BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15: Bakal calon BN paling muda di Melaka ikrar kerja kuat

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261

Abdul Hakim Abdul Wahab. - NSTP Hassan Omar
Abdul Hakim Abdul Wahab. - NSTP Hassan Omar​






MASJID TANAH: Calon BN paling muda di Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahab, 37, berjanji berusaha bermati-matian bagi memastikan BN kekal di Parlimen Masjid Tanah.

Bakal calon BN itu berikrar mengekalkan penguasaan BN di kerusi berkenaan selepas penyandang Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menang di kawasan itu atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tetapi keluar UMNO dan menyertai BERSATU pada hujung 2018.

"Berkat doa dan kerja kuat jentera UMNO/BN, saya akan berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan pengundi, BN harus kekal di Parlimen Masjid Tanah pada PRU15.

"Insya-Alllah saya yakin, pengundi tidak pernah melupakan jasa dan rekod perkhidmatan pemimpin BN selama ini bagi membangunkan kawasan ini dari aspek politik, ekonomi dan sosial," katanya di sini, hari ini.

Abdul Hakim adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah dan Setiausaha Politik, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau diumumkan sebagai bakal calon BN Parlimen Masjid Tanah pada majlis pengumuman calon BN oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur malam tadi.

Abdul Hakim berkata, beliau berikrar untuk berjumpa dengan seramai mungkin lebih 60,000 pengundi di kawasan berkenaan yang membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Kuala Linggi, Lendu, Tanjung Bidara dan Taboh Naning.

Katanya, sebelum ini beliau sudah menganjurkan pelbagai program untuk anak muda seperti pertandingan bola sepak, karnival kerjaya dan seumpamanya dan yakin mampu meraih sokongan pengundi terbabit.

Beliau berkata, pengalaman terbabit dalam jentera parti ketika membantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November 2021 memberikan khazanah pengalaman yang amat berharga untuk dimanfaatkan sepanjang kempen PRU15.

Sehubungan itu, Abdul Hakim akan memastikan jentera pilihan raya BN bekerja dengan komited dan berlandaskan semangat untuk memberikan perkhidmatan cemerlang kepada anggota komuniti.

"Saya tidak pernah memandang rendah calon lawan, sebaliknya saya berjanji untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan BN kekal di kawasan ini," katanya.

Sebelum memegang jawatan Setiauasaha Politik Ketua Menteri, Abdul Hakim berkhidmat dalam perkhidmatan awam, khususnya Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
 
Back
Top
Log in Register