BTC USD 82,950.2 Gold USD 4,144.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton Daftar Tanda Dagang e.MAS7 - Mungkin Nama EV Pertama e.MAS?

61 Proton e.MAS 7 Di Jadikan Kenderaan Rasmi Sidang ASEAN 2025

Sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpu, 61 unit kereta elektrik (EV) Proton e.MAS 7 akan menjadi kereta kegunaan rasmi delegasi utama. Selain e.MAS 7, sebanyak 194 unit kereta Proton X70 juga akan digunakan.

Langkah ini sekaligus merealisasikan matlamat Malaysia, untuk memperkasakan penggunaan EV di peringkat pentadbiran dan menyokong industri EV tempatan. Proton eMAS 7 yang dilancarkan pada Disember tahun lalu adalah EV pertama keluaran syarikat Malaysia dengan ia akan digunakan untuk membawa Ketua Setiausaha negara terlibat pada tempoh persidangan berlangsung.

Pada perkembangan yang sama, Proton mengumumkan telah menerima lebih 3,000 tempahan untuk Proton e.MAS 7. Oleh itu Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) kini meneruskan penawaran pakej kuasa dan rebat RM4000 kepada 3000 lagi pelanggan yanbg melakukan tempahan terawal.​
 
Last edited:
Northport Jadi Syarikat Pertama Guna Proton e.MAS 7 Sebagai Kereta Polis Bantuan

PRO-NET (Proton New Energy Technology Sdn Bhd) telah menyerahkan tiga unit Proton e.MAS 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan Northport (Malaysia) Bhd. Pihak Northport menyatakan penggunaan Proton e.MAS 7 ini mencerminkan usaha berterusan mereka untuk menjadikan operasinya lebih mesra alam. Oleh kerana ia model SUV elektrik sepenuhnya, kereta itu memberikan pengalaman rondaan lebih selesa, malah membantu mengurangkan keletihan anggota bertugas, terutamanya dalam syif yang panjang. Pada masa sama ia juga dapat mengurangkan pencemaran bunyi di sekitar kawasan pelabuhan. Kos penyelenggaraan juga dapat dikurangkan kerana bilangan komponen bergerak yang lebih sedikit berbanding kenderaan petrol biasa.

“Di Northport, kami komited untuk mengamalkan pendekatan yang lestari dan menyokong penyelesaian tenaga bersih. Proton e.MAS 7 sejajar dengan matlamat alam sekitar kami serta menyokong inisiatif Pelabuhan Hijau dan komitmen ESG kami. Sebagai sebuah pelabuhan yang berbangga dengan identiti Malaysia, pemilihan jenama PROTON turut mencerminkan sokongan kami terhadap inovasi tempatan dan pembangunan industri negara. Proton e.MAS 7 menawarkan keseimbangan yang tepat antara prestasi, keselamatan dan teknologi — menjadikannya pilihan yang sesuai untuk memenuhi keperluan operasi pelabuhan yang mencabar,” kata Fakhrul Azhar Tajudin, Ketua Pegawai Eksekutif Northport.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang pula berasa berbesar hati dapat bekerjasama dengan Northport.

“Proton e.MAS 7 direka untuk kegunaan harian yang praktikal, dan penggunaannya dalam operasi Northport membuktikan bahawa kenderaan elektrik ini bukan sekadar visi masa depan, tetapi satu penyelesaian yang boleh diguna pakai hari ini. Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan mobiliti lestari dengan lebih bermakna,” katanya.
​
1745499554277.png
 
Proton e.Mas 7 Di Pamer Di Singapura Sebelum Di Lancar - Kembali Ke Pasaran Selepas Sedekad; Dari RM566k!

Proton e.Mas 7 makin gigih memasuki pasaran eksport, dan terkini SUV elektrik ini telah dipamerkan di Singapura menerusi acara The Car Expo 2025 di Singapore Expo pada hujung minggu lalu. Menurut Proton, ia merupakan kemasukan semula jenama ini ke pasaran Singapura selepas lebih sedekad ketiadaannya.

Penampilan eMas 7 di negara berkenaan adalah selepas sebulan ia memasuik pasaran Nepal. Di Singapura, Proton diwakili oleh Vincar, pengimport kenderaan yang juga pengedar bagi jenama GAC Aion di sana.

Menurut maklumat yang dibongkarkan oleh portal automotif tempatan Sgcarmart, yang melaporkan bahawa model EV ini akan dilancarkan pada bulan Ogos dan, diposisikan di bawah Kategori B dengan keseluruhan kuasa 218 PS (160 kW) dan 320 Nm. Ini bermakna COE eMas 7 akan lebih mahal daripada kenderaan Kategori A (terhad kepada 150 PS, atau 150 kW).
​
Proton-eMas-7-Singapore-3-BM

Proton-eMas-7-Singapore-2-BM
Walau bagaimana pun, seperti yang dilaporkan sebelum ini, eMas 7 di Singapura akan ditawarkan dengan unit Founder Edition, terhad dengan 99 unit pertama, yang akan diberikan diskaun sehingga S$20,000 (RM65,100). Di mana model ini akan dijual pada harga bermula S$173,988 (RM566,100).

Harga yang dinyatakan itu adalah lima kali ganda berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia, namun Singapura bakal mendapat satu lagi pilihan warna iaitu Moyu Black, yang akan menyertai rona sedia ada; Platinum Silver, Turquoise Green, Slate Grey, Quartz Rose dan Lithium White. Di Malaysia, kelazimannya Proton menyediakan warna hitam khas untuk kegunaan pihak tentera, itu sebabnya warna ini tidak ditawarkan di pasaran tempatan.
​
2024_Proton_eMas7_Preview_Malaysia_Studio_Prime_Ext-3_BM

2024_Proton_eMas7_Preview_Malaysia_Studio_Prime_Int-35_BM
Dari segi rupanya, eMas 7 yang akan ditawarkan di Singapura hanyalah varian tunggal Prime, dengan roda yang lebih kecil iaitu 18-inci (Premium mendapat 19-inci). Selain itu, varian Prime dilengkapi dengan bateri 49.52 kWh yang menawarkan jarak gerak hingga 345 km mengikut kitaran WLTP, berbanding Premium yang diberikan bateri 60.22 kWh dengan jarak gerak hingga 410 km (WLTP).

Ia menyokong pengecasan pantas DV sehingga 100 kW untuk Premium atau 80 kW bagi Prime, dan kedua-duanya mengambil masa sekitar 20 minit untuk mencapai status pengecasan antara 30-80%. Jika menggunakan pengecas AC berkapasiti hingga 11 kW, ia mengambil masa sekitar 4.9 jam untuk Prime, an 6.1 jam bagi Premium. Bagi bantuan pemanduan, eMas 7 mendapat set kelengkapan ADAS Tahap 2.

“Kemunculan sulung Proton eMas 7 di Singapura menandakan satu langkah penting dalam pengembangan rangkaian antarabangsa kami dan komitmen kami untuk membawa EV berkualiti tinggi dan berteknologi maju ke rantau ini. Kami yakin bahawa eMas 7 yang memiliki ciri-ciri menarik dan kesesuaiannya untuk persekitaran bandar, akan diterima dengan baik oleh pemandu Singapura,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Li Chunrong.

Sumber asal Paultan.ORG​
 
Proton Memperkenalkan Kereta Elektrik Kedua = e.MAS 5

Kereta elektrik (EV) Proton e.MAS 5 telah pun diperlihatkan di acara Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) di MAEPS, Serdang dengan ia adalah EV kedua mereka. e.MAS 5 membuat penampilan awam pertamanya di pameran ini sebelum akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun 2025 ini.

Rekaan eMAS5 ini dilihat berasaskan kepada Geely Geome Xingyuan. Di China, ia merupakan sebuah kereta EV hatchback yang hadir dengan dua pilihan bateri iaitu 30.12kWh dan 40.16kWh yang menawarkan jarak perjalanan antara 310 km dan 410 km mengikut piawaian CLTC. Pengecasan 30%-80% pula mengambil masa dalam 21 minit sahaja.

Tidak diketahui lagi, berapakah harga Proton e.MAS 5 yang akan rasmi dilancarkan di Malaysia dan adakah spesifikasi yang digunakan sama seperti Geely Geome Xingyuan yang dilancarkan di China. Mari kita nantikan apa yang bakal Proton tawarkan untuk kereta elektrik kedua ini.​
 
Last edited:
Lebih Dari 4,000 Proton e.MAS 7 Telah Terjual Sehingga Akhir Jun 2025

Pasaran kereta elektrik dilihat begitu rancak pada tahun ini, berdasarkan bilangan model baharu yang diperkenalkan, promosi serta penurunan harga untuk model-model terdahulu. Proton e.MAS 7 yang telah mula memeriahkan jalanraya seawal tahun ini telahpun mencatatkan rekod penjualan melebihi 4,000 unit dalam tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2025.

Proton e.MAS 7 yang dijual bermula RM 109,000 merupakan salah satu pilihan yang popular memandangkan jarak perjalanannya mencapai 410 KM WLTP, lengkap dengan pelbagai ruangan storan, dan juga bumbung yang boleh dibuka. Dengan kemaskini baharu, pengguna juga boleh melancarkan Apple CarPlay menerusi sistem inforia mereka, dengan sokongan Android Auto yang bakal hadir menjelang akhir tahun ini. Bermula bulan ini juga mereka telah mula menjual Proton e.MAS 7 dengan lebih pilihan warna.

Dalam tempoh tersebut juga telah menyaksikan lebih dari 35 cawangan pengedar seluruh Malaysia yang turut memberikan khidmat sokongan dan penyelenggaraan. Malah menerusi sistem inforia Proton, terdapat lebih dari 3,300 palam pengecasan tersedia, dengan 1,100 darinya merupakan pengecas yang terletak di perumahan bertingkat. Integrasi pengecasan ini juga termasuklah dari 10 penyedia pengecasan, dengan yang terbaharu termasuklah Carput Zap, DC Handal, dan Shell Recharge.

Dengan pertumbuhan pemilikan kereta elektrik yang meningkat di Malaysia, ia juga memberikan petanda positif memandangkan Proton juga dikatakan akan hadir dengan kereta elektrik yang lebih mampu milik sebelum tamatnya tahun ini.​
 
Last edited:
Perodua Akan Lancar EV Pertama Hujung Bulan Ini - PM Anwar

erodua akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang mampu milik dan menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini, kata Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurut laporan Bernama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelancaran EV Perodua buatan sepenuhnya Malaysia itu akan dijadikan sebagai Agenda Nasional.
​
"EV yang akan dilancarkan itu bersifat mampu milik, memenuhi kehendak nasional serta boleh menjana ekonomi (negara)," katanya ketika program lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua.​

Perdana Menteri berkata pelancaran kereta itu juga mencerminkan kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kepakaran tenaga kerja tempatan. Terdahulu, Presiden dan CEO Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menerusi ucapannya berkata sepanjang tempoh 32 tahun operasi, Perodua telah menghasilkan 5.5 juta unit kenderaan. Pada Mei tahun ini, Perodua dilaporkan berkata pada peringkat awal, 30% pemasangan EV pertama itu akan dilakukan di kilang baharunya di Rawang dan berharga di bawah RM80,000. Menurut syarikat itu, dengan jangkaan pengeluaran bulanan sebanyak 500 unit, EV tersebut disasarkan kepada pembeli muda dan keluarga kecil bagi membolehkan mereka memiliki kenderaan elektrik mampu milik.​
 
Back
Top
Log in Register