Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,771
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,771
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua, PLUS Buka Tender Fasa Seterusnya
Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua (PTJSD) memasuki fasa seterusnya apabila proses tender bagi Pakej 2 dan 5 dibuka, dengan Pakej 1 secara keseluruhan merekodkan kemajuan 34.63 peratus pada 31 Julai lepas.
PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan proses tender bagi Pakej 2 dan 5 sedang dilaksanakan, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pelaksanaan projek tersebut.
“Kemajuan yang dicapai setakat ini membuktikan komitmen tinggi semua pihak terlibat dalam memastikan PTJSD disiapkan mengikut jadual. Pembukaan tender bagi Pakej 2 dan 3 merupakan satu lagi pencapaian penting ke arah penyelesaian jangka panjang baik mengurangkan kesesakan lalu lintas sepenjang koridor Juru-Sungai Dua,” menurut kenyataan itu.
Bagi mengekalkan momentum projek, PLUS akan mengoptimumkan aktiviti pembinaan dengan pelaksanaan kerja secara serentak di beberapa lokasi, melanjutkan waktu kerja termasuk pada hujung minggu, serta penggunaan jentera berkapasiti tinggi bagi memastikan projek berjalan mengikut perancangan.
Menurut kenyataan itu, PLUS juga akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pihak berkuasa tempatan, kontraktor serta pihak berkepentingan lain bagi memastikan setiap fasa projek dilaksanakan dengan selamat, cekap dan mengikut jadual.
Di bawah Pakej 1, kerja pemindahan utiliti telah mencapai 75 peratus manakala kerja geoteknik di sepanjang Jalan Tun Hussein Onn, termasuk pembinaan sebuah jambatan baharu telah mencapai 68 peratus.
“Kerja pembinaan Persimpangan Timur-Berat telah mencapai 48 peratus sebagai persediaan untuk fasa pembinaan seterusnya,” menurut kenyataan itu.
PTJSD dijangka memberi manfaat kepada lebih 200,000 pengguna lebuh raya setiap hari dengan mengasingkan aliran trafik lebuh raya daripada trafik tempatan, sekali gus memendekkan masa perjalanan di koridor Juru-Sungai Dua daripada kira-kira satu jam kepada sekitar 20 minit.
Loading…
www.bernama.com