combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh dua minggu kepada Chai Jin Shern untuk tampil membantu siasatan kes membabitkan firma semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom, Arm Holdings Plc.
Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan pihaknya juga bersedia menanggung kos penerbangan bekas pembantu Datuk Seri Rafizi Ramli itu, yang lebih dikenali sebagai James Chai, untuk pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan.
“Sekiranya beliau masih gagal hadir setelah diberikan lanjutan masa sebanyak dua kali, SPRM akan mempertimbangkan untuk mendapatkan kerjasama saluran antarabangsa termasuk polis antarabangsa (Interpol) atau agensi penguatkuasaan luar negara bagi mengesan dan memastikan kehadiran beliau,” menurut kenyataan itu.
SPRM menegaskan bahawa semua individu yang dipanggil untuk membantu siasatan wajib memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
“Sekiranya James Chai berpendirian bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, tindakan yang sewajarnya adalah tampil memberi keterangan kepada SPRM, bukannya terus mengemukakan penjelasan di ruang awam tanpa menghadirkan diri kepada pihak berkuasa,” kata kenyataan itu.
SPRM turut menegaskan bahawa tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang, dan siasatan akan diteruskan secara profesional, bebas dan berasaskan bukti.
Suruhanjaya itu memaklumkan James Chai dikenal pasti sebagai individu yang diperlukan untuk membantu siasatan dan pihaknya telah mengeluarkan Notis Mengesan Individu pada 4 Mac lepas bagi mengesan lelaki tersebut.
“Susulan itu, SPRM menerima surat daripada Tetuan beliau (James Chai) bertarikh 9 Mac 2026 yang memaklumkan bahawa James Chai tidak dapat hadir untuk dirakam percakapan dengan alasan kos penerbangan dan kekangan pekerjaan.
“SPRM kemudian telah mengeluarkan surat balas bertarikh 13 Mac 2026 memberi lanjutan masa untuk James Chai hadir pada 31 Mac 2026, namun beliau sekali lagi gagal memaklumkan keinginan untuk hadir,” katanya.
Kes ARM: James Chai Diberi Tempoh Dua Minggu Tampil Bantu Siasatan - SPRM
SPRM, James Chai, dua minggu, pulang