kenali, sebuah NGO tajaan Husam sbg Exco Kelantan.
2. AnWAR setelah keluar dari penjara berpendapat Husam perlu 'dipancing' ke kelompok beliau beliau kerana Husam seorang pemimpin muda yang lantang, berkarisma dan yang lebih penting, BERKUASA ke atas MB Kelantan dan pentadbiran negeri. AnWAR bijak mencatur, maka Saifudin digunakan sepenuhnya bagi mengeratkan hubungan AnWAR-Husam.
3. hujung 2006, dalam mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang ketika itu, Husam yang mula merasa AnWAR mahu mengawal PAS sepenuhnya 'melenting' dan mengherdik AnWAR ketika dalam mesyuarat. Kata Husam " You nak apa lagi ni AnWAR!", merujuk kepada AnWAR yang mahu mengawal sepenuhnya perjalanan mesyuarat.
4. Azmin bingkas bangun membela tuannya "You shut up, you tak hormat PKR, you kurang ajar", katanya kepada Husam. Husam amat marah dan ketika itulah muncul kata-kata yang Husam memang tahu perangai AnWAR, namun hanya nak menggunakan AnWAR untuk menang p/raya.
5. AnWAR segera mencari jalan mengambil hati Husam. Selepas itu, AnWAR sering membawa Husam sebagai 'ahli rombongan' ke rantau Timur Tengah menyampaikan pidatonya. Husam juga dibawa bertemu dengan masyarakat perniagaan di Timur Tengah dengan AnWAR memperkenalkan Husan sebagai 'orang yang sangat berkuasa di Kelantan'.
6. AnWAR membuat Husam merasa dirinya amat penting. Sebarang keputusan yang melibatkan pembangkang juga akan dirujuk AnWAR kepada Husam, sedangkan keputusan telah dibuat. AnWAR 'mengkhayalkan' Husam kononnya beliau adalah tempat rujukan AnWAR membuat keputusan.
7. Begitu juga apabila AnWAR berjanji memberikan Husam jawatan menteri kewangan apabila beliau menjadi PM. Banyak rakan-rakan dalam PAS menasihati Husam agar tidak bertanding. AnWAR berkata " i boleh bagi u Menteri kewangan, tapi ini jawatan kanan, krn itu u kena jadi Timbalan Presiden".
8. Husam telah masuk perangkap AnWAR biarpun beliau tahu perangai AnWAR sebenar. Ini kerana nafsu Husam untuk berkuasa amat besar, seiring dengan keinginan AnWAR yang mahu meluaskan empayarnya dalam PAS. datuk kamarudin Jaafar diguna AnWAR bagi mengawal Husam dari jatuh ke tangan golongan ulama'.
Husam perlu ditolak dalam muktamar ini kerana Husam membawa agenda peribadi dalam perjuangan PAS. Beliau juga membawa aspirasi AnWAR dalam PAS, bukannya aspirasi Presiden PAS.
Salam Hormat.

http://www.x-pkr.blogspot.com/

dh lama aku tahu kesah nih...sapa yang kawal sapa...:)):))..tapi memang bahaya..
 
UMNO yang terbukti ada skandal rasuah, seks, pecah amanah, siap dibuktikan sendiri oleh jawatankuasa disiplin UMNO contohnya macam Ali Rustam tu.

pastu di katakhijau dok citer pasal skandal PAS/PKR yang entah betul atau tidak, langsung tidak boleh dibuktikan dengan mana-mana siasatan SPRM.

baru-baru ni, 2 ADUN BN minta maaf ngan Husam, setelah tidak dapat MEMBUKTIKAN skandal-skandal yang sebelum ini mendakwa bahawa Husam penuh dengan skandal rasuah dan penyelewengan.

pastu apa jadi? mana skandal? mana rasuah oleh PAS? mana siasatan? mana bukti? selagi tidak terbukti melalui siasatan, selagi tu jangan cakap. UMNO sudah terbukti dengan siasatan, penuh dengan skandal rasuah. tapi UMNO masih lagi mengangkat si perasuah itu sebagia pemimpin.

tidak sama dengan Pakatan Rakyat. yang mana terbukti rasuah, terbukti busuk, dilucutkan jawatan, dibuang jawatan, letak jawatan. PR tak perlu simpan si busuk-busuk seperti UMNO yang makin busuk itulah yang disimpan, diangkat dan dijulang sebagai pemimpin.

p/s : tak tahan tengok perwakilan UMNO semuanya berdiri dan tepuk tangan kepada si perasuah Ali Rustam masa perwakilan UMNO lepas. orang yang terbukti makan rasuah pun diorang hormat lagi? UMNO memang gila...

aku rasa ko nih emosi sangat...:eek::eek:
 
bukan emosi, tapi serius :)

banyak benda yang ko tak tahu dalam hal nih...aku tak la pandai sangat tapi kalu aku cakap benda nih mau kena OSA aku nanti:(
 
banyak benda yang ko tak tahu dalam hal nih...aku tak la pandai sangat tapi kalu aku cakap benda nih mau kena OSA aku nanti:(

yup. memang banyak benda yang den tak tahu. den pun hanya cakap tentang benda yang den tahu je.

OSA ke, ISA ke, kalau takut pada risiko, jangan bicara tentang perjuangan :)
 
akta rahsia rasmi?:-?:-?

haha..macam ni la..aku nak tanya ko skit...kenapa DSAI hanya jadi penasihat umum PKR bkn presiden...secara teknikal DSWA bini dia jadi presiden..pasal kes dulu2 tuh memang ada keraguan..dan sebab utama dia diISA ramai yang tak tahu...12 fail tahap RAHSIA BESAR peringkat tertinggi masa tuh berada di tangan sorang senator US dari republikan..semuanya berkaitan maklumat KESELAMATAN PERSENJATAAN dan KEWANGAN malaysia...
 
whoa?
den tak tahu..kamu kongsi la citer tu semua kat sini...
 
Back
Top
Log in Register