BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU14: Umno, Pas capai sepakat?

hj_maikel

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,952
Joined
May 19, 2010
Messages
29,952
Reaction score
2,471
Points
251
IMG_0105_zps82a80737.jpg

UMNO dan Pas diramal akan mencapai kata sepakat untuk menghadapi PRU14, demikian dinyatakan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong ketika ditemu bual Sin Chew Jit Poh.

Beliau berpendapat, Umno mungkin tidak akan menumpukan sepenuh perhatian di Dun Kelantan dan Terengganu, dan sebagai balasannya, Umno akan meminta Pas memberi kemenangan mudah kepada calon-calonnya di kawasan parlimen.

"Umno harap boleh menang kira-kira 20 kerusi parlimen di Kelantan dan Terengganu bagi mengisi kerusi-kerusi yang mereka kalah terutama di kawasan bandar.


"Pas dijangka bertanding di kawasan-kawasan pantai barat semenanjung, sekali gus menyebabkan berlaku tiga penjuru antara BN, Amanah dan Pas. Sekiranya ini berlaku, pastinya pihak yang akan mendapat kelebihan ialah BN," kata Chin Tong.

Beliau yang membuat analisa turut berkata, sokongan pengundi Cina kepada pembangkang kini telah merosot sedikit sejak kebelakangan ini.

"Pada PRU 2013, pembangkang memperoleh sokongan kira-kira 85 peratus daripada pengundi Cina, namun ia agak menurun kepada 65 peratus, iaitu lebih kurang apa yang diperoleh pada PRU 2008.

"Oleh itu, bagi parti-parti pembangkang sekiranya ingin mendapatkan balik sokongan yang kuat seperti PRU 2013, sokongan Melayu turut memainkan peranan penting," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pru14-umno-pas-capai-sepakat-1.594055

Ps: semoga menjadi kenyataan.. :)cgrock

SHAH ALAM - Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar menegaskan tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai jalinan hubungan politik Pas-Umno kini.

Ujarnya, beliau faham mengenai kebimbangan sesetengah rakannya dalam Pas, namun katanya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah masak dengan 'permainan' Umno.

"Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dalam melihat percaturan antara Pas-Umno.


"Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini.

"Tuan Guru sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat Umno dan seangkatan dengan Umno. Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan Pas mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, selama pimpinan Pas tetap menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah parti itu berada dalam pemeliharaan ALLAH dalam mencapai mardhatillah.

"Politik dan dakwah serta tarbiyah yang kita bawa ini tidak terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita untuk meninggikan kalimah ALLAH ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi ALLAH. Bekalan kita mengadap ALLAH di hari pengadilan-NYA. Tetaplah kita istiqamah, insya-ALLAH," katanya.

Hubungan Pas dan Umno kini semakin mesra, selepas dilihat beberapa kali kedua-dua presiden parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Hadi duduk semeja bagi membincangkan perkara yang melibatkan kepentingan ummah.

Ia rentetan daripada pendekatan Pas kini yang mengamalkan amalan politik matang.

Selain bersama dalam isu Pindaan Akta RUU355, terbaharu Najib dan Hadi sepentas dalam Himpunan Soladariti Untuk Ummah Rohingya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/ahli-pas-tak-perlu-bimbang-1.595211
 
Last edited:
Pas nk bertanding disemua kerusi..??? 8->
 
berita dari org fasik pon kena selidik,dr kapir apa lg
 
tah...ayat last dia tu lebih mengarah nak sokongan melayu jer...letak perasa PAS UMNO bersatu, terus cai mcm tok aji ni sebar.

p/s:hari sabtu ni, cuti2 ler kejap dari politik. pegi cari agama ke, tok aji oi.
 
Untung kaum apek ni, korang kalah pn tetap dpt jwtn dlm parlimen...umno yg perjuang ketuanan melayu dok melutut kat puak kome...puii....
 
tah...ayat last dia tu lebih mengarah nak sokongan melayu jer...letak perasa PAS UMNO bersatu, terus cai mcm tok aji ni sebar.

p/s:hari sabtu ni, cuti2 ler kejap dari politik. pegi cari agama ke, tok aji oi.

Dol itu warta berita rasmi dari akbar rasmi dol...
Itulah cerita politik akhbar tersebut...
 
Pandainya derang berpolitik dan konspirasi.. Takde maknanya nak jalinkN usahA sama
 
Last edited:
Dol itu warta berita rasmi dari akbar rasmi dol...
Itulah cerita politik akhbar tersebut...

Warta berita rasmi dari akhbar rasmi ye. Kira kompom la tu. Hmm. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

p/s:ish3...nmpak sangat takde life, ari sabtu pon nak berpolitik.
 
mudahnya percaya...alaahaaii...
 
Warta berita rasmi dari akhbar rasmi ye. Kira kompom la tu. Hmm. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

p/s:ish3...nmpak sangat takde life, ari sabtu pon nak berpolitik.

Aku tak suruh percaya tp itu berita hari ini..
Kalau dah totok..

:))
 
Back
Top
Log in Register