BTC USD 84,215.2 Gold USD 4,262.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH sanggup tembung BN? Anwar 'sandiwara' - PAS

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,465
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,465
Reaction score
346
Points
141

PH sanggup tembung BN? Anwar 'sandiwara' - PAS​

9f368cc29b53df5bff4fa6e1f0f693ff.jpg

56717a2d60dc91717cd208f1742500c7.jpg

a99da75dd7535695d9a27b65649d8e53.jpg


Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari percaya ketua Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim hanya menggertak apabila membayangkan gabungannya bersedia menghadapi pertembungan besar dengan BN pada pilihan raya, atau parlimen mungkin dibubarkan lebih awal.

“Dalam ucapan konvensyen 'syok sendiri' di hadapan penyokong sendiri seperti ini bolehlah kata macam-macam.

"Hakikatnya PH tidak akan ambil risiko bertembung dengan BN dalam PRN atau PRU.

"Parlimen juga tidak akan dibubar awal, kerana kerajaan sangat tidak yakin untuk menang semula.

“Sandirawa berpanjangan," kata Fadhli pada satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata dia akan memanggil pemimpin PH dalam masa terdekat untuk membincangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya umum susulan keputusan BN untuk bertanding semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datang.

Dalam ucapannya di konvensyen PH di Johor Bahru semalam, presiden PKR berkata dia telah bersabar dengan karenah mereka.

"Tapi saya sebut tadi kalau mereka yang mula melanggar, kita jawab dengan tegas tapi kalau mereka berunding dengan baik, kita kan orang baik dan sabar dan bijak dan mahu selamatkan negara ini.

"Tapi kalau kamu pilih untuk bertempur apa pilihan? Malah dalam tempoh terdekat saya akan panggil pimpinan Pakatan Harapan untuk berunding - bukan sahaja di negeri-negeri ini, malah kita harus berfikir serius," katanya.

Anwar berkata keputusan untuk mengadakan pilihan raya berada di tangannya tetapi dia akan mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan sekutu yang lain terlebih dahulu.

Sementara itu, Anwar juga membayangkan PH akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi BN termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.

 
PAS pun mcm xde pengalaman sgt

UMNO gak terbaik

tapi kalau UMNO+PAS ..itu yg rakyat malay mahukan
 
If PH+UMNO vs PN= susah ph nak dpt undi melayu

If PH vs UMNO vs PN= ada chance lebih org melayu nk undi UMNO. Tapi kena berlakon gaduh,acah2 bertempur dulu la. Hujung2 tau dah anak murid dgn cikgu gabung balik.
 
If PH+UMNO vs PN= susah ph nak dpt undi melayu

If PH vs UMNO vs PN= ada chance lebih org melayu nk undi UMNO. Tapi kena berlakon gaduh,acah2 bertempur dulu la. Hujung2 tau dah anak murid dgn cikgu gabung balik.
2 x kena game dgn cikgu & anak murid ..
para pengundi kalau tak serik² lagi tak tau la ... banggang abadi kot ..
 
Back
Top
Log in Register