BTC USD 81,244.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek DIY: Projektor Pancaran Laser

Chein

Freshie
Messages
23
Joined
May 10, 2011
Messages
23
Reaction score
22
Points
8
Rekaan projektor berasaskan laser yang berupaya menghasilkan pancaran light show dengan pelbagai pola geometrik. Rupabentuk dan pergerakkan pola yang terhasil boleh dilaras dan berubah-ubah mengikut mengikut kedudukan tombol pelaras.

Projektor ini menarik untuk digunakan untuk tujuan pementasan/persembahan, kesan khas/gimik, projection bombing, grafiti cahaya (light graffiti) dan sebagainya.

Link artikel dan video:
http://www.rekacipta.net/2011/09/projektor-pancaran-laser.html

Rekacipta.netProjektorLaser222.jpg

Projektor ini menghasilkan pola geometrik yang dikenali sebagai Hipotrokoid dengan mengeksploitasi fenomena yang dikenali sebagai Persistence Of Vision (POV).

Rekacipta.netProjektorLaser182.jpg

Rupabentuk projektor yang telah siap

Rekacipta.netProjektorLaser242.jpg

Projection bombing pada dinding rumah.

Selamat ber-DIY dan berekacipta! :) :)cgrock
 
ada idea mcm nak buat dia projek " selamat hari raya " kat dinding:D:D:D
 
pakai adapter pusing2 karan volt tu...nie adapter nie kena ada regulator..sbb arus tak rata lagi..
 
pakai adapter pusing2 karan volt tu...nie adapter nie kena ada regulator..sbb arus tak rata lagi..

Betul tu, adapter murahan (RM14) jer, tiada regulator, voltan max naik turun antara 12V-12.5V. Tapi tak jadi isu sgt kerana litar/komponen yang digunakan tidaklah begitu sensitif kepada naik turun voltan/arus (timer 555 yang digunakan boleh tampung sampai 13V)
 
klau pakai tuk walkman nie yng boleh rosak nie...
bnyak walkwman aku rosak pasal mende nielah....naik smpai 6 volt..last2 kasi turun 4.5 walkman tu dah takleh pusing..:eek::eek:
 
ada idea mcm nak buat dia projek " selamat hari raya " kat dinding:D:D:D

Idea tu ada, nak buat tu yang rumit dan memakan masa.. #:-S

Perlu ada dua satah cermin yang dipacu oleh galvo/motor/diafragma/solenoid. Satu cermin bergerak atas-bawah (paksi Y), satu lagi cermin kiri-kanan (paksi X). Laser pula pula perlu di-denyut pancarannya (menggunakan microcontroller) mengikut kedudukan cermin XY untuk hasilkan pancaran teks dan imej.

Timing antara pergerakkan cermin X, cermin Y dan denyut laser perlu tepat, kalau timing lari sikit pun teks/imej yang terhasil akan jadi rawak & herot-berot :(
 
Back
Top
Log in Register