BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pulau Batu Puteh: Dr Mahathir Diberi Tempoh Dua Minggu Fail Permohonan Kemuka Laporan RCI

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pulau Batu Puteh: Dr Mahathir Diberi Tempoh Dua Minggu Fail Permohonan Kemuka Laporan RCI​

66c4e0010806ee3f37d4fdb5d37658ee636f98a599ab4

Tun Dr Mahathir Mohamad

Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan pendengaran rayuan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas peguam bekas Perdana Menteri itu memaklumkan hasrat beliau untuk memfailkan permohonan bagi mengemukakan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pulau Batu Puteh sebagai keterangan baharu.

Susulan itu, panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azizul Azmi Adnan, Datuk Ong Chee Kwan dan Datuk Seri Mohd Radzi Harun memberikan tempoh dua minggu kepada peguam Zainur Zakaria untuk memfailkan permohonan tersebut.

Azizul kemudian menetapkan 10 Sept ini sebagai pengurusan kes untuk menentukan tarikh pendengaran rayuan itu disambung semula.

Pada prosiding hari ini, Zainur berhujah bahawa dapatan RCI telah mengaitkan Dr Mahathir sebagai individu yang bertanggungjawab atas kehilangan Pulau Batu Puteh dan mengesyorkan agar pendakwaan dimulakan terhadap anak guamnya itu.

Beliau berkata ketika hakim Mahkamah Tinggi memutuskan semakan kehakiman yang difailkan oleh Dr Mahathir, laporan RCI belum diperoleh.

Pada peringkat ini, Azizul menyoal sama ada peguam boleh merujuk kepada kandungan laporan RCI memandangkan dokumen itu tidak dikemukakan kepada mahkamah.

Hakim itu turut mempersoalkan sama ada mahkamah boleh mengambil maklum laporan itu di bawah Seksyen 57(2) Akta Keterangan atau sama ada Zainur berhasrat untuk mengemukakan laporan tersebut dalam prosiding rayuan dan peguam berkenaan menjawab beliau memilih untuk membuat permohonan rasmi.

Terdahulu, Zainur yang dibantu oleh peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mengakui bahawa usaha untuk mendapatkan perintah mandamus tidak lagi boleh dilakukan kerana prosiding RCI telahpun berakhir.

Bagaimanapun, beliau berkata Dr Mahathir memohon agar mahkamah memutuskan bahawa terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 berkaitan haknya untuk diwakili peguam.

 
arwah tun daim dah kene


skng tun m plak
 
Back
Top
Log in Register