kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,699
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,699
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kepercayaan, Tadbir Urus Dan Budaya Pacu Pelaksanaan AI Malaysia Ke Fasa Seterusnya - Workday
Pengurus ASEAN Workday Jess O’Reilly
Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk mengukuhkan statusnya sebagai hab kewangan dan teknologi serantau sekiranya syarikat beralih daripada projek perintis kecerdasan buatan (AI) kepada usaha membangunkan sistem boleh dipercayai, tadbir urus kukuh serta budaya kerja yang menggalakkan penerimaan dan penggunaan teknologi itu.
Pengurus ASEAN Workday Jess O’Reilly ketika ditemui Bernama di sela-sela lawatannya ke Kuala Lumpur berkata Malaysia memiliki asas digital yang kukuh serta menunjukkan kesungguhan dalam kalangan perusahaan untuk memodenkan kaedah pengurusan sumber manusia dan kewangan.
Ditubuhkan pada 2005, Workday merupakan penyedia aplikasi awan perusahaan bagi bidang kewangan dan sumber manusia yang membantu organisasi mengurus tenaga kerja, kewangan serta perancangan menerusi platform bersepadu dipacu teknologi AI.
Syarikat berkenaan memberi perkhidmatan kepada lebih 11,500 organisasi di seluruh dunia, termasuk lebih 65 peratus daripada syarikat dalam senarai Fortune 500, dengan operasi merangkumi lebih 175 negara.
Melangkaui Projek Perintis dan Pembuktian Konsep
AI perlu dilihat sebagai medium meningkatkan produktiviti, sekali gus membolehkan pekerja memberi tumpuan kepada tugasan yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi berbanding proses berulang, katanya.
Dalam sektor kewangan, AI boleh digunakan untuk mengendalikan proses penyelarasan rutin, membolehkan petugas menumpukan perhatian kepada pengesanan anomali atau ketidakselarasan berbanding meneliti setiap butiran transaksi. Dalam bidang pengambilan pekerja pula, AI berupaya menyaring sejumlah besar resume bagi mengenal pasti calon paling berpotensi.
Loading…
www.bernama.com