afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,224
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,224
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Calon PH ikrar mansuh Adun lantikan
Calon PH, Yeo Tung Siong, turun berkempen di Pekan Nanas menjelang PRN Johor, Sabtu ini (Gambar Bernama)
Yeo, daripada DAP, berkata tindakan melantik Adun yang tidak dipilih rakyat dalam DUN bertentangan prinsip demokrasi, lapor Sin Chew Daily.
Beliau berkata, andai terpilih, beliau akan membentangkan usul memansuhkan peruntukan berkaitan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.
“Malah, jika PH memperoleh majoriti di Johor (dan mengambil alih kerajaan negeri), pendirian saya tetap tidak berubah.
“Saya akan bantah Adun lantikan oleh kerajaan negeri pimpinan PH,” katanya dipetik semasa berkempen.
Yeo juga mengkritik Adun daripada Barisan Nasional (BN) kerana meluluskan pindaan perlembagaan itu pada Mei yang membenarkan lima Adun dilantik bukan melalui pilihan raya, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan Adun kepada 61.
Cadangan berkenaan mengundang kritikan parti pembangkang, sekutu BN dalam kerajaan persekutuan termasuk DAP dan PKR, serta kumpulan masyarakat sivil.
Secara berasingan, bekas Ahli Parlimen Tanjong daripada DAP, Ng Wei Aik, memberi amaran BN boleh melantik wakil daripada PAS, Bersatu, Parti Wawasan Negara (Wawasan), dan Gerakan sebagai Adun lantikan, sekiranya gabungan itu memperoleh kemenangan besar pada PRN.
Yeo berhasrat merampas semula kerusi DUN itu daripada penyandang BN, Tan Eng Meng, dalam persaingan satu lawan satu.
Pemimpin DAP itu pernah menguasai kerusi itu selama dua penggal sebelum tewas kepada Tan, daripada MCA, pada PRN 2022.
