BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prosidur jual beli hartanah/rumah

Salam TT.

saya ada membeli sebuah rumah 2 storey low cost (freehold) di klang.

so, saya memang wajib bayar cukai tanah setiap tahun. yang saya musykil sekarang ni setiap kali surat dari pejabat tanah datang...Nama pemilik masih lagi pemilik nama dan bukan nama saya.

apa perlu saya buat utk tukar nama pemilik lama kepada nama saya?

harap dapat beri bantuan

dah berpindah ker tuan?
harta karun dlm rumah jGn lupe ye:p
 
salam..sori mencelah..sapa2 tau camner procedure nak refinance rumah? camni saya ingat nk beli satu umah harga dlm 60-70k..ingat tak buat housing loan instead buat personal loan sebab nak cepat..lepas dapat geran ingat nak terus refinance and bayar balik personal loan..sapa2 ada pendapat??
 
salam TT, harap TT atau sesiapa saja otai2 dlm forum GC ni dpt merungkaikan persoalan yg aku bangkitkan ni...maaf kalau soalan ni hanyalah tahap sampah bagi TT sbb aku memang zero dlm "permainan" hartanah ni....

soalan aku adalah berkenaan prosedur penukaran nama/hak milik pemilik bangunan rumah kedai...

bleh aku gambarkan persoalan aku dlm bentuk hikayat,hehehe...

alkisah A mempunyai seorang isteri,B dan lima orang anak...1,2,3,4&5..1&2 sudah berusia lebih dari 25 tahun dan 3 berumur 20 tahun....4&5 masih dibawah 18 tahun

Adapun A telah membeli 2 unit bangunan rumah kedai dgn membuat pinjaman dari Bank X dan dlm perjanjian dgn Bank X pembayaran sewabeli bangunan rumah kedai tersebut hendaklah diselesaikan dlm tempoh 15 tahun...jadi 2 unit rumah kedai tersebut diletakkan nama A sebagai pemilik....
selepas 10 tahun pembayaran dibuat hasil perniagaan yg dijalankan di premis rumah kedai itu A telah menghembuskan nafas yg terakhir dan kembali ke rahmatullah....maka B(isteri A) telah meneruskan perniagaan dan menyambung pembayaran rumah kedai tersebut....
kini tinggal kira2 kurang dari 2 tahun pembayaran sewabeli kepada Bank X akan selesai...

persoalan aku adalah..

1. Bolehkah nama pemilik bangunan berkenaan ditukarkan kepada nama B sebelum tamat tempoh pembayaran sewabeli yg telah dipersetujui dgn Bank X?
2. Jika tidak boleh apakah alasannya?
3. Jika boleh apakah prosedur yg perlu B lakukan untuk menukarkan nama pemilik bangunan tersebut kepada nama beliau?Apakah kelima2 anak A dan B perlu terlibat sama dalam urusan penukaran nama pemilik bangunan berkenaan?
4. Adakah kemungkinan salah seorang dari 1,2,3,4&5 dapat menukarkan nama pemilik bangunan tersebut kepada nama beliau sendiri tanpa pengetahuan saudara yg lain dan juga tanpa pengetahuan B?

harap persoalan ***** ni dpt diperjelaskan oleh otai2 semua....
terima kasih...
 
Back
Top
Log in Register