thariq_shahalam
Active Member
- Messages
- 1,282
- Joined
- Aug 4, 2008
- Messages
- 1,282
- Reaction score
- 52
- Points
- 30
salam..nk tanya..perlu ke guna agen utk jual rumah sekiranya rumah kita tu lokasinya terbaik & mudah utk dijual?apa bezanya jual rumah dgn sendiri vs agen?mintak pencerahan sket otai2...tq
Dalam situasi macam itu, pemilik rumah mungkin berfikir nak menjual rumah dengan sendiri. Tetapi terdapat beberapa faktor yang perlu di ambil kira - dari segi ilmu, pengalaman, masa, pendedahan, harga, keselamatan dll.
Kalau nak jual rumah hendaklah tahu prosidur yang terlibat dan apa dokumen yang diperlukan. Kalau tidak nanti akan menyebabkan banyak masa terbuang atau kos lebih untuk menguruskan proses jual rumah tersebut. Pengalaman juga memainkan peranan untuk mengelakkan kesilapan ataupun penipuan dan menjimatkan masa dan tenaga untuk mengurus penjualan.
Dari segi masa dan tenaga, menjual rumah ni tidak semudah yang disangka. Kita perlu mengeluarkan masa dan tenaga untuk menguruskan jualan rumah dari marketing hinggalah kunci diserah ke pembeli. Kalau kita sibuk bekerja macam mana nak cari masa nak buat semua benda ni.
Untuk menjual rumah, kenalah ada pendedahan. Kalau di kawasan yang baik pun kalau tiada pendedahan macam mana orang nak tahu rumah itu untuk dijual? Tetapi Alhamdulillah dengan adanya teknologi Internet, membuat pendedahan lebih mudah. Tetapi dengan adanya internet, bakal pembeli pun boleh membuat pilihan dengan lebih bijak. Tidak semestinya rumah kita je untuk dijual di kawasan tersebut.
Yang penting sekali adalah faktor harga - pemilik rumah semestinya mahukan harga yang tertinggi untuk rumah mereka tetapi jikalau kita mengiklankan rumah kita dengan harga yang tak berpatutan akan menimbulkan masalah nanti. Rumah yang terlalu mahal tidak akan dapat tawaran. Dan apabila terlalu lama di pasaran akan memberi impak negatif kepada rumah tersebut.
Banyak lagi faktor tetapi saya rasa boleh dirumuskan kepada 3 perkara yang utama - PRICE, TIME & CONVENIENCE.
my two cents
