BTC USD 78,086.3 Gold USD 4,392.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Punca penyebab kemurungan (Depression)

Mcm mana tuan kuatkan semangat utk bangkit & lawan semua perasaan yg selama nie mengganggu. X mudah sy rasa.
memg tk mudah tp boleh dilakukan...mulakan baca buku terapi...bacalah buku2 motivasi ia byk membantu..sy muhasabah lama diri...mencari kekuatan ...nak bangkit bukan mudah...sy down teramat terutama lps beranak 3..penat dgn urusan anak ..stress dgn kewangan..utang sana sini..keje tk dpt asik intrview tk dpt...walau suami byk membantu tp biasalah kite ade mslh kite sndiri....penah duduk dlm bilik tk kuar nangis tak tau kenapa...rasa pening penat teramat semua ada...mcm tkde daya nak hidup pun..serius truk ...tp sy dekatkan diri pd tuhan je la...sy hadapi mslh nak tidu..sy trjaga 3 pagi ..kdg trmenung..entah la mcm ni ke org depression?

sy ubah rutin sy...sy brkebun...membaca artikel motivasi...sy byk tgok video motivasi terapi...dri situ naik semanagt ....sy cuma slow2 ikut terapi utk selalu cakap dgn diri sndiri .. sy syg saya...saya duk ulang tu..lama2 ia membantu semnagat sy naik..alhamdulillah....awak pun bole...bykkan baca Quran..tu terapi bgus tu..
 
CUMA APA YANG SAYA CERITA NIE BASE PENGALAMAN SENDIRI

SAYA PERNAH BERULANG UTARA SELATAN NAIK BAS TIAP2 MINGGU(JUMAAT 6.00 PTG DARI JB DAN AHAD 8.00 MLM DARI PENANG) NAK JUMPA ANAK BINI SELAMA 2 TAHUN. DUIT DAN TENAGA HABIS, FIKIRAN JADI DOWN KERANA PENAT APALAGI SITUASI PEJABAT STRESS.

APA YANG SAYA BUAT ADALAH DENGAN BACA SURAH AL IKHLAS SEPANJANG 8 KE 9 JAM PERJALANAN TERSEBUT SEHINGGA TERTIDO SEDAR SAMBUNG ULANG BACA (SLOW SAMBIL ULANG2 MAKNA SURAH TERSEBUT KESANNYA DADA MENJADI LAPANG DAN HATI MENJADI TENANG, BADAN JADI RINGAN

KERANA ADA USTAZ KATA SURAH AL IKHLAS NIE PENGUAT HATI

APA KAITAN BACAAN AL QURAN SELAWAT DAN ZIKIR DENGAN KITA

SEPERTIMANA BADAN MENPUNYAI MAKANAN

AKAL , HATI DAN ROH PERLUKAN MAKANAN

SEKIRANYA TAK DIBERI MAKAN AKAN LEMAH ELEMEN TERSEBUT SEHINGGA DITAWAN OLEH NAFSU DAN SYAITAN

JUST SHARING,
penat sgt tu tuan..sy fhm....naik bas ni sy penat betui..heheh..even dri kl ke kuantan pun sy bad mood je sbb sy tk suka naik bas..soo memg stress tu utk tuan jauh perjalanan and tiap mggu pula tu..tp btui tu ayat quran terapi paling bagus.....tq ats tipss..
 
Kemurungan bila ada masalah jgn di pendam sorang2..berkongsi lah masalah anda dgn sesiapa yg anda rasa bole membantu..jgn putus asa mencari idea utk menyelesaikan nya dgn sabar
Senantiasa lah bersyukur kerana masih bole melihat mendengar & berkata2

kita bole lihat ramai banduan kemurungan apabila duduk di dlm jel keseorangan dlm jangka masa yg lama..itu suatu kesiksaan

selagi kita hidup
Selagi tu ada masalah
Masalah takkan selesai sehingga nafas yg terakhir

apa yg kita bole buat ialah cari jln utk manage our problem..
 
Dengar 'suara halus' suruh bunuh diri
wm-alina01_1607569062.jpg
Alina mendapat sokongan keluarga atasi masalah kemurungan dan kini lebih positif menjalani kehidupan. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Sering dipinggirkan rakan ketika belajar di universiti memberi tekanan dan perasaan itu berterusan sehingga memasuki alam rumah tangga menjerat diri pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta, Alina Lee, apabila disahkan menghidap gangguan kemurungan yang teruk sejak tiga tahun lalu.

Keadaannya menjadi semakin teruk sebaik melahirkan anak, pada 2018 sehingga Alina, 27, mempunyai perasaan ingin membunuh diri kerana kerap terdengar pelbagai suara halus yang timbul menyuruhnya melakukan perkara itu.

Alina kemudiannya mendapatkan rawatan pakar mengenai perkara itu bagi mengelak sebarang kejadian buruk.

"Kemurungan dialami bukan dalam tempoh masa singkat, ia 'terbina' di dalam dirinya sejak remaja dan terus menjadi semakin teruk apabila meningkat dewasa dan bekerja.

"Saya menyedari masalah kemurungan berlaku sejak di universiti. Saya memendam perasaan akibat perbuatan orang lain terhadapnya.

"Kemudian apabila memasuki alam pekerjaan dengan tugasan yang agak membebankan membuatkan keadaan bertambah serius.

"Pakar yang merawat saya menjelaskan ia berlaku ketidakseimbangan kimia di dalam otak hingga mengganggu diri saya," katanya.

Beliau berkata, kemurungan itu juga juga membuatkan beliau semakin malas untuk berjumpa orang, bercakap dan sebagainya.

Malah, beliau selalu rasa situasi panik hingga menyebabkan dirinya menggigil dan timbul pelbagai suara halus seperti menyuruhnya memotong tangan dan sebagainya terutama ketika tinggal bersendirian.

Kini, beliau semakin pulih daripada penyakit itu kerana mendapat sokongan daripada ahli keluarga.

"Kemurungan saya berada pada tahap membimbangkan, iaitu daripada soal jawab oleh pakar, markah diperoleh 27 hingga 28. Jika mencapai 30 markah ia mencapai tahap kemurungan yang teruk.

Alina yang memeluk Islam pada usia 18 tahun berkata, kemurungan yang dihadapi ini langsung tiada kaitan dengan keluarga kerana keluarga sentiasa menyokong tetapi ia adalah kesan daripada faktor sekeliling menjadikan dirinya sebegitu.

"Melihat saya tidak mampu mengawal diri, akhirnya saya nekad berhenti kerja dan ingin berehat sepenuhnya tanpa ada perancangan. Suami menyokong tindakan saya dan menumpukan perhatian menjaga anak.

wm-alina02_1607569065.jpg
Menjadikan hobi menangkap gambar produk dan lain sebagai terapi diri menghilangkan pelbagai tekanan. - Foto NSTP
"Ketika murung saya mengambil ubat penenang, tetapi doktor menasihatkan saya untuk tidak bergantung kepada ubat dan perlu mencari alternatif mengatasi kemurungan ini.

"Pelbagai cara saya cuba lakukan seperti melukis dan keluar bersama rakan. Akhirnya saya berjumpa sesuatu yang dapat menenangkan diri saya iaitu mengambil gambar.

"Alhamdulillah, sekarang saya sudah kembali bekerja dan dalam masa yang sama saya juga melakukan kerja sampingan iaitu mengambil gambar produk. Setiap kali timbul perasaan tidak elok itu, saya akan segera melakukan kerja yang disukai.

"Saya juga akan mengelak daripada kawan toksik supaya hidup lebih positif. Kini sudah tiga bulan tidak mengambil sebarang ubat.

Menyedari penyakit ini memerlukan sesuatu yang positif, suaminya sentiasa menggalakkan beliau menyertai program bermanfaat antaranya #EcoBeautySquadMY yang dianjurkan The Face Shop.

Menerusi kempen itu ia memberi aura positif dalam dirinya dengan menonjolkan diri sebenar dengan bantuan daripada bengkel yang dianjurkan.

"Saya menjadi lebih berani, lebih berketrampilan walaupun dalam masa yang sama ada rasa menggigil. Namun saya berjaya menyembunyikannya. Bengkel yang dianjurkan sangat membantu dalam mengatasi masalah kemurungan dan ia memang kena dengan apa yang saya sukai iaitu kecantikan.

"Malah jika dulu saya malu untuk bercerita mengenai penyakit kemurungan yang dialami, tetapi kini apabila saya terbuka bersuara.

"Kini saya juga dapat menyebarkan ilmu dan berkongsi pengalaman mengenai penyakit kemurungan. Saya nasihatkan mereka perlu mengambil segera jika ada simptom kemurungan bagi mengelak bertambah serius," katanya.
 
Ada lg kes bunuh diri
Melaka


 
childhood trauma... ade emotional scar ..mungkin broken family atau kena khianat masa kecik

ade jugak ada masalah mental.. skizo yg paling bahaya selain dari split personality disorder

kalau banyak sangat layan medsos can IG atau forum pun boleh murung beb..

sbb tak dapat hidup "mewah" macam org lain atau bertekak atas benda tak tak berfaedah selama bertahun2 dlm forum.. ;)

move on je.. tak semua benda kita boleh dapat, biar tak kaya, tapi kalau tak banyak hutang tu rezki, dapat anak pandai tu rezki dan dapat badan yg jarang sakit tulah rezki yg besar org ramai tak nampak

health is wealth

mmg kene kat aku..
depression ni ade kaitan ngan tekanan darah tinggi..
bole jadi dgn pelbagai cara..GERD biasanya jadi punca..

bile angin byk dlm badan, menjalar dlm urat, masuk ke otak, mmg apa yg tersimpan tu akan terbongkar dan akan rewind byk2 kali dlm otak..
nasihat aku, mmg kene tidur panjang dan pastikan tido dgn angin yg x kuat..dpt setelkan masalah darah tinggi, depression akan lama2 terhapus..
mmg memori tu akan berulang2 kluar kat otak tapi korang akan rasa terkawal jika dpt tido dgn tempoh yg cukup..
 
mmg kene kat aku..
depression ni ade kaitan ngan tekanan darah tinggi..
bole jadi dgn pelbagai cara..GERD biasanya jadi punca..

bile angin byk dlm badan, menjalar dlm urat, masuk ke otak, mmg apa yg tersimpan tu akan terbongkar dan akan rewind byk2 kali dlm otak..
nasihat aku, mmg kene tidur panjang dan pastikan tido dgn angin yg x kuat..dpt setelkan masalah darah tinggi, depression akan lama2 terhapus..
mmg memori tu akan berulang2 kluar kat otak tapi korang akan rasa terkawal jika dpt tido dgn tempoh yg cukup..
aku ade tengok org share pasal anxiety / panic attack ni dkt fb bebaru ni..

ni pasal pengalaman dan pemerhatian dia sbb dia mmg ade masalah ni.. jgn memain, ni mmg jatuh bawah sakit mental beb

dia kata, bila dia buat ujikaji dengan tubuh / minda dia sendiri

contoh.. dia jaga makan, dia tak akan biarkan perut dia kosong.. mesti nak alas perut dulu

jadi konon dia cerita.. bila perut berangin ni.. dia akan mula naik ke kepala, cite teknikal sket .. dia akan buatkan otak kita bagi signal yg body kita ni dlm bahaya walaupun sedikit, bila org yg jenis ade sakit risau2 ni..

benda ni mmg cepat sangkut / effect dkt dia.. bila otak dia trigger alarm sket je.. dia punya sakit tu yg akan buatkan keadaan nampak parah.. padahal takde masalah besar pun.. lewat sikit je makan

bila dia buat benda ni.. amalkan tak biarkan perut kosong, mesti beralas je.. walau pun makan sikit2.. dia kata dia dah kurang / takde rasa nak panik tak tentu arah nih.. takde rasa nak muntah ke ape2.. depend on symptom masing2


aku ade pernah terbaca gak dulu.. konon org yg tak ambik breakfast pagi / kira selalu biar perut kosong.. dia akan ade effect dkt otak.. boleh mula merosakan sel otak walaupun dgn skala yg paling kecil ..

jadi bila aku sambungkan dua pendapat ni.. aku rasa dia sepadan dan masuk akal juga..

pantun org melayu dulu pun ade kata.. kenyang perut barulah suka hati.. sekadar selingan je.. hehe :)

jadi.. kalau ade kawan yg ade anxiety/ depression tu yg jenis cepat risau.. cepat marah2 tu.. opis mate ke .. biar dia pegi makan dulu.. chemical dlm kepala dia maybe tengah tak seimbang tu ..

bila aku dah makin berusia ni.. aku jumpa ramai org yg perangai dia mmg tak elok lah kalau nak cerita dkt sini.. simpan dlm hati je, tp maksud aku.. kdg2 org yg kita tengok mcm normal tu, sebenarnya dia ada masalah mental yg dia sendiri pun tak sedar.. kita je tengok perangai dia jenis tak elok.. kdg2 sbb mental illness juga ..

jadi bila nak marah org tu pun, jadi kendur balik.. mcm bila kita tengok org gila berak tengah jalan.. memang tak patut.. tp kita pun takdelah nak marah sbb tau org tu tengah "sakit" kan .. hehe

itulah sedikit sebanyak pengalaman hidup aku bila jumpa mcm2 jenis org ni
 
Back
Top
Log in Register