hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,255
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,255
- Reaction score
- 1,661
- Points
- 201
Jentera tugasan harian
"Perkongsian ini juga mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan mobiliti hijau secara nyata dan memberi impak dalam konteks korporat serta negara," katanya.
Ciri pemanduan yang lancar dan senyap bukan sahaja membantu mengurangkan keletihan petugas semasa syif panjang, malah juga menyumbang kepada pengurangan pencemaran bunyi di kawasan pelabuhan.Keupayaan pengecasan pantas membolehkan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan bersedia, manakala teknologi trenkuasa elektrik menjimatkan penggunaan tenaga serta mengurangkan kos bahan api serta kadar pelepasan karbon.
"Pemilihan Proton turut mencerminkan sokongan terhadap inovasi tempatan dan pembangunan industri nasional untuk keperluan operasi pelabuhan yang mencabar." katanya.
Model ini dengan ciri moden, operasi lebih senyap, keterhubungan digital, dan jangkaan perjalanan yang kompetitif, e.MAS 7 dilihat sesuai untuk penggunaan yang berfrekuensi tinggi serta tugas tanggungjawab tinggi seperti rondaan keselamatan.
Model EV ini menandakan permulaan baharu dalam visi mobiliti elektrik Pro-Net, yang direka khas bukan sahaja untuk kegunaan peribadi tetapi juga untuk sektor komersial menggabungkan kecekapan tenaga, keselesaan pemanduan, dan fungsi pintar, e.MAS 7 sedia memenuhi keperluan pengguna yang kian berkembang di pasaran Malaysia.
Lizam Ridzuan