BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pukul along hingga mati

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BALIK PULAU: Hutang cuma RM690 perlu bayar RM2,000!

Akibat berang jumlah hutang meningkat hingga hampir tiga kali ganda, seorang peminjam wang dipercayai ‘naik angin’ menculik sebelum membelasah seorang lelaki dipercayai along sehingga mati dan meninggalkan mayatnya di tepi jalan dekat Sungai Nibong di sini, awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin, berkata kejadian dipercayai bermula kira-kira jam 2 pagi apabila mangsa, Sin Chee Loon, 25, dari Balik Pulau pergi ke Batu Maung untuk mengutip hutang daripada seorang lelaki berusia 20-an.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, mangsa meminta wang dipinjamkannya beberapa tahun lalu kepada lelaki itu sebanyak RM690 sebelum dicampur faedah menjadikannya meningkat sehingga RM2,000.

Katanya, akibat tiada wang mencukupi, lelaki itu meminta mangsa memberinya masa untuk menjelaskannya secara ansuran RM50 setiap bulan.

Bagaimanapun, permintaan itu ditolak walaupun rakan lelaki itu memberi jaminan hutang berkenaan akan dilangsaikan.

“Dua jam selepas itu, mangsa menerima panggilan daripada peminjam wang berkenaan yang mahu berjumpanya di sebuah restoran di Batu Maung, kira-kira jam 4 pagi.

“Sebaik kedua-duanya bertemu di hadapan restoran berkenaan, dipercayai berlaku pergaduhan antara mangsa dan peminjam wang berkenaan,” katanya.

Difahamkan, peminjam wang berkenaan membawa beberapa rakannya dan mereka menculik along terbabit sebelum dibawa ke Sungai Nibong berhampiran sebuah stesen minyak berdekatan tapak Pesta Pulau Pinang dan dibelasah teruk.

Lai berkata, mangsa cedera parah di kepala manakala semua suspek memukul mangsa melarikan diri.

Beliau berkata, mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut dan selepas hampir 14 jam menerima rawatan, dia meninggal dunia kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengenal pasti punca sebenar kejadian selain identiti semua suspek yang memukul mangsa mengikut Seksyen 149 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rusuhan sehingga menyebabkan kematian dan Seksyen 302 kanun sama iaitu membunuh dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

“Ekoran kejadian itu, polis turut menahan lima lelaki berusia antara 18 hingga 24 tahun untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu di kawasan Balik Pulau dan semua mereka kini ditahan reman,” katanya.
 
ganas...

tu yg susah jadi orang susah, asyik wat keputusan yang susah
 
uiskkk tadi berita eboss pasal along potong tangan ni pasal aling kene belasah sampai mati pulak huiii berlawan2 pulak die org ni #:-S
 
alahai, depan rumah aku je ni.. makin dekat plak rasanya jenayah skang ni.
kali ni pelik la plak.. dia yg hutang, dia plak yg belasah orang..
tp apa pun, padan muka along.. sapa suh jadi along...
lenkali, jadi la angah ke acik ke.. xde sapa nak marah..
 
lepas nih along plak yang takut kena blasah
 
bile bank susah nak bg pinjaman along lah tempat terakhir tapi elakkan lah #:-S
 
diaorg buat operasi membanteras along agaknya... tangkap dan pukul... :))
 
Back
Top
Log in Register